Cristiano Ronaldo Jaring Gol Yang Ke-750 Sepanjang Karier

Cristiano Ronaldo telah menjaringkan gol yang ke-750 dalam karier profesionalnya ketika Juventus menewaskan Dynmao Kiev tiga gol tanpa balas di pentas Champions League di saingan kumpulan G.

Pemain superstar berusia senja ini telah diturunkan untuk perlawanan ke-173 Champions League dan tiada masalah untuk mencetak nama selaku penjaring walaupun Juventus sudah layak.

Gol ke-750 Ronaldo ini telah hadir melalui satu tapping ringkas dan bersahaja hasil bola muntah daripada percubaan jolokan dari Alvaro Morata.

Ronaldo telah menjaringkan gol kedua untuk Juventus dalam perlawanan ini dan terpaksa menunggu buat seketika sebelum VAR mengesahkan gol tersebut untuk dikekalkan.

Ini bermakna Ronaldo telah menjaringkan 132 gol di kejohanan paling agung di Eropah itu dan menjumlahkan secara keseluruhan kepada 750 gol sejak membuat debut pada 2002.

Sepanjang kariernya Ronaldo telah beraksi bersama Sporting Lisbon, Manchester United, Real Madrid dan kini gergasi Italy, Juventus.

Untuk peringkat antarabangsa pula Ronaldo sudah pastilah beraksi bersama Portugal. Dan inilah pecahan jaringan Ronaldo mengikut kelab dan negara dalam 1,028 penampilan:

1. Real Madrid – 450 gol

2. Man Utd – 118 gol

3. Portugal – 102 gol

4. Juventus – 75 gol

5. Sporting – 5 gol

Ronaldo juga dijangka mampu menjadi penjaring gol terbanyak peringkat antarabangsa sepanjang zaman yang kini dipegang oleh lagenda Iran, Ali Daei.

Ali Daie sepanjang karier antarabangsanya telah menjaringkan 109 gol dan Ronaldo hanya memerlukan 7 gol lagi untuk menyamai rekod dan 8 gol akan menjadi penama baru.

Ronaldo menyertai Juventus pada usia boleh dikatakan veteran bagi seorang pemain bola dijentera hadapan namun 10 peratus daripada jaringan tersebut terhasil bersama Juventus.

Untuk menjadikan gol ke-750 Ronaldo ini menjadi mari kita kupaskan kebetulan menarik gol ini dengan bersandarkan kepada teori konspirasi.

1. Gol sepanjang karier – 750

2. Jumlah gol untuk Juventus – 75

3. Minit gol dijaringkan – 57

4. Nombor jersi Cristiano Ronaldo – 7

5. Perlawanan peringkat kumpulan – 5

Nampak tak? Ada unsur-unsur sebatian dan campuran kan?

Untuk rekod dalam dunia dan sejarah bola sepak hanya tiga pemain sahaja yang telah menjaringkan 750 gol dan Ronaldo menjadi pemain yang ketiga selepas Josef Bican dan Pele.

1. Josef Bican – 759 gol

2. Pele – 757 gol

3. Cristiano Ronaldo – 750 gol

Apa yang menarik disini adalah, Ronaldo tidak mempunyai masalah untuk memotong Jaringan yang dilakukan oleh dua bekas pemain ini dalam masa terdekat.

Perlawanan Yang Menjadikan Ronaldo Superstar

Aksi Ronaldo telah menarik minat Ferguson dalam aksi pada Ogos 2003 apabila Sporting menewaskan Manchester United 3-1 di EstΓ‘dio JosΓ© Alvalade, Lisbon. Aksi Ronaldo nyata membuatkan pemain United teruja dan Ferguson segera mengikat Ronaldo.

Ronaldo menyertai Manchester United pada 2003 dan menjadi pemain Portugal pertama menyertai pasukan Setan Merah dengan yuran perpindahan Β£12.24 juta sekaligus menjadi pemain muda paling mahal dalam sejarah bola sepak Inggeris ketika itu.

Ferguson ketika itu menyifatkan Ronaldo sebagai β€œone of the most exciting young players” yang pernah beliau lihat.

Ronaldo memakai nombor jersi nombor tujuh dan meneruskan legasi hebat yang ditinggalkan George Best, Eric Cantona and David Beckham.

Ronaldo menjaringkan gol ke-100 United pada 29 Oktober 2005. Selepas Ronaldo pergi tiada lagi yang mampu untuk mewarisi nombor tersebut.

Ketika tiba di United Ronaldo memohon untuk memakai jersi bernombor 28 seperti yang di pakai bersama Sporting tetapi Fergie memberikannya jersi nombor 7 dan the rest is history.

Ronaldo memakai nombor jersi nombor tujuh dan meneruskan legasi hebat yang ditinggalkan George Best, Eric Cantona and David Beckham. Selepas Ronaldo pergi tiada lagi yang mampu untuk mewarisi nombor tersebut hingga kini.

Ketika awal ketibaan Cristiano Ronaldo di Old Trafford ramai yang masih meragui dengan kemampuan Ronaldo ketika itu, sebulan selepas tiba dan membuat debut musim bersama Mancheter United ada yang mula mengecam Ronaldo.

Mereka menuduh Ronaldo membazirkan penguasaan bola dengan aksi-aksi yang tidak diperlukan di padang semasa perlawanan sebenar. Terlalu banyak memegang bola, membuat helah yang melampau kurang tenang dan cermat antara kelemahan Ronaldo di mata mereka.

Namun Ronaldo segera menyesuaikan diri dengan atmosfera Premier League dan hasilnya adalah sepertimana yang tercatat dalam sejarah Ronaldo bersama Real Madrid, Juventus dan Portugal.

Biarlah sejarah yang berbicara sendiri janganlah kita yang asyik bercerita tentang sejarah seperti satu kelompok penyokong itu.

BACA:Β  Takehiro Tomiyasu Dianggap Mempunyai Mentaliti Sehebat Cristiano Ronaldo