Comeback Bertemu Southampton Bantu Hidupkan Peluang Liverpool Untuk Memenangi Gelaran Quadruple

Liverpool berjaya memastikan harapan mereka untuk memenangi gelaran quadruple akan terus hidup hingga ke hari terakhir saingan Premier League musim ini.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu berjaya melakukan comeback untuk menewaskan Southampton 2-1 di St Mary Stadium awal pagi tadi.

The Saints terlebih dahulu membuka tirai jaringan mereka dalam perlawanan ini menerusi Nathan Redmond pada minit ke-13 permainan.

Jurgen Klopp membuat sembilan pertukaran dalam skuadnya hari ini berbanding skuad ketika aksi perlawanan akhir saingan FA Cup bertemu Chelsea kemarin.

Salah seorang muka baru yang diberi kepercayaan untuk beraksi, Takumi Minamino berjaya meledak gol penyamaan pada minit ke-27 permainan.

Takumi Minamino berjaya menjaringkan gol bertemu kelab yang meminjam beliau pada musim lalu dengan satu jaringan yang menakjubkan.

Skuad The Reds turun dengan misi wajib menang untuk memastikan mereka terus memberi cabaran kepada Man City dalam perebutan gelaran liga musim ini.

Pendahulu saingan Premier League pada ketika ini, Manchester City memiliki kelebihan empat mata dan turut mempunyai rekod jaringan yang jauh lebih baik.

Maka, seandainya Liverpool tewas mereka akan sah dinobatkan sebagai Juara dan andai The Reds seri Man City sepertinya sudah hampir pasti bakal bergelar Juara.

Liverpool kehilangan Joe Gomez kerana dibelenggu masalah kecederaan pada aksi babak kedua dan dengan ketiadaan Trent Alexander Arnold dalam skuad, tempat beliau telah digantikan oleh ketua pasukan, Jordan Henderson.

Southampton terus menerus mempamerkan aksi persembahan terbaik mereka pada aksi babak kedua permainan.

The Saints walau bagaimanapun terpaksa akur dihukum oleh Liverpool menerusi Joel Matip yang menanduk masuk bola yang cuba dikeluarkan oleh Mohammed Elyounoussi.

Ia merupakan gol kemenangan untuk Liverpool comeback menewaskan Southampton 2-1 selepas mereka awalnya ketinggalan 1-0.

Kemenangan itu bermaksud Liverpool berjaya untuk setidak-tidaknya menangguhkan kejuaraan Man City dan berpotensi untuk menjuarai saingan musim ini pada hari terakhir liga.

Liverpool hanya perlu memastikan mereka akan mampu menewaskan Wolverhampton Wanderers di Anfield pada hujung minggu ini, dan turut berharap agar Aston Villa akan mampu menewaskan Man City di Etihad.

Liverpool kini sudah berjaya mengesahkan kejuaraan Carabao Cup dan FA Cup pada musim ini, dan mereka bakal turun beraksi dalam aksi perlawanan akhir saingan Champions League bertemu Real Madrid hujung bulan nanti.

Klopp baru-baru ini turut tampil menghentam jadual padat skuadnya pada ketika ini.

“Kami bermain 120 minit pada hari Sabtu, kemudiannya kami perlu bermain pada hari Selasa. Come on.”

Jelas Klopp yang bengang dengan jadual padat yang perlu dilalui oleh anak-anak buahnya.

“Kita tak boleh bermain pada hari Rabu kerana perlawanan akhir Europa League bukan?”

“Ahhh, UEFA, sahabatku! Kami patut bermain hari Khamis?! Saya perlu duduk di sini dan katakan ini.”

“Tak ada sesiapa fikirkan tentang itu kecuali saya.”

Seandainya Liverpool berjaya menjulang gelaran Premier League pada hujung minggu ini, dan turut berjaya membawa pulang gelaran Champions League pada hujung bulan nanti, maka tidak syak lagi mereka layak dianggap skuad terhebat dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Untuk mara ke perlawanan akhir semua pertandingan yang disertai oleh mereka saja sebenarnya sudah boleh dianggap sebagai pencapaian yang sungguh menakjubkan, apa lagi andai mereka berjaya memenangi kesemua Piala tersebut.

Para penyokong jelas sekali akan sangat berharap magis akan berlaku pada hujung minggu ini agar mereka akan mampu meraikan kejayaan skuad menjulang gelaran Premier League kedua di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Rekod Kebanggan Maguire Bakal Dipadam Gvardiol Jika Lengkapkan Perpindahan Ke Man City