Pemain tengah bertahan yang dinanti-nantikan selama ini oleh peminat Manchester United, Casemiro telah tersipu dan terkemut malau selepas ditanya kenapa dia tinggalakan saingan Champions League demi bersama Manchester United?
Saga tarik tali pinang meminang untuk mendapatkan Frenkie De Jong tidak kunjung selesai menyaksikan Setan Merah telah melamar Casemiro yang sememangnya terbukti kehebatannya.
Ada menyatakan Casemiro sudah melepasi zaman puncaknya seperti mana yang telah dilalui Raphael Varane namun kualitinya pasti masih ada untuk beraksi diperingkat tertinggi apatah lagi Europa League.
Pemain tengah Brazil itu dilaporkan menerima bayaran £350,000 seminggu untuk jasa baktinya di Old Trafford dan telah meluahkan rasa terujanya dengan perpindahan ini di sidang media di Bernabeu.
Tiada tarik tali dan tolak-menolak, tawaran Manchester United kepada Real Madrid telah diselesaikan dalam tempoh waktu yang singkat dengan yuran perpindahan bernilai £70 juta.
🎙Casemiro on not playing Champions League this season
“Well.. I already have five, don’t i?” @ESPNBrasil 😎🔴 pic.twitter.com/ry9ICredmI
— UtdPlug (@UtdPlug) August 26, 2022
Musim lalu Manchester United telah menamatkan saingan liga di tangga keenam dan telah terlepas slot Champions League dan terpaksa beraksi di liga kelas kedua, Europa League.
Situasi ini telah menyebabkan Cristiano Ronaldo berusaha keras untuk meninggalkan Old Trafford bagi mendapatkan aksi Champions League.
Kehadiran Casemiro selaku pemain United bermakna pemenang 5 kali Champions League itu akan terlepas aksi tertinggi Eropah dengan catatan kejayaan gemilang serta selaku juara bertahan.
Casemiro sudah pasti akan ditanya soalan itu dan soalan itu hadir dari ESPN Brazil dalam satu temubual, Apa perasaan dan kenapa tinggalkan aksi Champions League?
Dengan tersipu-sipu malu dan mungkin tahu jawapannya agak angkuh lalu Casemiro menjawab:
“Yah.. Saya sudah ada lima kejuaraan, bukan?”
youtube.com/watch?v=zZOiiXsc2jE&t=4s
Casemiro segan untuk memberikan jawapan itu namun bekas pemain Porto itu kemudian ketawa selepas menyebut berapa medal kejuaraan Champions League yang dimenanginya.
Casemiro bukan sahaja gembira dengan perpindahan ini malahan berbangga kerana dapat bersama pasukan terbesar di England.
“Perubahan ini merupakan cabaran terbesar sekarang,”
“Aku bercakap dengan bini aku 3 hari lalau dan bini aku cakap aku seperti remaja 18 tahun yang teruja dengan projek baru.”
“Aku rasa sangat teruja untuk beraksi di Premier League. Jika boleh nak je aku main masa lawan Liverpool. Aku sangat teruja. Ini kelab dengan sejarah hebat.”
“Aku perlu bekerja keras untuk menempa nama kerana di sini aku tidak menang apa-apa pun lagi.”
🗣 Casemiro says he wants to “win the Premier League.” #3Sports pic.twitter.com/N4jtCP54S3
— Juliet Bawuah (@julietbawuah) August 22, 2022
Sebagai pendatang baru yang bakal menggalas tanggungjawab berat, Casemiro telah memberi bayangan apa yang boleh peminat harapkan daripadanya.
“Di Manchester United, apa yang aku mahu yang paling utama adalah untuk menzahirkan apa yang aku rasa mengenai kelab ini adalah penghormatan dari aku.”
“Apa yang aku lakukan di Real Madrid, aku mahu lakukan juga di sini. Aku mahu tunjukkan semangat melawan, mampu bekerja keras dan sifat profesional. Aku mahu kerja keras setiap hari untuk buktikan betapa seriusnya aku.”
“Aku mahu menang liga di sini, aku tahu liga di sini sangat mengujakan.”
“Aku akan jalani detik terbaik dalam karier aku. Aku rasa sangat cergas secara fizikal dan mental dan mahu meneruskan kegemilangan karier.”
“Aku rasa inilah detik terhebat ketika membuat keputusan ini.”
🔥 #PL ready.#MUFC || @Casemiro pic.twitter.com/4xRJ1mdyzx
— Manchester United (@ManUtd) August 25, 2022
Sepanjang kariernya, Casemiro telah bermain lebih 500 perlawanan termasuk 63 kali tampil buat pasukan kebangsaan Brazil.
Dia telah memenangi 17 kejuaraan termasuk lima kejuaraan Liga Juara-Juara UEFA, Copa America serta La Liga.
Kehadiran Casemiro ke Old Trafford pasti akan menambahkan lagi kekuatan di barisan tengah pasukan tersebut yang kini dilihat sangat hancur berderai bagai ulat dimakan daun.
Sepanjang bersama Real Madrid, Casemiro menggunakan nombor 14, namun selepas nombor ini dikosongkan, Christian Eriksen menggunakan nombor ini pula.
Nombor yang tinggal buat pemain ini di United adalah 13,15,18,21,24 dan 30.
Walaubagaimanapun, nombor 13 mungkin akan diberikan kepada penjaga gol baharu selepas kelab tersebut dikhabarkan mahu membeli penjaga gol sandaran kepada David De Gea.
Dengan kualiti yang ada padanya, mungkin Casemiro boleh memakai nombor 18, mengikut jejak langkah legenda Paul Scholes dan Ashley Young.