Buat Pertama Kalinya Dalam Sejarah Bola Sepak Pengadil Melayangkan Kad Putih

kad putih

Buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak dunia pengadil telah melayangkan kad putih dalam perlawanan yang menemukan dua rival zaman-berzaman, Sporting Lisbon dan Benfica di Portugal.

Ketika ini FIFA telah dicadangkan untuk memperkenalkan kad hijau untuk penggantungan sementara beberapa minit dalam permainan yang menjadi kesinambungan antara kad kuning dan kad merah jika kesalahan itu berada diantara dua kad itu.

Namun di Portugal satu layangan kad puitih dari pengadil telah menimpulkan kebingungan dan rasa pelik dikalangan peminat bola sepak. Apa pengertian di sebalik kad putih itu yang biasanya dikaitkan dengan perkara suci lagi murni.

Benfica sedang mendahului Sporting Lisbon 3-0 dalam perlawanan Taca de Portugal Feminina membabitkan pasukan wanita dan sebelum tamat separuh masa pertama pengadil melayangkan kad putih dengan gaya seperti kad kuning dan kad merah diberikan kepada pemain.

Ketika perlawanan babak pertama hampir berakhir seorang wanita di bangku simpanan telah jatuh sakit dan pasukan perubatan kedua-dua pasukan tanpa mengira permusuhan mereka telah bergegas memberikan bantuan.

Tindakan dari pasukan perubatan ini menyaksikan pengadil perlawanan, Catarona Campos telah mengeluarkan kad yang tidak pernah dilihat sebelum ini kepada kedua-dua kakitangan, sebagai mengiktiraf semangat kesukanan yang mereka tunjukkan.

Pemberian kad itu pada awalnya amat membingungkan namun kemudiannya telah disambut sorakan dan dipuji oleh orang ramai yang hadir menonton di Estadio da Luz.

Sejak Piala Dunia FIFA 1970, peminat bola sepak telah terbiasa dengan pengadil boleh mengeluarkan kad kuning dan kad merah hanya kepada pemain yang melanggar peraturan bola sepak.

Bagaimanapun, pegawai perlawanan bola sepak kini mempunyai senjata lain di dalam pekot mereka iaitu ‘kad putih’ yang bukanlah sebagai simbol kepada hukuman atas kesalahan yang dilakukan.

Menurut laporan JOE, kad putih itu direka bentuk untuk menunjukkan pengiktirafan kepada kelab atas tindakan adil (fair play) semasa perlawanan, dalam usaha untuk ‘meningkatkan nilai etika dalam sukan’.

Kad putih telah diperkenalkan di Portugal bersama dengan banyak inisiatif FIFA sejak kebelakangan ini. Badan induk antarabangsa bola sepak juga telah memperkenalkan gantian untuk pemain mengalami gegaran kepala atau dalam permainan.

Pada musim hadapan semua liga akan menambah masa kecederaan yang lebih lama – yang paling ketara semasa perlawanan peringkat kumpulan di Piala Dunia 2022 di Qatar.

Dengan kad putih kini akhirnya digunakan, harapannya ialah pegawai lain akan melaksanakannya apabila mereka rasa sesuai semasa permainan ketikanya terjadi detik fair play dalam permainan.

Sama seperti masa pemberhentian tambahan, kad putih itu telah menerima reaksi yang agak bercampur-campur di media sosial. Namun ia tidak memberi impak kepada keputusan perlawanan.

Benfica telah memenangi perlawanan itu dengan jaringan 5-0 untuk mara ke separuh akhir kejohanan Taca de Portugal Feminina dihadapan 15,032 orang penonton yang turut menyaksikan detik kad itu dilayangkan buat pertama kali dalam sejarah bola sepak.

BACA:  Bekas Bintang Southampton, Dihukum Gantung Tiga Perlawanan Atas Kesalahan Menampar Pengadil