Pasukan Croatia bertegas tidak akan menyertai ritual bola sepak yang diperkenalkan pada tahun 2020 dengan berlutut sebelum perlawanan bermula apabila menentang England pada perlawanan pembukaan Euro 2020 bagi kumpulan D.
Tuan Rumah, England akan melayani kunjungan naib juara Piala Dunia 2018, Croatia di Stadium Wembley dan Gareth Southgate pula menjelaskan pasukan England akan tetap berlutut sebelum perlawanan.
Ritual berlutut sebelum perlawanan ini telah diamalkan tanpa jemu bagi setiap perlawanan yang berlangsung di Premier League.
Croatia players will not follow England in taking the knee before Sunday's game. https://t.co/nhDkgmGaTr
— SPORTbible (@sportbible) June 9, 2021
Tomislav Pacak yang merupakan juga cakap dan juga kepala kepada media pasukan kebangsaan Croatia telah menolak untuk menjawab kenapa mereka tidak mahu berlutut.
Namun Tomislav Pacak telah menyatakan bahawa menyertai ritual itu bukan salah satu protokol yang diwajibkan oleh UEFA dan beliau juga menegaskan bahawa UEFA tida terlibat dalam politik dalam bola sepak.
Dalam perlawanan menentang Belgium lagi, para pemain dan staff pasukan Croatia tidak melakukan ritual ini mungkin kerana merasakan tiada keperluan pun.
Croatia players will not take a knee before kick-off in their game against England on Sunday, according to @TheAthleticUK 🇭🇷 pic.twitter.com/r1UAnH2Fev
— FootballJOE (@FootballJOE) June 9, 2021
Di England, ritual berlutut ini dilakukan bagi menunjukkan tanda sokongan kepada perjuangan menentang perkara yang bersifat perkauman dalam bola sepak.
Namun tidak semua penyokong England dapat menerima tindakan ini dan pasukan England telah diboo dan diejek oleh sebilangan penyokong mereka sendiri ketika menentang Austria dan Romania.
Ini kerana ada yang menentang ritual melutut untuk menolak unsur perkauman itu dianggap sebagai perbuatan yang berunsurkan politik dan malah ada yang memboikot perlawanan England.
Truly, I love my profession and I do recommend it to all. But it is no small thing to have to endure professional conduct rules that preclude the use of the correct epithet for Lee Anderson. pic.twitter.com/66rZE3AqVI
— Jo Maugham (@JolyonMaugham) June 4, 2021
Ahli Parlimen Ashfield di Nottinghamshire, Lee Anderson menentang keras perbuatan ini dan menyifatkannya sebagai “gerakan politik” yang berisiko memecah belahkan “penyokong tradisional”.
Jesteru itu Lee Anderson telah memboikot perlawanan England dan inilah kali pertama beliau tidak akan menyaksikan perlawanan pasukan kesayangannya.
Gareth Soutgate terus mempertahankan tindakannya itu dan mengaggap suara majoriti bersama beliau menyokong ritual tersebut:
“Ini bukan perkara yang mewakili pemain berkulit hitam kami. Kami mengalami situasi di mana ada segelintir orang yang berfikir ini merupakan satu agenda politik dan mereka tidak bersetuju.”
“Itu bukan sebab kenapa para pemain melakukannya. Kami menyokong antara satu sama lain. Aku gembira kerana cemuhan mereka ditenggelami oleh suara majoriti.”
“It’s not something on behalf of our black players I wanted to hear because it feels as though it’s a criticism of them” 🗣
Gareth Southgate has hit out at the section of fans who booed when players took the knee before their friendly on Wednesday night pic.twitter.com/4KNnqtLYFp
— Sky Sports News (@SkySportsNews) June 3, 2021
“Kami tidak boleh nafikan apa yang terjadi. Aku fikir apa yang penting untuk pemain kami adalah mengetahui bahawa rakan sepasukan dan staff pasukan sangat menyokong mereka.”
“Aku rasa secara majoriti orang memahaminya. Aku rasa sebilangan orang tidak begitu memahami mesejnya. Aku juga rasa kita dapat melihatnya di sebilangan lapangan bola sepak pada masa kini.”
Asal Kejadian Berlutut Dalam Bola Sepak
Imej pemimpin hak sivil terkenal, Martin Luther King berlutut ketika berdoa dalam satu perarakan pada tahun 1965 memang terkenal.
Tetapi dalam konteks sukan, gerak isyarat itu pertama kali digunakan sebagai bentuk protes oleh pemain quarterback San Francisco 49ers, Colin Kaepernick pada tahun 2016.
Colin Kaepernick pada mulanya duduk dan kemudian berlutut semasa Lagu Kebangsaan Amerika untuk memprotes sikap perkauman dan kekejaman polis di AS.
Berikutan pembunuhan George Floyd oleh seorang pegawai polis Minesota pada Mei 2020, berlutut dikaitkan dengan tunjuk perasaan Black Lives Matter dan seterusnya merebak ke seluruh dunia.
Sejak itu Premier League telah memperkenalkan ritual ini untuk menendang keluar sikap perkauman dari bola sepak dan perkara ini bukan satu kewajipan untuk pemain dan juga pasukan.
Gareth Soutgate dan para pemain England telah menekankan bahawa mereka akan berlutut untuk mempromosikan kesaksamaan dan bukannya gerakan politik.