Carragher Dedah Punca Mengapa Beliau Tak Pernah Menang Premier League

Jamie Carragher telah mendedahkan yang beliau sepatutnya sudah memenangi gelaran Premier League bersama Liverpool, seandainya pihak kelab tidak menandatangani tiga pemain yang gagal dalam satu jendela perpindahan.

Legenda Liverpool itu menegaskan yang trio tersebutlah punca sebenar mengapa beliau gagal untuk menjulang gelaran Premier League sepanjang kariernya.

Bekas bintang The Reds yang kini berusia 43 tahun itu telah menghabiskan sepanjang kariernya di Anfield dengan beliau turut membantu kelab memenangi gelaran Champions League, UEFA Cup, dua Piala FA dan tiga League Cup.

Carragher yang telah membuat 737 penampilan bersama Liverpool itu gagal untuk membantu kelab memenangi gelaran Premier League sebelum beliau mengumumkan persaraannya pada tahun 2013 yang lalu.

Liverpool hampir untuk memenangi gelaran liga pada musim 2002/02, dengan mereka hanya ketinggalan tujuh mata sahaja dibelakang Arsenal pada ketika itu.

The Reds yang pada ketika itu dikendalikan oleh Gerard Houllier, gagal membina momentum pada musim berikutnya, dengan mereka pada ketika itu mengakhiri saingan liga di kedudukan kelima sahaja.

Liverpool telah menandatangani El Hadji Diouf dari Lens, Salif Diao dari Sedan dan Bruno Cheyrou dari Lille pada musim panas menjelang kempen 2002/03.

Dan Carragher percaya, kesemua tiga pemain itu merupakan penandatanganan gagal dan menyebabkan Liverpool mundur selepas musim sebelumnya mereka hampir memenangi gelaran liga.

“Ia sangat jelas yang kami gagal untuk memenangi gelaran liga ketika karier saya bersama kelab, jadi saya rasa ramai pengurus akan lihat semula pemain yang ditandatangani yang gagal membantu Liverpool ketika era saya bermain.”

Jelasnya kepada Sky Sports.

“Dengan Gerrard Houllier dan Rafa Benitez, kami sudah hampir untuk memenangi liga, dan kemudian kami fikir kami perlu tandatangani satu atau dua pemain dan pemain itu langsung tak berguna.”

“Saya selalu fikir kesan yang di bawa oleh Virgil Van Dijk, Mo Salah atau Alisson untuk Liverpool. Jurgen Klopp sudah membawa kelab pergi jauh, perlawanan akhir Champions League, dan mereka hampir memintas Man City dalam liga, tapi dia perlukan penandatanganan itu, dan mereka berhasil.”

“Kami menamatkan kempen 2001/02 di tempat kedua, dan selepas tamat Piala Dunia 2002, kami membeli tiga pemain pada musim panas itu (Diouf, Diao dan Cheyrou). Dan mereka semua gagal.”

“Skuad langsung tak menjadi dan saya rasa kami mundur kebelakang.”

“Hal yang sama berlaku pada tahun 2009, dengan Rafa Benitez, kami ke Old Trafford dan menang 4-1, kami mengejar United dengan rapat, tamatkan liga di kedudukan kedua dam kemudian pada musim panas kami hilang Xabi Alonso, dan membeli Alberto Aquilani dan Glen Johnson.”

“Ia bukan tentang menyalahkan pemain yang datang, kerana pemain sedia ada juga perlu beraksi dengan baik, tapi saya cuma fikir, ‘kalaulah penandatanganan itu berkesan, adakah ia akan membawa perubahan yang besar? Di situlah saya rasa kami mula merundum.”

Mungkin andai Liverpool menandatangani pemain yang lebih tepat pada musim panas 2002, berbanding menandatangani trio tersebut, maka mereka berkemungkinan lebih berpotensi untuk memenangi liga.

Ia kerana mereka pada ketika itu sudah sangat hampir untuk melakukannya, dan impak kecil dari pemain baru sudah cukup untuk membantu Liverpool memenangi gelaran liga.

Sama seperti skuad Jurgen Klopp, dengan mereka juga pada awalnya hampir untuk menang, dan selepas mendapat penandatanganan yang tepat, Liverpool akhirnya berjaya juga untuk memenangi gelaran liga.

Begitulah apa yang difikirkan oleh Jamie Carragher, yang mengatakan bahawa beliau sepatutnya sudah memenangi gelaran liga, seandainya Liverpool menandatangani pemain yang betul pada ketika itu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Mohamed Salah Sanggup Gadaikan Liga Juara-Juara Eropah Demi Kejuaraan Liga Perdana Inggeris