Chelsea Menganjing Diri Sendiri Dengan Memutar Lagu Bob Marley Selepas Dibelasah Brentford

Para penyokong Chelsea seolah-olah tak percaya mendengar lagu yang diputarkan di Stamford Bridge selepas tamat aksi kekalahan 4-1 The Blues di tangan Brentford kemarin.

Skuad kendalian Thomas Tuchel itu terpaksa akur dibelasah teruk oleh Brentford dalam aksi saingan Premier League kemarin.

Agak mengejutkan juga untuk melihat mereka dibelasah teruk oleh pasukan yang baru sahaja mampu menyelamatkan diri dari berada di zon penyingkiran dalam saingan liga.

Selepas wisel penamat dibunyikan, lagu ‘Three Little Bird’ berkumandang di seluruh stadium dengan lirik yang berbunyi:

“Jangan risaukan hal kecil, kerana setiap hal kecil akan baik-baik sahaja.”

Itulah nasihat yang sesuai untuk diberikan kepada para penyokong, supaya mereka redho tewas buat pertama kali sejak 1939 di tangan Brentford.

Juara bertahan saingan Champions League itu pada ketika ini beroperasi menggunakan lesen khas selepas segala assets milik Roman Abramovich termasuk Chelsea FC dibekukan oleh kerajaan UK.

Melihat kepada situasi Chelsea pada ketika ini, tidak hairanlah mengapa para penyokong mereka merasa bimbang dan risau memikirkan masa depan kelab.

Para penyokong yang masih ada di stadium hangat membincangkan tentang lagu yang diputarkan itu di media sosial.

“Adakah lagu ni memang nak mengejek penyokong sendiri? Lepas kalah kita kena dengar lagu ni ke?”

“Keadaan semakin memburuk, kita sekarang dah sampai tahap menganjing diri sendiri. Apa sudah berlaku ni? Kenapa lagu ni yang dipilih?”

“Saya tak tahu nak gembira ke kecewa dengan situasi ni, teruk sangat dah kita sampai menganjing diri sendiri.”

“Adakah DJ meluahkan kekecewaan dia? Bijak juga cara dia putarkan lagu yang menganjing pasukan sendiri ni ya.”

“Saya ada di stadium waktu lagu ini diputarkan dan saya sendiri tak tahu nak bagi reaksi apa.”

Chelsea sebenarnya terlebih dahulu mendahului perlawanan selepas Antonio Rudiger meledak gol yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Rudiger melepaskan rembatan yang cukup padu dari luar kotak penalti dan bola rembatan beliau itu jelas sekali sukar untuk diselamatkan oleh David Raya.

Tidak lama selepas itu, anak-anak buah Thomas Franks berjaya menyamakan kedudukan menerusi Vitaly Janelt seterusnya menaikkan semangat mereka untuk terus menguji gawang gol The Blues.

Brentford kemudiannya mendahului permainan empat minit selepas itu menerusi penandatanganan terbaru mereka, Christian Eriksen.

Ia merupakan gol pertama Christian Eriksen untuk Brentford sejak beliau ditandatangani pada Januari lalu dan ia juga merupakan gol pertamanya dalam saingan Premier League sejak dua tahun lalu.

Janelt kemudiannya berjaya menjaringkan gol kedua peribadinya dalam perlawanan ini untuk meletakkan Brentford di hadapan dengan keputusan 3-1.

Pemain gantian, Yoane Wissa kemudiannya turut mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini untuk membantu Brentford menewaskan Chelsea 4-1.

Tuchel bercakap kepada Sky Sports selepas tamat perlawanan dengan beliau mengakui tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam tempoh 10 minit itu.

“Ia agak aneh kerana kami sudah bekerja keras untuk dapatkan gol pertama dan kami tahu sukar untuk cipta peluang bertemu Brentford.”

Jelas Thomas Tuchel.

“Mereka bertahan dengan sangat tinggi dan turut melakukan man mark dan mereka juga turut bertahan secara sangat deep dengan 10 pemain di dalam kotak.”

“Kamu perlu bersabar, ada rhythm yang lancar dan kebijaksanaan serta klinikal untuk dapat peluang dam menjaringkan gol pertama itu.”

“Sebaik kami peroleh gol pembukaan, kami berhenti bertahan dan bagi mereka peluang menjaringkan tiga gol dalam tempoh 10 minit. Itu sangat tak patut dan ia bunuh kami dalam perlawanan ini.”

“Saya tak tahu mengapa kami bagi mereka kesempatan itu selepas peroleh gol dan kemudian kami tak bertahan dengan baik. Kami tak bagi perhatian terhadap bahaya yang datang dan bagi saya itu satu hal yang aneh.”

“Kami dihukum. Mereka benar-benar manfaatkan 10 minit itu, yang mana bagi saya itu memang tak normal. Itulah kesimpulan untuk perlawanan yang pelik. Itu tanggungjawab kami. Itu salah kami.”

BACA:  Jenas: Eden Hazard Terlalu Bagus Untuk Chelsea, Sudah Sampai Masa Untuk Berpindah