Carlo Ancelotti Tenang Dedah Taktikal Beliau Untuk Berdepan Liverpool Nanti

Carlo Ancelotti telah mendedahkan rahsia taktikal Real Madrid menjelang aksi perlawanan akhir saingan Champions League bertemu Liverpool.

Los Blancos akan turun berdepan skuad kendalian Jurgen Klopp itu di Paris pada 28 Mei nanti dan ia sebenarnya ulangan aksi perlawanan akhir di Kyiv pada tahun 2018 yang lalu.

Ketika aksi perlawanan akhir di Kyiv itu, Real Madrid berjaya menewaskan Liverpool 3-1 seterusnya muncul sebagai Juara saingan Champions League.

Dalam perlawanan tersebut jugalah nama Loris Karius menjadi sebut-sebutan peminat seluruh dunia kerana telah melakukan aksi dungu yang menjadi punca kekalahan Liverpool.

Kemenangan itu membantu Real Madrid untuk menjulang gelaran Champions League ke-13 mereka dan kini skuad kendalian Carlo Ancelotti itu mahu memburu gelaran ke-14 di Perancis.

Sebenarnya terdapat pelbagai helah tentang bagaimana pendekatan yang akan digunakan oleh Carlo Ancelotti yang sudah memenangi empat gelaran Champions League itu untuk bertemu Liverpool nanti.

Walau bagaimanapun, pengurus veteran itu telah mendedahkan secara terbuka kepada media tentang apa perancangan beliau menjelang aksi perlawanan akhir nanti.

“4-3-3”

Jelas Ancelotti mengakui tentang taktikal yang akan beliau gunakan nanti.

“Kadang kala ia boleh berlaku dengan sistem 4-4-2. Saya rasa tak ada sistem yang pasti, kadang kala untuk mengasak pivot, sama seperti apa kami lakukan ketika bertemu Man City, kamu pergi dari 4-3-3 kepada 4-4-1-1.”

“Cadangan itu tak banyak berubah, hanya sedikit dari segi bertahan berdepan lawan dan menekan mereka.”

Liverpool dijangka akan menurunkan barisan pemain yang sama dan sistem yang sama seperti kebiasaannya mereka gunakan.

Mereka sebelum ini sempat gusar kerana bimbang tentang tahap kecergasan Fabinho namun kini Jurgen Klopp telah mendedahkan yang bintang Brazil itu sudah berada di tahap kecergasan terbaiknya.

Fabinho selepas ini sudah boleh kembali diturunkan selepas beliau dibelenggu masalah kecederaan ketika aksi bertemu Aston Villa sebelum ini.

Casemiro, Toni Kroos dan Luka Modric merupakan pemain berpengalaman yang bakal memperkuat barisan midfield Real Madrid.

Mereka juga ada pemain seperti Federico Valverde dan Eduardo Camavinga yang boleh menjadi back up terbaik untuk trio veteran itu.

Ancelotti tampil mendedahkan yang Valverde dan juga Rodrygo yang menjadi pencetus kebangkitan Real Madrid ketika menewaskan Man City di peringkat separuh akhir akan diturunkan dalam kesebelasan utama ketika aksi perlawanan akhir nanti.

“Kedua-dua akan bermain di pentas perlawanan akhir, betul, mereka akan bermain.”

Jelas Carlo Ancelotti lagi.

Pada aksi leg kedua, Carlo Ancelotti telah membenarkan pemain senior seperti Kroos dan Marcelo untuk memilih pemain yang harus di bawa masuk.

Real Madrid pada ketika ini sudah sah dinobatkan sebagai Juara saingan La Liga buat kali ke-35 dengan mereka turut diberikan guard of honour ketika kejayaan mereka menewaskan Levante 6-0 kemarin.

Vinicius Jr berjaya mencatat hat-trick dalam perlawanan tersebut, sementara Karim Benzema, Ferland Mendy dan Rodrygo masing-masing cemerlang menjaringkan satu gol.

Aksi perlawanan akhir pada tahun ini jelas sekali akan sangat menarik dan sukar sebenarnya untuk meramal siapa bakal muncul sebagai Juara.

Real Madrid memiliki pemain berpengalaman dan mentaliti yang sungguh menakjubkan sementara Liverpool pula mereka memiliki skuad terbaik dan dianggap sebagai antara pasukan paling berprestasi pada ketika ini.

Kerana itulah sukar sebenarnya untuk meramal siapa yang bakal muncul sebagai Juara kerana kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan tersendiri untuk menjuarai saingan Champions League musim ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Carlo Ancelotti Dilantik Pengurus Baharu Real Madrid