Bukti Jelas Wasit Mencurangi Liverpool dan Menyayangi Atletico

Pasukan terhebat di dunia Liverpool hanya tewas tiga kali sahaja sepanjang musim ini dalam semua pertandingan.

Liverpool hanya tewas kepada Napoli, Aston Villa dan terbaru Pasukan Terhebat di muka bumi ini telah tewas di tangan Atletico Madrid.

Kekalahan kepada Napoli dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, wajar diterima kerana mereka bermain dengan sangat baik dalam perlawanan itu.

Kekalahan kedua Liverpool adalah kepada Aston Villa, namun dalam perlawanan itu pasukan terhebat di dunia tidak menurunkan kesebelasan utama mereka.

Liverpool hanya menurunkan barisan pemain muda untuk menentang Villa di dalam kejohanan Piala Carabao. Ketika itu pasukan seniur Liverpool sudah terbang ke Qatar untuk perlawanan Club World Cup.

Dua kekalahan yang akhirnya tidak penting. Dan Liverpool berlapang dada menerima kekalahan itu.

Tetapi kekalahan 1-0 mereka kepada Atleti di perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara meninggalkan sedikit rasa tidak puas hati dari pihak Liverpool terhadap mutu pengadilan perlawanan.

Ia adalah malam yang mengecewakan bagi The Reds. Liverpool menguasai perlawanan tetapi tidak dapat dapat menjaringkan gol. Gol tunggal perlawanan di jaringkan oleh Saul Niguez pada minit keempat perlawanan.

Mereka mungkin sepatutnya tahu apa yang diharapkan dari sisi Diego Simeone tetapi Andy Robertson jelas memberi kejutan dalam temubualnya selepas perlawanan.

Pertahanan kiri Scotland itu mengkritik mereka berterusan “jatuh” dan menegaskan mereka menjaringkan gol dari lontaran kedalam yang sepatutnya diberikan kepada Liverpool.

Itu Membawa Kita Untuk Berbincang Tentang Pengadil Perlawanan Szymon Marciniak.

Adalah adil untuk mengatakan bahawa kebanyakkan keputusan pengadil dalam perlawanan awal pagi tadi membangkitkan kemarahan pemain Liverpool, Klopp dan peminat.

Kerana begitu marah dengan ketidak adilan yang di tunjukkan oleh pengadil perlawanan seorang peminat Liverpool telah membuat “disasterclass thread’ di laman Twitternya menunjukkan enam keputusan pengadil Marciniak yang mengejutkan dalam perlawanan ini.

Memberi lontaran kedalam untuk Atletico yang sepatutnya milik Liverpool. Dan kerana hantaran kedalam itu lah Atletico menjaringkan gol pertama dan kemenangan untuk mereka.

Memberi Faul kepada takle yang dilakukan Fabinho. Sedangkan jika dilihat Fabinho hanya melakukan takle untuk mendapatkan bola dan takle itu bersih.

Memberikan Faul kepada pelanggaran yang melibatkan James Milner. Jika dilihat Milner tidak melakukan kekerasan pun kepada pemain Atletico.

Memberi kad kuning kepada Joe Gomez atas takle yang tidak berbahaya. Anda boleh nilai sendiri adakah wajar untuk memberikan kad kuning kepada Gomez untuk Takle yang begini?

Mendakwa Mo Salah mengasari pemain Atletico hanya kerana Mo memenangi perebutan bola. Hal ini paling tidak boleh di terima dek akal. Sudah terang lagi bersuluh yang Salah tidak Buat salah kenapa pengadil perlu salahkan Salah!

Tidak memberi sepakan percuma untuk Liverpool selepas Alex Oxlade-Chamberlain di jatuhkan di luar keluar kotak penalti. Malah Pengadil itu sedikit pun tidak memberi respond ke atas insiden itu.

Tidak syak lagi banyak Kesilapan yang dilakukan oleh Pengadil dalam mengadili perlawanan pada awal pagi tadi.

Lontaran kedalam milik Liverpool di kasi nya ke Atletico, takle tidak merbahaya dapat kad kuning, takle bersih didakwa takle keras dan aoabila pemain Liverpool di jatuhkan Pengadil seolah tidak nampak apa yang berlaku.

Liverpool kini memerlukan satu lagi moment Come Back dan memenangi perlawanan di Anfield nanti untuk layak ke suku akhir Liga Juara-Juara.

“Welcome to anfield” amaran dari Klopp kepada Atletico. Jadi sama-sama kita nantikan apa akan berlaku di Anfield nanti.

BACA:  Ten Hag: Man Utd Kalah Disebabkan Pengadil Dan VAR Tak Function Dengan Betul