Saingan Champions League kembali bersambung untuk perlawanan peringkat 16 terbaik dan menyusul selepas Europa League juga kembali beberapa hari yang lalu.
Kemenangan perlu di cari oleh Juventus dalam perlawanan kedua ini dan gol yang lebih diperlukan untuk memadamkan bekalan gol tempat lawan yang dimiliki oleh Lyon.
Lyon terlebih dahulu berada dihadapan pada minit ke-12 melalui sepakan penalti Memphis Depay selepas Rodrigo Bentancur menjatuhkan Houssem Aouar ketika cuba merampas bola.
Satu penalti kontroversi kerana Rodrigo Bentancur jelas dilihat berjaya mendapat bola terlebih dahulu dan pengadil tidak merujuk kepada Video Assistant Referee(VAR).
Sebelum penalti hadir, Gonzalo Higuan dijatuhkan ditengah padang tetapi pengadil meneruskan perlawanan yang menghasilkan penalti.
6 – Memphis Depay is the second Dutch player to score in six consecutive Champions League games, after Ruud van Nistelrooy. Greatness. pic.twitter.com/nm7Cq2AnZK
— OptaJohan (@OptaJohan) August 7, 2020
Panenka yang sungguh indah dan berisiko tinggi dari Memphis Depay.
Sebelum tamat separuh masa pertama, Cristiano Ronaldo menyamakan kedudukan juga melalui sepakan penalti yang mudah disempurnakan dengan tendangan leret ke kanan gawang.
Penalti berpunca daripada sepakan percuma Ronaldo yang terkena tangan Memphis Depay ketika membuat benteng.
1 – Memphis Depay is the first player to score a penalty and concede a penalty in a Champions League game since Opta analyses the competition (2003-04). Paradox. #JUVOL pic.twitter.com/9h1Hf3Ni4L
— Optajean (@OptaJean) August 7, 2020
Bersambung 15 mini permainan di babak kedua, Ronaldo meletakkan Juventus dihadapan dengan satu jaringan yang sangat padu dan spektekular.
Menerima bola daripada Federico Bernardeschi, Ronaldo mula menggentel ke kiri ke kanan mencari sedikit ruang untuk melakukan rembatan.
Boom! Satu rembatan luar kotak penalti yang sungguh padu.
20 – Juventus forward Cristiano Ronaldo has scored 20 goals in his last 13 home Champions League knockout matches. In total, he has scored 67 goals in the knock-out stages of the competition, 21 more than any other player (Messi, 46). Relentless. #UCL pic.twitter.com/ImdIUXNWXc
— OptaJoe (@OptaJoe) August 7, 2020
Selepas itu serangan demi serangan daripada Juventus gagal untuk menembusi gawang Lyon dan kedudukan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan.
Lyon mara ke suku akhir dengan agregat 2-2 berkelebihan jaringan gol tempat lawan pada perlawanan pertama.
Mancheste City menjadi lawan Lyon di suku akhir.
Juventus (4-3-3): Szczesny 6, Cuadrado 5 (Danilo 70), De Ligt 6, Bonucci 5.5, Alex Sandro 6; Bentancur 5, Pjanic 6 (Ramsey 60), Rabiot 6; Bernardeschi 5 (Dybala 71 (Olivieri 84), Higuain 5, Ronaldo 7.5
Subs not used: Buffon, Pinsoglio, Chiellini, Rugani, Demiral, Matuidi, Muratore.
Lyon (5-3-2): Lopes 6; Dubois 5 (Tete 90+1), Denayer 6 (Andersen 61), Marcelo 7, Marçal 6, Cornet 6; Caqueret 6, Guimarães 6.5, Aouar 7 (Mendes 90+1); Depay 7 (Dembele 67), Toko-Ekambi 5 (Reine-Adelaide 67).
Subs not used: Tatarusanu, Diomande, Rafael, Bard, Lucas, Traore, Cherki.
Champions League 2019/20 1st Leg: Lyon 1-0 Juventus
Saingan peringkat kumpulan Champions League 2019/20 telah pun tamat dan kejohanan teragung di Eropah ini kembali bersambung di peringkat kalah mati.
Lyon akan turun berdepan Juventus di halaman mereka sendiri Parc Olympique Lyonnais untuk perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah.
Peringkat kalah mati ini menemukan 16 pasukan terbaik yang menjadi juara kumpulan dan naib juara kumpulan.
Cristiano Ronaldo has scored more goals in the Champions League knockout stages than any other player in the competition's history.
Tonight, the UCL returns. pic.twitter.com/jrIyLqzWQp
— Squawka Football (@Squawka) February 26, 2020
Juventus adalah pasukan kegemaran untuk memenangi perlawanan ini dengan barisan pemain berpengalaman dan mantap. Cristiano Ronaldo adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk peringkat kalah mati di Liga Juara-Juara Eropah.
Perlawanan bermula dengan Lyon nampak lebih agresive dalam melancarkan serangan ke atas Juventus. Namun bahagian tengah Kedua-dua pasukan tidak begitu menjadi sehingga minit ke 25 perlawanan.
Selepas serangan demi serangan dilakukan oleh Kedua-dua pasukan masih tiada serangan berbahaya dan jaringan yang berhasil dilakukan. Pada minit ke 28 melalui satu sepakan percuma berlaku pergelutan didalam kotak penalti Juventus dan menyebabkan kecederaan kepada De Ligt.
Matthijs de Ligt passes the Giorgio Chiellini test. 🤕 pic.twitter.com/Wul4hzkqrw
— Squawka News (@SquawkaNews) February 26, 2020
De Ligt terpaksa dikeluarkan kerana kepalanya mengalami pendarahan. Dan sejurus selepas itu hasil larian pantas dari Houssem Aouar,beliau berjaya menghantar bola ke depan pintu gol Juventus dan disudahkan oleh Lucas Tousart untuk Lyon mendahului Juventus.
Tamat separuh masa pertama Lyon yang berjuang habis-habisan berjaya mendahului Juventus dengan jaringan 1-0.
Babak kedua bermula dengan seimbang, Kedua-dua pasukan lebih bijak dalam merangka serangan. Bahagian tengah juga seimbang untuk Kedua-dua pasukan.
Houssem Aouar has now provided three assists in each of his Champions League campaigns:
2018/19:
🅰️ vs. Shakhtar
🅰️ vs. Hoffenheim
🅰️ vs. Hoffenheim2019/20:
🅰️ vs. RB Leipzig
🅰️ vs. Benfica
🅰️ vs. JuventusSo classy. pic.twitter.com/97nUOGtbzF
— Squawka Football (@Squawka) February 26, 2020
Selepas De Ligt kini giliran Dybala pula yang mengalami pendarahan di lengan beliau. Adakah ini yang dinamakan perlawanan berdarah?
Aksi serang menyerang antara kedua pasukan ini berterusan namun masih belum Menghasilkan sebarang jaringan. Tidak banyak percubaan berbahaya dilakukan pada babak kedua perlawanan ini.
Pada minit akhir perlawanan Dybala telah dijatuhkan didalam kotak penalti, namun pengadil perlawanan Jesus Gil Manzano tidak menghadiahkan sepakan penalti untuk Juventus.
The major winners & losers from Lyon's 1-0 win vs. Juventus:
👍👍👍
👎👎👎By @_Steve_Jennings.https://t.co/d2nxtYDlkf
— Squawka Football (@Squawka) February 26, 2020
Lima minit terakhir perlawanan menjadi agak panas dengan emosi dari pemain Juventus hingga Ronaldo sendiri gagal mengawal emosi beliau. Untung saja tiada pergaduhan atau layangan kad ketika itu.
Perlawanan tamat dengan Lyon memenangi perlawanan ini dan membawa bekalan satu gol ke tempat lawan.
Pemain utama Olympique Lyonnais
Anthony Lopes, Fernando Marcal, Marcelo, Jason Denayer, Dubois, Bruno Guimaraes, Tousart, Houssem Aouar, Maxwel Cornet, Moussa Dembele, Karl Toko Ekambi.
Pemain simpanan
Ciprian Tatarusanu, Joachim Andersen, Kenny Tete, Thiago Mendes, Maxence Caqueret, Martin Terrier, Bertrand Traore.
Senarai pemain Utama Juventus
Wojciech Szczesny, Danilo, Leonardo Bonucci, Matthijs De Ligt, Alex Sandro, Rodrigo Bentancur Colman, Miralem Pjanic, Adrien Rabiot, Juan Cuadrado, Paulo Dybala, Cristiano Ronaldo.
Pemain simpanan
Gianluigi Buffon, Mattia De Sciglio, Daniele Rugani, Aaron Ramsey, Blaise Matuidi, Gonzalo Higuain, Federico Bernardeschi.