Conte: Anda Perlukan Tuah Untuk Menangi Liga Juara-Juara Eropah

Ketua Jurulatih Chelsea, Antonio Conte berpendapat faktor nasib juga memainkan peranan penting bagi mana-mana pasukan untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah.

Jurulatih berasal dari Itali itu berjaya melepasi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara walaupun diletakkan dalam satu kumpulan bersama pasukan kuat seperti Atletico Madrid dan AS Roma.

Conte percaya pada nasib. Chelsea bernasib baik memenangi Liga Perdana Inggeris musim lepas

Walaubagaimanapun, perjalanan Chelsea dalam kempen Liga Juara-Juara musim ini tersekat di pusingan kedua sahaja selepas tunduk di tangan Barcelona. Kini, Conte berdepan tugas sukar untuk membawa pasukannya melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim hadapan dengan mereka perlu mengatasi jurang 5 mata dengan pasukan yang menghuni tangga ke-4 iaitu Tottenham Hotspurs.

Chelsea bakal bertemu penghuni tangga ke-3, Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris malam esok dan Conte tahu kemenangan amat diperlukan untuk menghidupkan peluang mereka untuk bermain dalam Liga Juara-Juara musim hadapan.

Ketika bercakap kepada sidang media menjelang pertemuan penting hujung minggu ini, Conte percaya elemen nasib memainkan peranan penting untuk meraih kejayaan di peringkat Eropah.

“Bagi saingan liga, anda mempunyai 38 perlawanan untuk membuktikan mengapa anda berhak menjadi juara liga. Anda mempunyai masa selama semusim untuk melakukannya.”

“Dalam Liga Juara-Juara Eropah pula, apabila anda melangkah ke peringkat 16 terakhir atau suku akhir atau separuh akhir, hanya ada satu situasi sahaja. Keputusan positif atau negatif akan mencorakkan masa depan pasukan anda dalam pertandingan tersebut.”

“Disebabkan perkara ini, saya merasakan untuk memenangi Liga Juara-Juara, anda memerlukan tuah untuk berada di sisi anda.”

Chelsea tidak bernasib baik diundi bertemu Barcelona seawal pusingan ke-2. Kalau jumpa Liverpool, mungkin dah kena titik team ayam

“Pasukan anda mestilah cukup bagus untuk memenangi kejohanan tersebut tetapi pada masa yang sama anda juga harus bernasib baik.  Satu keputusan daripada pengadil mampu mengubah perjalanan anda dalam pertandingan tersebut. Dalam liga pula, anda mempunyai 38 perlawanan dan kebiasaannya pasukan yang berhak akan memenanginya.”

“Tuah memainkan peranan penting dalam semua pertandingan tetapi apabila anda bermain sebanyak 38 perlawanan, anda mampu menunjukkan mengapa anda adalah yang terbaik.”

“Dalam kejohanan yang singkat seperti Piala FA atau Liga Juara-Juara, kadang kala satu keputusan sahaja mampu mengubah masa depan pasukan anda. Kadang kala anda bernasib baik dan kadang kala anda tidak bernasib baik.”

Jurgen Klopp berjaya membimbing Liverpool mara ke peringkat akhir Liga Juara-Juara musim ini dengan pasukannya bermain corak permainan menyerang yang telah mengujakan peminat bolasepak seluruh dunia.

“Kita sedang bercakap mengenai jurulatih yang pada setiap masa menunjukkan minat beliau terhadap bolasepak. Saya amat menghormati Jurgen Klopp.”

“Anda dapat lihat kehadiran beliau dalam setiap perlawanan Liverpool. Beliau mahu membantu pemainnya ketika perlawanan sedang berlangsung. Beliau akan sentiasa ada untuk pasukannya, sama ada dalam situasi negatif mahupun positif. Jadi saya amat menghormati beliau atas sebab itu.”

BACA:  Kai Havertz Patah Jari Ketika Menjaringkan Gol Pendahuluan Untuk Chelsea Bertemu Spurs