Champions League 2019/20: Liverpool 2-3 Atletico Madrid (Agg. 2-4)

Pertembungan kedua di pusingan 16 terbaik Champions League antara Liverpool menentang Atletico Madrid pasti ditunggu ramai dan bakal menjadi perlawanan yang hebat.

Liverpool mungkin sekali lagi akan melakukan kebangkitan yang sudah menjadi darah daging mereka namun mungkin tidak menjadi kebangkitan yang hebat.

Dalam perlawanan pertama, Liverpool hanya tewas tipis satu gol sahaja dan perlawanan kedua pula berlangsung di Anfield, neraka buat lawan.

Skuad The Reds perlu memenangi perlawanan menentang Atletico untuk mara ke suku akhir untuk terus menjadi pasukan paling hebat di muka bumi.

Namun Atletico Madrid bukan lawan yang mudah dan terkenal dengan corak permainan berdisiplin tinggi menentang pasukan seperti Liverpool.

Seorang penganalisis bola sepak media sosial terkenal telah menggelarkan cara permainan Diego Simeone sebagai Dark Art. Dah macam ilmu hitam.

Ini akan memberi kesukaran kepada corak permainan Jurgen Klopp yang berasaskan possession hunger dan juga counterpressing.

Maka perlawanan ulangan yang dinanti bermula, seawal permainan lagi Atletico Madrid telah menguji kubu pertahanan Liverpool.

Diego Costa berjaya melepasi perangkap offside namun rembatannya agak lemah dan mudah diselamatkan Adrian. Baru berapa saat je sudah diuji.

Selepas 30 minit permainan percubaan awal daripada Costa itu merupakan satu-satunya aksi menarik dalam perlawanan ini.

Liverpool bergelut untuk memecahkan seni hitam yang direncanakan Simeone dan tiada percubaan merbahaya terhasil.

Pada minit ke-34, kekebalan seni hitam terpecah dan Liverpool mendapat peluang, tetapi rembatan padu Sadio Mane gagal menghasilkan gol.

Beberapa ketika kemudian jeritan sekali lagi bergema samabran Roberto Firmino telah dinafikan oleh Jan Oblak.

Pada minit ke-43, Georginio Wijnaldum telah memecahkan kebuntuan dengan menyamakan agregat melalui satu sundulan.

Hantaran lintang yang cantik daripada Alex Oxlade-Chamberlain telah disudahkan Wijnaldum melalui satu sundulan bebas.

Bersambung babak kedua, Liverpool terus menekan Atletico Madrid dengan serangan demi serangan.

Namun gol tidak kunjung tiba apabila dinafikan oleh Oblak dan juga offside.

Pada minit ke-66 Mohamed Salah melaukan satu gerakan cantik memperdaya pertahanan Atletico Madrid.

Rembatan Salah telah berjaya diselamatkan dan tindakan susulan Andy Robertson dengan satu sundulan dinafikan palang.

Oblak terus cemerlang kali ini menepis keluar rembatan Trent Alexander-Arnold kali ini rembatan susulan Robertson dihadang.

Liverpool terus mati kutu mencari gol tambahan dan di penghujung perlawanan mujur gol Atletico Madrid dibatalkan kerana offside.

Pada minit ke-94 Roberto Firmino telah menggandakan jaringan dan meletakkan Liverpool di hadapan secara agregat.

Hantaran silang sedap disundul Firmino namun terkena tiang, bola muntah segera ditolak masuk Firmino.

Roberto Firmino menjaringkan gol pertama di Anfield musim ini dan gol pertama di Champions League.

Selepas 167 saat gol Firmino, Adrian telah membuat kelakar yang berprofil tinggi, ketawa buat lawan dan air mata dari Liverpool.

Cubaan mengeluarkan bola terlalu lemah dan menemui pemain Atletico Madrid.

Hantaran Joao Felix telah disempurnakan dengan tenang oleh Marcos Llorente dari luar kotak penalti.

Pada minit ke-105, Liverpool terus dihukum daripada satu serangan balas apabila terlalu bernafsu menyerang.

Alvaro Morata membuat larian daripada tepi padang dan Marcos Llorente menyusul dengan larian ke tengah menanti bola.

Hantaran Morata dikawal kemasa Llorente berjaya mengelak tiga pemain Liverpool untuk gol penyamaan.

Secara agregat Atletico Madrid mendahului 3-2 dengan kelebihan gol tempat lawan.

Maka dua gol perlu dicari Liverpool untuk ke suku akhir.

Ketika permainan masa tambahan hampir tamat sekali lagi Ateltico Madrid menghukum dengan gol ketiga.

Kali ini lorongan Llorente pula disudahkan oleh Alvaro Morata dengan mudah sekali.

Sejurus selepas gol itu terus deruman enjin motosikal memecah keheningan subuh dan meja yang dipenuh penyokong berbaju merah telah lenyap.

Entah bayar ke tidak. Anfield yang selalu menjadi neraka buat lawan kini menjadi neraka buat Liverpool.

Liverpool (4-3-3): Adrian, Alexander-Arnold, Gomez, van Dijk, Robertson, Oxlade-Chamberlain (Milner 81), Henderson (Fabinho 106), Wijnaldum (Origi 106), Salah, Firmino (Minamino 113), Mane;

Pemain Simpanan: Lallana, Lonergan, Matip

Atletico Madrid (4-4-2): Oblak, Trippier (Vrsaljko 91), Savic, Felipe, Renan Lodi, Correa (Gimenez 106), Saul, Thomas, Koke, Costa (Llorente 56), Joao Felix (Morata 103)

Pemain Simpanan: Adan, Lemar, Carrasco

Champions League 2019/20: Atletico Madrid 1-0 Liverpool

Saingan peringkat kumpulan Champions League 2019/20 telah pun tamat dan kejohanan teragung di Eropah ini kembali bersambung di peringkat kalah mati.

Perlawanan antara Atletico Madrid vs Liverpool dan Borussia Dortmund vs Paris Saint Germain menjadi perlawanan pembuka tirai.

Peringkat kalah mati ini menemukan 16 pasukan terbaik yang menjadi juara kumpulan dan naib juara kumpulan.

Liverpool bertandang ke Wanda Metropolitano di mana gelanggang yang menjadi saksi mereka menjuarai Champions League buat kali ke-6 dalam sejarah kelab.

Kedatangan kali kedua Liverpool ke stadium ini barulah disambut oleh tuan rumah yang sebenar iaitu Atletico Madrid.

Suasana dan sambutan yang diberikan oleh penyokong Atletico Madrid dengan kedatangan Liverpool sangat menakjubkan dan mampu melemahkan semangat lawan.

Penyokong Atletico Madrid menggamatkan suasana dengan sorakan dan membakar suar sehingga memerahkan malam di Wanda Metropolitano.

Atletico Madrid bermula garang dan mengasak sebaik sahaja wisel permainan bermula. Sepakan penjuru segera diperoleh di awal permainan.

Berpunca dari sepakan penjuru itu telah terjadi situasi kelam kabut di depan gol Liverpool dan bola pergi meliar.

Saul Niguez pantas menyambar dan menjolok masuk bola yang terhidang untuk gol pembukaan pada minit ke-4.

Pada minit ke-7 Atletico Madrid seperti Tora, datang lagi namun Szymon Marciniak terlebih dahulu dikesan berada dalam kedudukan offside.

Kesilapan penajga gol Atletico Madrid, Jan Oblak ketika membuat sepakan ke atas hampir saja mengundang padah.

Bolanya leret menemui Mohamed Salah tapi sayang sentuhan pertama Salah kelaut menyebabkan Roberto Firmino berada dalam kedudukan offside.

Liverpool terus menekan untuk mencari gol penyamaan namun Atletico Madrid tenang saja menyerap segala asakan anak buah Jurgen Klopp.

Pengusaaan bola Liverpool pada separuh masa pertama sangat gila sehingga 67 peratus tetapi tiada jaringan terhasil serta tiada percubaan tepat.

Selepas permainan bersambung Liverpool terus melakukan asakan bagi mencari gol namun Atletico Madrid masih lagi kebal.

Akhirnya Mo Salah berjaya menjaringkan gol namun jaringa tersebut dibatalkan kerana offside.

Peluang terbaik Liverpool hadir namun tandukkan Salah sedikit saja tersasar pada minit ke-52 permainan di separuh masa kedua.

Hantaran demi hantaran dibuat Liverpool ke kotak penalti Atletico Madrid dan tandukan demi tandukan hadir mengeluarkan bola.

Pada minit ke-72, Jordan Henderson hampir meletakkan gol penyamaan selepas membuat satu percubaan hasil umpanan Divock Origi.

Tapi sayang percubaan Henderson sedikit tersasar ke sebelah kiri gawang.

Atletico Madrid terus mempertahankan satu gol mereka menyebabkan perlawanan menjadi sangat bosan hanya sekali sekala sahaja mereka menyerang.

Alvaro Morata mendapat peluang untuk menggandakan kedudukan ketika tidak dikawal namun Morata tergelecoh ketika mahu melakukan rembatan.

Perlawanan berlanjutan sehingga ke masa kecederaan namun tiada lagi jaringan yang hadir sehingga wisel penamat.

Liverpool gagal membuat sebarang percubaan tepat dalam perlawanan ini. Ini merupakan pertama kali Liverpool berperangai begini musim ini.

Atletico Madrid menang perlawanan pertama dan membawa bekalan satu gol untuk perlawanan kedua di Anfield pada bulan hadapan.

Atletico Madrid: Oblak, Vrsaljko, Felipe, Savic, Renan Lodi, Saul, Koke, Thomas, Lemar (Llorente 46), Morata (Vitolo 69), Correa (Costa 76).

Subs not used: Adan, Gimenez, Carrasco, Hermoso.

Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Gomez, Van Dijk, Robertson, Henderson (Milner 79), Fabinho, Wijnaldum, Salah (Oxlade-Chamberlain 71), Firmino, Mane (Origi 46).

Subs not used: Keita, Adrian, Minamino, Matip.

BACA:  Salah Tegaskan Yang Kelab Tahu Apa Beliau Mahu