Champions League 2021/22: Inter Milan 0-2 Liverpool

Liverpool berkunjung ke San Siro untuk bertemu Inter Milan dalam aksi pusingan 16 terbaik saingan Champions League awal pagi ini.

Inter Milan berjaya mara ke pusingan kalah mati selepas muncul sebagai Naib Juara kumpulan D, di belakang Real Madrid.

Sementara Liverpool pula, mereka berjaya layak ke peringkat kalah mati selepas muncul Juara kumpulan B, dengan anak-anak buah Jurgen Klopp itu memegang rekod bersih 100% kemenangan ketika saingan peringkat kumpulan.

Perlawanan ini dijangka akan sangat menarik dek kerana kedua-dua pasukan ketika ini mempamerkan aksi tidak menentu.

Liverpool sebelum ini berjaya merekodkan enam kemenangan secara berturut-turut dalam semua pertandingan, sementara Inter Milan pula baru saja mencatatkan keputusan seri bertemu Napoli hujung minggu lalu.

Lima minit pertama selepas sepak mula perlawanan, Liverpool nampak lebih dominan dengan mereka beberapa kali berjaya menguji gawang gol Inter Milan.

Inter Milan turut cuba melancarkan serangan namun kerap kena pressing dengan pemain Liverpool dan menyebabkan serangan mereka terbantut.

10 minit perlawanan berlangsung, Liverpool masih dominan dan kerap melancarkan serangan menguji gawang tuan rumah.

Inter cuba seimbangkan perlawanan, namun mereka gagal lepas masuk ke kawasan Liverpool.

20 minit permainan berlangsung perlawanan semakin seimbang walau Liverpool nampak masih dominan dari segi penguasaan bola.

Inter beberapa kali berjaya melancarkan serangan merbahaya termasuk satu percubaan dari Hakan Calhanoglu yang terkena palang.

30 minit permainan berlangsung kini Inter berjaya seimbangkan perlawanan dengan Liverpool tak lagi terlalu dominan.

Skuad kendalian Jurgen Klopp tetap berjaya melancarkan lebih banyak serangan namun tiada serangan merbahaya yang berjaya dilakukan.

40 minit perlawanan berlangsung kedua-dua pasukan semakin memperlahankan permainan sambil sesekali melancarkan serangan andai berkesempatan.

Jentera serangan Liverpool makin tumpul dan sukar beri ancaman bahaya walau miliki banyak kesempatan.

Lima minit terakhir aksi babak pertama permainan, Liverpool awalnya hilang arah dan kerap bagi bola percuma kepada pasukan lawan.

The Reds kemudiannya kembali dominan dan sempat melancarkan beberapa siri serangan sebelum aksi babak pertama berakhir.

Aksi babak pertama berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan, dan kedua-dua pasukan tentunya akan lakukan perubahan untuk aksi babak kedua nanti.

10 minit pertama aksi babak kedua Inter Milan nampak lebih aggressive dan lebih kerap melancarkan serangan bahaya ke kubu Liverpool.

Pasukan pelawat masih tercari-cari kesempatan untuk menjaringkan gol dengan kesemua serangan yang mereka lancarkan tidak beri ancaman kepada Inter.

Minit ke-58 Edin Dzeko berjaya menewaskan Alisson Becker untuk gol pembukaan Inter Milan namun pengadil membatalkan gol tersebut kerana beliau berada dikedudukan offside.

Minit ke-65 selepas kemasukan Luis Diaz jentera serangan Liverpool nampak lebih teratur dan berkesan sementara Inter sudah mula kendurkan permainan.

Minit ke-74 Liverpool akhirnya berjaya membuka tirai jaringan menerusi Roberto Firmino yang cemerlang menanduk padu bola hantaran Andy Robertson.

Andy Robertson mengambil sepakan penjuru dan menghantar bola tepat ke kepala Firmino yang kemudiannya melakukan satu sundulan padu menerjah jaring gawang gol Inter Milan.

Minit ke-82 Liverpool berjaya menggandakan kedudukan hasil jaringan cantik Mo Salah yang memanfaatkan bola tandukan dari Virgil Van Dijk.

Hasil dari satu sudut sepakan percuma, Van Dijk berjaya memenangi bola dan bola tandukan beliau bergolek cantik depan Salah yang kemudiannya melepaskan rembatan padu untuk gol kedua Liverpool.

Inter cuba mencari gol untuk mereka bawa bekal ke Anfield, namun sayangnya barisan pertahanan Liverpool terlalu kental untuk mereka hadapi.

Pengadil perlawanan membunyikan wisel penamat seterusnya mengesahkan kemenangan 2-0 berpihak kepada Liverpool.

Kedua-dua pasukan akan sekali lagi bertemu pada 9 Mac nanti untuk aksi timbal balik pusingan 16 terbaik saingan Champions League di Anfield.

INTER MILAN (3-5-2):Β Handanovic 6; Skriniar 7, De Vrij 7 (Ranocchia 87min), Bastoni 7 (Dimarco 90); Dumfries 7 (Darmian 87), Vidal 6 (Gagliardini 87), Brozovic 6, Calhanoglu 8, Perisic 7; Martinez 6 (Sanchez 70, 5), Dzeko 7.

Kad Kuning: None.

Pengurus: Simone Inzaghi 7.

LIVERPOOL (4-3-3):Β Alisson 7; Alexander-Arnold 7.5, Konate 8, Van Dijk 8.5, Robertson 7; Thiago 6 (Milner 86), Fabinho 8 (Henderson 59, 7), Elliott 7 (Keita 59, 7); Salah 7, Jota 6 (Firmino 46, 7), Mane 6 (Diaz 59, 7).

Penjaring: Firmino 75, Salah 83.

Kad Kuning: None.

Pengurus: Jurgen Klopp 7.

Pengadil: Szymon Marciniak (Poland) 6.

BACA:Β  'I'll Be Muslim Too': Penyokong Liverpool Cipta Lagu Khas Untuk Mo Salah