Chelsea Yakin Dapatkan Haaland

Juara Champions League 2020/21, Chelsea dilaporkan sangat yakin untuk membawa Erling Braut Haaland ke Stamford Bridge musim hadapan.

Jika ini menjadi kenyataan maka satu perpidahan mega akan berlaku melihatkan pemain penyerang paling sesasi itu.

Erling Braut Haaland telah meledak 41 gol dalam 41 perlawanan bersama Borussia Dortmund musim 2020/21 dalam semua kejohanan dengan bonus 12 assist.

Kemampuan Haaland menjaringkan gol telah terbukti bukan di liga domestik sahaja malah dipentas Eropah.

Di Champions League secara keseluruhannya Haaland telah beraksi dalam 16 perlawanan sahaja namun telah menjaringkan 20 gol dengan 3 assist setakat ini.

Haaland kini baru berusia 20 tahun namun tanda harganya bukan kaleng-kaleng apabila diletakkan setinggi £170 juta. Sanggup harga tu baru bincang, bukan beli lagi.

Menurut rakan senegara Haaland, Jan Aage Fjortoft dari Norway menyatakan bahawa Chlesea berharapan besar membawa Haaland ke Stamford Bridge.

Erling Haaland dilaporkan bakal menjadi pelengkap kepada pasukan Thomas Tuchel untuk mengejar gelaran Premier League musim hadapan.

Ketika ini penyerang Chelsea, Timo Werner sangat buta kayu dan hanya menjaringkan 6 gol sahaja sepanjang musim di Premier League.

Harga tiada masalah buat Chelsea walaupun akan menyebabkan struktur gaji Chelsea akan terganggu dan mungkin akan ada pemain dijual atau perkara ini menjadi penghalang.

Jan Aage Fjortoft yang merupakan bekas pemain Middlesbrough telah menulis di laman Twitter beliau:

“Chelsea berusaha keras untuk mendapatkan Erling Haaland. Dia dilihat sebagai pemain yang “hilang” untuk Chelsea mencabar gelaran PL musim depan.”

“Bayaran sangat tinggi, tetapi tetap yakin bahawa ini dapat diselesaikan. Halangan utama adalah struktur gaji di Chelsea.”

Sejak kebelakangan ini, Bundesliga merupakan tempat kegemaran Chelsea membeli belah bagi mendapatkan pemain untuk memperkuatkan pasukan.

Timo Werner dibeli dari RB Leipzig dengan harga £47 juta manakala penjaring gol kemenganan Champions League, Kai Havertz dirembat dari Bayer Leverkusen dengan yuran perpindahan bernilai £72 juta.

Dengan tanda harga yang tinggi kedua-dua pemain ini hanya menjaringkan 10 gol sahaja di Premier League selepas dijumlahkan. Ok la Havertz jaring gol final.

Pasukan dari London itu sedar bahawa klausa pelepasan Haaland yang diletakkan pada nilai £64 juta sahaja hanya dapat diaktifkan pada musim panas 2022.

Usaha mendapatkan Haaland menjadi sukar buat semua pasukan apabila beliau diwakili oleh Mino Raiola yang mata duitan dan terkenal dengan permintaan bukan-bukan.

Menurut The Telegraph, untuk mengukuhkan lagi pembelian ini, Chelsea juga sanggup memasukkan Tammy Abraham di dalam perjanjian tersebut.

Tammy Abraham agak merosot musim ini dan selepas kehadiran Thomas Tuchel peluangnya untuk beraksi semakin sedikit termasuklah tidak beraksi di final Champions League.

Chelsea merupakan pasukan terkini dikaitkan dengan Haaland selepas Barcelona, Real Madrid, Manchester United dan Manchester City.

Real Madrid juga mahu menandatangani Haaland dan bersedia untuk menawarkan salah seorang dari tujuh pemain yang mahu mereka lepaskan.

Oscar Rodriguez, Dani Ceballos, Alvaro Odriozola, Brahim Diaz, Lucas Vazquez, Mariano Diaz dan Takefusa Kubo antara pemain yang ditawarkan kepada Borussia Dortmund.

Mino Railo telah menetapkan gaji yang perlu dibayar kepada Haaland sekurang-kurangnya £600,000 seminggu jika ada kelab yang berminat.

Ini bermakna nilai keseluruhannya untuk mendapatkan Haaland adalah sekitar £300 juta untuk kontrak selama lima tahun.

Ia kerana, £150 juta merupakan kemungkinan yuran perpindahan paling rendah untuk pemain paling diimpikan oleh kebanyakkan kelab itu dan £150 juta lagi merupakan nilai bayaran gajinya selama tempoh tersebut.

Jumlah £300 juta untuk seorang pemain untuk tempoh 5 tahun merupakan sesuatu yang tidak berbaloi bagi mana-mana kelab yang mungkin berdepan masalah dengan Financial Fair Play (FFP).

BACA:  Gol Minit Akhir Jaringan Welbeck, Menyulitkan Lagi Laluan Chelsea Mahu Cabar Gelaran Liga