Conte Tidak Risau Dipecat, Akui Salah Pilih Pemain Sebagai Punca Kekalahan

Pengurus Chelsea, Antonio Conte masih lagi dalam keadaan bersemangat walaupun tekanan terhadapnya semakin memuncak berikutan kekalahan Chelsea 4-1 di tangan Watford awal pagi tadi.

Sudah ada desas-desus kontrak Conte bersama The Blues akan ditamatkan andainya beliau gagal memperbaiki prestasi semasa skuad Chelsea.

Aku tidur dengan lena setiap malam. Korang je yang xckup tidur berjaga malam-malam tengok Chelsea kena belasah

Penyandang juara Liga Perdana Inggeris ini mengalami kekalahan ke-6 musim ini walaupun pada satu ketika berjaya menyamakan kedudukan 1-1 . Chelsea berdepan tugas getir untuk mendapatkan sesuatu dari perlawanan tersebut selepas pemain tengah, Tiemoue Bakayoko dibuang padang seawal minit ke-30.

Watford melenyapkan harapan peminat Chelsea untuk membawa pulang satu mata selepas mereka berjaya menjaringkan 3 gol pada lewat perlawanan bagi memberikan kemenangan kepada pasukan tuan rumah.

Conte ketika ditemuramah oleh Skysports selepas tamat perlawanan, berkata beliau tidak risau dengan masa depannya di Stamford Bridge.

Barca hantar budak pinjaman je pergi belasah Chelsea

“Tidak. Itu bukan masalah saya. Saya cuba melakukan kerja saya dan memberikan segala tumpuan terhadap kerja. Jika keputusan ini sudah mencukupi, okey. Jika tidak, mereka [pihak atasan Chelsea] boleh mengambil keputusan mengenai masa depan saya.”

“Saya tidak risaukan masa depan saya. Saya bekerja setiap hari dan memberikan 120% terhadap kerjaya saya. Keadaan menjadi sangat sukar kerana setiap kali saya menghadiri sidang media, kamu [wartawan] akan bertanya adakah saya risau dipecat ? Tidak. Saya tidak risau.”

“Esok sama seperti hari-hari yang lain. Saya boleh menjadi jurulatih Chelsea atau bukan lagi. Jadi apa masalahnya disini ? Jiwa saya tenang. Saya tidur setiap malam tanpa memikirkan masalah ini.”

Conte turut menambah beliau mungkin telah melakukan kesilapan dalam memilih pemain untuk beraksi dalam kesebelasan utama Chelsea bagi perlawanan menentang Watford.

“Mungkin saya telah melakukan kesilapan dalam memilih kesebelasan utama. Barisan pemain yang bermula mungkin salah kerana kami memulakan perlawanan dengan sangat buruk dan amat sukar buat saya untuk melakukan perubahan ketika itu.”

Apa yang telah aku lakukan ?? 

“Persembahan keseluruhan pasukan sangat buruk bermula dari awal sehingga tamat perlawanan. Kami gagal bermula dengan baik dan kami kerap kehilangan bola pada kedudukan bahaya.”

“Jika kamu memulakan perlawanan dengan buruk, semua perkara boleh berlaku. Kad merah dilayangkan selepas dua kad kuning dikutip selang beberapa minit sahaja. Kami memulakan perlawanan dengan buruk sekali.”

Setakat artikel ini ditulis, Conte masih lagi bergelar pengurus Chelsea tetapi pemilik kelab, Roman Abrahimovic bukanlah individu yang sabar orangnya. Beberapa nama telah dikaitkan dengan kerusi panas di Stamford Bridge, termasuklah Guus Hiddink, Luis Enrique dan Massimiliano Allegri. Diego Simeone turut dikaitkan seperti dilaporkan beberapa akhbar tabloid Britain.

BACA:  Di Bawah Kendalian Conte, Spurs Berjaya Pamer Aksi Luar Biasa Menakjubkan Bertemu Liverpool