Chelsea Telah Menyingkirkan Tiga Pemain Dari Skuad Utama Dan Menyuruh Mereka Mencari Majikan Baru

Tiga orang pemain Chelsea, Tiemoue Bakayoko, Danny Drinkwater dan Ross Barkley telah diberitahu oleh pihak kelab yang mereka harus mencari majikan baru.

Pihak kelab mengarahkan ketiga-tiga mereka mencari kelab yang baru kerana Chelsea secara rasminya telah menyingkirkan kesemua tiga pemain tersebut dari skuad mereka.

Kesemua tiga pemain tersebut gagal untuk mendapatkan tempat mereka dalam skuad utama Chelsea sejak dari awal mereka ditandatangani sehingg ke hari ini.

The Blues telah membelanjakan sekitar £90 juta untuk menandatangani ketiga-tiga pemain tersebut, namun memilih untuk melepaskan saja kesemua mereka, kerana tidak mencapai tahap yang dikehendaki.

Thomas Tuchel sendiri sudah secara rasminya memberitahu para pemain tersebut yang mereka tidak ada dalam perancangannya pada penghujung pra musim sebelum ini.

Tuchel merasakan yang ketiga-tiga pemain tersebut tidak mempunyai kualiti yang beliau harapkan untuk memberi impak kepada skuad kendaliannya.

Kesemua tiga pemain itu sebelum ini telah beraksi bersama beberapa pasukan lain sebagai pemain pinjaman dan mencapai kejayaan masing-masing sepanjang tempoh tersebut.

Walau bagaimanapun, mereka sebenarnya masih mempunyai baki kontrak bersama Chelsea dengan perjanjian yang melibatkan gaji yang sangat besar.

Oleh yang demikian, ia agak menyulitkan pihak kelab untuk menjual mereka, apa lagi untuk terus membayar gaji yang tinggi itu dalam keadaan ekonomi kelab yang sedang teruk dilanda krisis ekoran dari wabak pandemik ini.

Tammy Abraham juga sedang dalam proses untuk meninggalkan Chelsea dengan beliau bakal dilepaskan oleh pihak kelab dengan yuran perpindahan bernilai €45 juta.

Chelsea memutuskan untuk menjual pemain penyerang mereka itu kerana khidmatnya tidak diperlukan oleh Thomas Tuchel yang sudah ada penyerang pilihannya sendiri.

Tammy Abraham sebelum ini dilaporkan bakal menyertai Arsenal, namun akhirnya beliau memilih untuk menandatangani perjanjian bersama AS Roma dan bakal beraksi dalam saingan Serie A.

Thomas Tuchel sedang menyusun strategi terbaik untuk skuadnya

Walau sedang berdepan dengan masalah ekonomi, Chelsea walau bagaimanapun telah berjaya melengkapkan perpindahan mega Romelu Lukaku dari Inter Milan, dengan yuran perpindahan bernilai £97.5 juta.

Kejayaan Chelsea membawa pulang semula penyerang kebangsaan Belgium itu menyebabkan ramai yang yakin mereka bakal menjadi pencabar utama untuk merebut kejuaraan liga musim ini.

Ketika ditanya tentang ketibaan Lukaku, pengurus kelab, Thomas Tuchel telah menyatakan bahawa:

“Dengan penambahan Romelu Lukaku, kita sudah mempunyai seorang penyerang utama dan kami mahu dia untuk berada di atas padang. Itu sangat jelas ketika kamu melakukan perpindahan seperti ini.”

“Tapi saya rasa dia akan menggalas sedikit bebanan yang sebelum ini dipikul oleh Kai Havertz, Timo dan Christian Pulisic.”

“Ia kerana Romelu merupakan jenis pemain yang sentiasa berhubung dengan kesinambungan dan beliau akan memikul bebanan yang dipikul oleh pemain muda.”

“Saya sangat gembira dengan Christian, Timo dan Kai kerana mereka telah menunjukkan usaha yang gigih dan meletakkan intensiti yang tinggi dalam skuad dan saya rasa dengan Romelu kita akan ada peluang untuk bermain dua penyerang, sama seperti ketika dia bersama Inter atau mungkin kita akan bermain dengan tiga penyerang.”

Chelsea pada musim lalu walau mereka berjaya menjulang kejuaraan Champions League, namun tidak dinafikan mereka mengalami masalah di posisi serangan.

Kerana itulah mereka sanggup mengeluarkan dana besar untuk cuba mendapatkan Erling Haaland dari Borussia Dortmund sebelum ini, namun kerana rundingan untuk mendapatkan bintang Norway itu gagal, maka mereka memilih untuk membawa Lukaku kembali ke Stamford Bridge.

Sumber: SB

BACA:  Chelsea Berdepan Masalah Kritikal Berkait Pemain Di Posisi Pertahanan Menjelang Musim Baru Nanti