Daniel Levy Telah Membuat Keputusan Tentang Masa Depan Jose Mourinho

Pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy dilaporkan telah membuat keputusan mengenai masa depan Jose Mourinho bersama kelab London itu selepas mempamerkan aksi tidak memberangsangkan.

Daniel Levy merupakan insan bertanggungjawab membawa Jose Mourinho ke Tottenham Hotspur bagi menggantikan Mauricio Pochettino pada tahun 2019.

Pengerusi Spurs itu dilaporkan telah lama mengagumi pengendali dari Portugal itu dan mendambakan sentuhannya namun tahun 2021 menyaksikan Spurs terciduk di sana sini.

Sasaran yang diletakkan kepada Jose Mourinho sangat mudah dan jelas dengan membawa Spurs kembali ke kejohanan Champions League bagi musim 2021/22.

Menjadi juara piala domestik dan jika muncul juara Premier League itu dianggap sebagai bonus sahaja, satu sasaran yang mudah untuk Mourinho.

Namun sebaliknya terjadi dan jika Spurs berjaya menewaskan Manchester City di perlawanan akhir Carabao Cup sekalipun masa depan Mourinho masih samar.

Ketika aura #MourinhoOut semakin kuat menyelubungi pasukan Spurs dan Jose Mourinho dilaporkan tidak akan bersama Spurs lagi untuk musim hadapan.

Spurs kini ditangga ketujuh Premier dan berada 5 mata dibelakang kedudukan empat teratas, peluang masih ada untuk ke Champions League walaupun sukar.

Seri 2-2 menentang Everton menyaksikan Spurs kehilangan mata penting untuk mendapatkan tempat dan laungan #MourinhoOut semakin kuat berkumandang dan trending di Twitter.

Dalam perlawanan itu, Harry Kane yang menjadi mesin gol dan mesin mata telah mengalami kecederaan buku lalu dan memberi kegelapan kepada peluang Spurs.

Spurs telah banyak kehilangan mata mudah untuk menjadi empat pasukan teratas dan pada awal musim mereka pernah gayat takhta liga walaupun seketika.

Kemudian Spurs ditunjukkan jalan keluar dari Europa League oleh pasukan penuh bermasalah dan tanpa pengurus ketika itu, Dynamo Zagreb walaupun menang pada perlawanan pertama 2-0.

Gareth Bale yang dipinjam dari Real Madrid dan telah menjaringkan beberapa gol dan tampak di prestasi terbaik pula jarangan diberikan peluang untuk beraksi oleh Mourinho.

Tanda paling besar dan jelas Mourinho akan dipecat apabila beliau mengkritik pemain sendiri di depan media. Tunggu bergaduh dengan pemain je.

Dele Alli yang cemerlang ketika dibawah Mauricio Pochettino dan ketika awal kehadiran Jose Mourinho kini sepi dan mungkin mengalami nasib seperti Paul Pogba dan Luke Shaw suatu ketika dahulu.

BACA:  Mourinho Beri Gambaran Masa Depan Mkhitaryan Bukan Di Manchester United