Perlawanan antara Barcelona dan Juventus di kumpulan G menjadi antara perlawanan tumpuan dalam saingan Champions League minggu ini walaupun kedua-dua pasukan sudah lama layak ke pusingan kalah mati.
Perlawanan ini menjadi perlawanan penentuan siapakah bakal muncul juara kumpulan G dan yang paling utama adalah pertembungan kembali Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
Sejak dua tahun lalu, tiada lagi aksi yang menemukan kembali kedua-dua pemain paling power di muka bumi ini selepas Ronaldo berhijrah ke Juventus.
13 – Excluding home stadiums, #CampNou is now the stadium where Cristiano #Ronaldo scored the most away goals in career with clubs (13 goals). Traveler.#BarcaJuve #UCL #BarcaJuventus pic.twitter.com/Y2fSZhEiQp
— OptaPaolo (@OptaPaolo) December 8, 2020
Sebelum ini sekurang-kurangnya dua perlawanan El Clasico semusim akan menampilkan kelibat Messi dan Ronaldo dan mungkin lebih jika mereka bertemu di kejohanan domestik yang lain.
Perlawanan ini menjadi satu nostalgia dan sepatutnya tidak lagi menjadi medan perbalahan untuk menentukan pemain mana yang lebih hebat dan padu.
Cristiano Ronaldo terlebih dahulu membuka tirai jaringan untuk Juventus pada minit ke-13 melalui sepakan penalti selepas beliau dijatuhkan oleh Ronald Araujo.
7 – Barcelona’s Lionel Messi 🇦🇷 has had seven shots on target against Juventus (11 in total), more than any other player in a Champions League game without scoring since at least 2003/04. Tireless. pic.twitter.com/QGaAbe0sz2
— OptaJose (@OptaJose) December 8, 2020
Tujuh minit kemudian, Weston McKennie menggandakan kedudukan dengan satu jaringan voli akrobatik yang sangat padu cantik lagi penuh bergaya.
Gol padu ini terhasil selepas Miralem Pjanic kehilangan bola kepada bekas pasukannya dan Juan Cuadrado telah menghantar satu umpanan cantik lagi bersahaja.
Weston McKennie membuat larian dari luar ke kotak penalti terus melompat ke udara dan melibas bola itu untuk menewaskan Marc-Andre ter Stegen.
2 – Barcelona have conceded two goals in the first 20 minutes of a Champions League home game for the first time ever. Shock. pic.twitter.com/ojyyDDIvYW
— OptaJose (@OptaJose) December 8, 2020
Kedudukan 2-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama dan inilah pertama kali Barcelona ketinggalan dua gol dalam tempoh 20 minit ketika beraksi di laman sendiri.
Cristiano Ronaldo menjaringkan gol kedua peribadi dan gol ketiga perlawanan pada awal babak kedua juga melalui sepakan penalti.
Video Assistant Referee(VAR) telah mengesan bola terkena tangan Clement Lenglet dan selepas penelitian dilakukan maka itu adalah satu penalti.
1 – #Juventus are the first Italian side ever to score 3+ away goals against Barcelona in UEFA competition. Historic.#BarcaJuve #UCL pic.twitter.com/MXjlPyGBUc
— OptaPaolo (@OptaPaolo) December 8, 2020
Lionel Messi telah mendaftarkan 7 percubaan tepat tetapi gagal menghasilkan sebarang gol.
Kemenangan ini membolehkan Juventus muncul juara kumpulan G dengan peraturan Head-to-head walaupun mengutip mata yang sama dengan Barcelona.
Barcelona: Ter Stegen; Dest, Lenglet, Araujo, Jordi Alba; De Jong, Pjanic, Messi, Pedri; Griezmann
Subs: Neto, Iñaki Peña, Umtiti, Mingueza, Junior Firpo, Aleñá, Coutinho, Busquets, Riqui Puig, Matheus Fernandes, Konrad, Braithwaite
Juventus: Buffon; Cuadrado, Danilo, Bonucci, De Ligt, Alex Sandro; Arthur, Mckennie, Ramsey; Morata, Ronaldo
Subs: Pinsoglio, Szczesny, Dragusin, Frabotta, Rabiot, Portanova, Bentancur, Dybala, Chiesa, Bernardeschi, Da Graca, Kulusevski