Cristiano Ronaldo telah dibaling dengan botol Coca-Cola ketika meraikan penyamaan Portugal ketika bertemu Perancis dalam perlawanan terakhir kumpulan F disaingan Euro.
Perlawanan antara Portugal dan Perancis yang sudah layak ke pusingan seterusnya sebelum turun beraksi, berakhir perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri di mana tiga gol terhasil melalui sepakan penalti.
Walaupun seri permainan berlangsung dengan sangat sedap dan penuh menghiburkan memenuhi status perlawanan besar, menyaksikan aksi kejar mengejar seindah bunga di taman.
Ronaldo even suiiid a bottle of coke pic.twitter.com/QwpFotPjdI
— 🇮🇪🇩🇪 (@Klopptastic96) June 23, 2021
Dua gol telah dihasilkan Cristiano Ronaldo melalui dua sepakan penalti dan gol Perancis pula telah dijaringkan penyerang veteran mereka, Karim Benzema.
Ronaldo telebih dahulu meletakkan Portugal di hadapan sebelum Karim Benzema menyamakan kedudukan dan menjaringkan gol pendahuluan Perancis.
Kemudian Ronaldo kembali menyamakan kedudukan dan ketika meraikan gol di bucu padang dengan keraian SII!!! Ronaldo telah dibaling dengan botol Coca-Cola.
Botol tersebut adalah botol plastik dan tidak terkena Ronaldo dan ada juga kelihatan segelas minuman keras (bukan air batu) berterbangan menuju ke arah Ronaldo.
Lensa kamera sempat merakam botol berterbangan itu dan ESPN melalui laman Facebook mereka telah memuat naik gambar tersebut.
Kisah Ronaldo dan botol Coca-Cola masih lagi berterusan selepas Ronaldo telah bergaduh dengan botol Coke di sidang media perlawanan pertama.
Ronaldo Gaduh Dengan Botol Coke
Pemain bola sepak bintang super, Cristiano Ronaldo nyata tidak dapat menahan diri apabila melihat dua botol Coca-Cola berada di depannya ketika sidang media.
Juara bertahan, Portugal akan memulakan kempen mereka di Euro 2020 di kumpulan maut F yang turut dihuni Jerman dan Perancis menentang Hungary di Puskas Arena.
Ketua pasukan Portugal yang akan menjadi pemain pertama beraksi di lima kejohanan Euro telah hadir untuk sidan media bersama pengurus Portugal, Fernando Santos.
Cristiano Ronaldo in EURO:
👕 21 matches
⚽ 9 goals (All-time highest)
🅰️ 8 assists (3 GK rebound)
⭐ 5 MOTM awards🏆 2016 Champions
🥇 2012 Top Scorer (joint)
🥈 2016 Silver Boot
🏅 2004 Best XI
🏅 2012 Best XI
🏅 2016 Best XI
🎖️ All-time Best XI— UEFA Cristiano League (@UCR7L) June 14, 2021
Pemain veteran berusia 36 tahun itu tampak tidak berpuas hati dan terganggu dengan kehadiran dua botol selepas duduk dimeja sidang media dengan muka yang ketat.
Sebelum duduk lagi Ronaldo telah merenung botol Coca-Cola itu seperti mahu cari gaduh dan ketika duduk renungan tajam terus dilemparkan.
Ronaldo akhirnya tidak dapat menahan lagi melihat botol itu lalu mengambil botol tersebut dan mengalihkannya ke tepi.
https://twitter.com/FutbolBible/status/1404522910107291650
Selepas mengalihkan botol tersebut kelegaan jelas terpancar di wajah Ronaldo dan kemudiaanya mengangkat botol air mineral yang tidak berlabel dengan penuh bergaya.
Sambil mengangkat botol air mineral, Ronaldo telah berkata:
“Minumlah air kosong!”
🥤👀 Cristiano Ronaldo wasn't pleased with the bottles of coke at his press conference and shouted 'drink water!'…#POR | #CR7 pic.twitter.com/QwKeyKx2II
— The Sportsman (@TheSportsman) June 14, 2021
Menurut Marca, nilai pasaran Coca Cola telah menjunam daripada $242 billion kepada $238 billion – kejatuhan sebanyak 1.6% yang sangat ganas bagi syarikat tersebut.
Hanya kerana satu detik tindakan Ronaldo, syarikat gergasi mampu hilang $4 billion (RM16.5 billion) macam tu je. Gila!
Lantaran kontroversi yang dicetuskan oleh Ronaldo ada pemain lain mengambil langkah serupa seperti Manuel Locatelli dari pasukan Itali dan Paul Pogba pula telah mengalihkan satu lagi botol minuman penaja iaitu Heneiken.
Ada juga pemain yang seperti menganjing tindakan Ronaldo, pemain Ukraine, Andriy Yarmolenko bertindak mengalihkan botol Coca Cola dan Heineken, tapi secara menganjing.
UEFA Beri Amaran
Union of European Football Associations (UEFA) badan yang bertanggungjawab menganjurkan kejohanan EURO 2020 akan mengenakan tindakan ke atas mana-mana pasukan bertanding jika para pemain mereka terus bergaduh dengan botol minuman penaja kejohanan.
Menurut laporan daripada BBC, UEFA ternyata tidak menyenangi tindakan pemain mengalihkan botol minuman penaja yang diletakkan di atas meja semasa sidang media.
Pasukan negara bertanding di EURO akan menerima denda jika ada pemain pasukan yang melakukan tindakan tersebut selepas ini.
“Uefa telah mengingatkan pasukan yang bertanding bahawa perkongsian (penajaan) tidak dapat dipisahkan dalam penganjuran kejohanan dan ini bagi memastikan perkembangan bola sepak di seluruh Eropah, termasuklah untuk pasukan remaja dan wanita,”Ujar penganjur kejohanan pada hari Khamis.”
UEFA Events SA CEO Martin Kallen reflects on the first week of the tournament: ⬇️#EURO2020
— UEFA (@UEFA) June 17, 2021
Pengarah kejohanan UEFA EURO 2020, Martin Kallen mengingatkan bawah pemain diwajibkan secara kontrak “melalui negara untuk patuh peraturan kejohanan” dan kerana itu disarankan tidak mengalihkan botol minuman penaja.
Pasukan telah diingatkan tentang peraturan kontrak mereka dan Kallen mengatakan tindakan disiplin adalah satu “kemungkinan”.
UEFA tidak berhasrat untuk mengambil tindakan dan mendenda pemain secara langsung dan sebarang hukuman adalah mengikut budi bicara persatuan bola sepak negara bertanding.
UEFA tidak akan terus mengenakan tindakan ke atas pemain dan hanya memaklumkan kepada pesatuan jika ada perlanggaran kontrak yang terjadi ini kerana kontrak kejohanan dimaterai oleh UEFA dengan pasukan bertanding.
Ronaldo Hipokrit
Cristiano Ronaldo telah dilabel sebagai hipokrit oleh pengguna media sosial gara-gara tindakannya yang mengalihkan botol Coca-Cola sebelum sidang media.
Penggalian dan penyiasatan mengikut garis masa telah dilakukan dan video lama Cristiano Ronaldo yang membintangi iklan Coca-Cola Jepun sempena Piala Dunia 2006 telah kembali menjadi tular.
Dalam iklan tahun 2006 itu Ronaldo telah melakukan beberapa skill dengan bola di dalam peti sejuk dan menggelecek di antara tin Coca Cola siap minum lagi.
Cristiano Ronaldo yang sangat menjaga kesihatan dan pemakanan dikatakan telah mengalihkan Coca-Cola kerana tidak sukakan minuman bikarbonat yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
Difikirkan secara logik akal sebagai pemain bola sepak profesional sangat tidak kena untuk seorang ahli sukan mempromosikan minuman tidak sihat apatah lagi menjadi duta atau model produk tersebut.
Namun pada hakikatnya Ronaldo pernah membintangi iklan Coca-Cola Jepun pada 2006 dan dalam pada itu Ronaldo juga pernah muncul dalam iklan makanan segera.
So Cristiano Ronaldo doesn't like Coke huh?
Well this is awkward…..
Guess the pay check stopped coming 😂 pic.twitter.com/hDRGbqmDmo
— JAKE BUCKLEY 🇦🇺 (@TheMasterBucks) June 15, 2021
Pada tahun 2006 juga menyaksikan nama Ronaldo digunakan Restoran makanan segera untuk iklan mereka sempena Piala Dunia 2006 yang berlangsung di Jerman.
Nama Ronaldo tertera sebagai ‘Ronaldo McDonald’ menggantikan nama maskot McDonald Ronald McDonald dalam satu iklan yang memaperkan kasut Ronald McDonald dengan tapak kasut bola.
Selain itu juga, Ronaldo telah menjadi muka kepada iklan Kentucky Fried Chicken (KFC) dengan memegang sebaldi ayam dengan muka yang membuatkan ramai kecur air liur.
Cristiano Ronaldo removed bottles of Coca-Cola during a #Euro2020 press conference, encouraging people to drink water instead. Fair play.
Doesn't mind big buckets of fried chicken, though. pic.twitter.com/HivtSlFKJp
— Paddy Power (@paddypower) June 15, 2021
Laman Twitter Paddy Power telah menganjing Ronaldo dengan menulis:
“Cristiano Ronaldo mengalihkan botol Coca-Cola semasa sidang media #Euro2020, mendorong orang untuk minum air kosong sebagai gantinya. Permainan yang adil.
Tidak kisah dengan sebaldi ayam goreng.”
Yeah Paddy, but everyone knows Ronaldo’s decent on the wings 🤷♂️ https://t.co/wKJ3RSh1m5
— KFC UK (@KFC_UKI) June 15, 2021
Laman Twitter rasmi KFC UK pula menyambut perlian itu dengan satu ciapan balas yang santai:
“Yeah Paddy, tetapi semua orang tahu bahawa Ronaldo boleh tahan sedap di sayap 🤷♂️”.
Syarikat pengeluar minuman tersebut juga mengambil pendekatan sama seperti KFC walaupun tidak kelakar dengan memberikan jawapan yang tenang dan tidak mahu terus menimbulkan persepsi negatif akan imej mereka.
“Semua orang mempunyai pilihan minuman maing-masing dan setiap insan mempunyai citarasa dan keperluan yang berbeza.”
“Pemain ditawarkan air, bersama Coca Cola dan Coca Cola Tanpa Gula, apabila datang ke sidang media.”
Ronaldo promoted Coca Cola, KFC and Mcd’s https://t.co/Gq1a8qRsK7 pic.twitter.com/0auy68NkqJ
— Madrid Fan (@cristiano_peak) June 15, 2021
Syarikat minuman gergasi Coca-Cola telah menjadi rakan minuman rasmi Kejohanan Eropah sejak tahun 1980-an lagi dan mereka telah berbelanja jutaan dollar untuk mendapatkan hak rasmi ini.
Kerana kisah silam Ronaldo yang mesra dengan minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan juga mempromosikan makanan segera yang kurang berkhasiat, Ronaldo digelar hipokrit.