Cristiano Ronaldo Cari Gaduh Dengan Botol Coke

Pemain bola sepak bintang super, Cristiano Ronaldo nyata tidak dapat menahan diri apabila melihat dua botol Coca-Cola berada di depannya ketika sidang media.

Juara bertahan, Portugal akan memulakan kempen mereka di Euro 2020 di kumpulan maut F yang turut dihuni Jerman dan Perancis menentang Hungary di Puskas Arena.

Ketua pasukan Portugal yang akan menjadi pemain pertama beraksi di lima kejohanan Euro telah hadir untuk sidan media bersama pengurus Portugal, Fernando Santos.

Pemain veteran berusia 36 tahun itu tampak tidak berpuas hati dan terganggu dengan kehadiran dua botol selepas duduk dimeja sidang media dengan muka yang ketat.

Sebelum duduk lagi Ronaldo telah merenung botol Coca-Cola itu seperti mahu cari gaduh dan ketika duduk renungan tajam terus dilemparkan.

Ronaldo akhirnya tidak dapat menahan lagi melihat botol itu lalu mengambil botol tersebut dan mengalihkannya ke tepi.

Selepas mengalihkan botol tersebut kelegaan jelas terpancar di wajah Ronaldo dan kemudiaanya mengangkat botol air mineral yang tidak berlabel dengan penuh bergaya.

Sambil mengangkat botol air mineral, Ronaldo telah berkata:

“Minumlah air kosong!”

Ketika majlis anugerah di Dubai iaitu Globe Soccer Awards pada tahun 2020, Ronaldo telah mendedahkan betapa beliau tidak sukakan anaknya meminum minuman bergas dan makanan ringan.

Anaknya bercita-cita menjadi pemain bola sepak yang hebat namun tabiat pemakanan itu telah merisaukan Ronaldo.

“Dia ada potensi. Kita akan lihat jika anak aku akan menjadi pemain bola sepak handalan atau tidak.”

“Kadang kala dia minum Coke dan makan kerepek dan itu sangat menjengkelkan aku dan dia tahu perkara ini.

Cristiano Ronaldo seperti risaukan tabiat pemakanan anaknya itu dan juga tidak lagi bersedia mengikuti rutin untuk menjadi seoarang ahli sukan yang penuh berdisiplin.

“Kadang aku memberitahu anak aku supaya berendam dalam air sejuk untuk proses pemulihan selepas berlari di treadmill dan dia kata ‘Sejuk sangat la abah’.”

“Okay la kot, dia baru berusia 10 tahun.”

Ronaldo terkenal dengan disiplin yang tinggi bagi menjaga kesihatan dan tahap kecergasannya supaya kekal berada ditahap tertinggi.

Oleh kerana itulah diusia 36 tahun Ronaldo masih lagi mampu beraksi diperingkat tertinggi, usia persaraan bagi kebanyakkan pemain bola sepak.

Dalam menjaga kesihatan dan kecergasan perkara paling utama adalah menjaga pemakanan. Sebab tu ada sifu FB cakap kalau nak diet benda pertama kena buat tinggalkan air manis.

Luis Lavrador, yang merupakan Chef pasukan kebangsaan Portugal telah mendedahkan amalan diet Ronaldo ikuti selama ini yang dangat dicemburui oleh pemain lain dan membuatkan Ronaldo muda 10 tahun berbanding umur di Kad Pengenalan Portugal.

“Cristiano Ronaldo memimun minuman isotonik yang istimewa yang diadun dengan kandungan gula yang sedikit dan dicampur dengan karbohidrat untuk menggalakan rintangan, elektrolit dan vitamin B12 untuk melawan keletihan.” Ujar Lavrador.

“Diet Ronaldo sangan kaya dengan protin dan memimun Wine sekali sehari dan memakan pelbagai jenis ikan yang merupakan makanan kegemaran Ronalda, buah-buahan segar, bijirin, salad dan daging panggang.”

Maka tidak hairanlah Ronaldo mendakwa beliau akan bermain sehingga berusia 41 tahun. Ronaldo kini jelas mengalami kemerosotan sejajar dengan usianya tetapi masih berbisa.

Semasa menjalani pemeriksaan perubatan bersama Juventus keadaan fizikal pemain paling sensasi dan kacak dalam sejarah bola sepak,Cristiano Ronaldo dilihat hampir sama dengan fizikal mereka yang berusia 20-an.

Telah tersebar luas bahawa kondisi fizikal Ronaldo selepas menjalani perubatan di J Medical :

1. Lemak Badan : 7% berbanding pemain profesional lain yang secara purata mempunyai 10-11% lemak.

2. Jisim Otot : 50% dan purata bagi atlet profesional lain adala 46%.

3. Pemain paling laju di Piala Dunia 2018 dengan kelajuan 33.98km/j

Dalam itu, turut didedahkan adalah kandungan lemak badan Ronaldo yang hanya ada 7% sahaja. Jika dibandingkan dengan pemain bola sepak yang lain secara purata mereka mempunyai kandunga lemak sekitar 10 atau 11%

Badan Ronaldo juga terbina dan terbentuk dengan begitu sado dengan jisim otot sebanyak 50% dan sekali lagi dibandingkan dengan pemain Profesional biasanya jisim otot mereka tidak akan melebih 46% sahaja.

BACA:  Para Pemain Cambridge Kena Marah Sebab Guna Keraian 'Siuuu'