Neymar telah berdepan dengan satu tuduhan sensasi yang mana beliau dikatakan tiba ke padang latihan PSG dalam keadaan hampir mabuk dan beliau turut dianggap sedang merosakkan kelab.
Neymar jelas sekali merupakan antara pemain PSG yang paling teruk dikritik pada ketika ini terutama selepas Paris Saint Germain tersingkir dari saingan Champions League.
Lebih memburuk lagi keadaan, Paris Saint Germain turut berdepan kekalahan memalukan bertemu AS Monaco dalam saingan Ligue 1 baru-baru ini.
Neymar arrives at PSG training 'almost drunk' and is 'doing damage' to club https://t.co/pHKWRhht5N
— Express Sport (@DExpress_Sport) March 22, 2022
PSG jelas sekali sedang berdepan krisis yang agak membimbangkan pada ketika ini, dengan pemilik kelab sendiri sudah mula bengang dengan prestasi serta pencapaian kelab pada ketika ini.
Neymar teruk kena boo dengan penyokong sendiri ketika aksi bertemu Bordeaux sebelum ini dek kerana kegagalan beliau membantu kelab untuk menjuarai saingan Champions League.
Bintang Brazil itu baru-baru ini berdepan satu lagi tuduhan yang mengerikan, dengan beliau dikatakan hampir mabuk ketika datang ke padang latihan PSG.
Wartawan, Daniel Riolo tampil membantai Neymar tanpa belas dengan beliau jugalah individu yang mendakwa bintang Brazil itu datang ke padang latihan dalam keadaan hampir mabuk.
Daniel Riolo [RMC] on Neymar:
"Neymar hardly trains anymore, he arrives in a sorry state, almost drunk.
That's the way it is, Neymar is in a spirit of revenge against PSG.
We have to sign his check and let him go.Let him go, he is ruining PSG." pic.twitter.com/UlLr4u1gl8— Players Sayings (@PlayersSayings) March 22, 2022
Riolo mendakwa yang Neymar seperti tak berlatih langsung dan nampak hampir mabuk ketika sesi latihan Paris Saint Germain.
Riolo mendedahkan kepada RMC Sport bahawa:
“Neymar seolah-olah langsung tak berlatih, dia tiba dalam keadaan menyedihkan, hampir mabuk.”
Jelas Riolo kepada RMC Sport menurut Marca.
“Itulah apa yang berlaku, Neymar seolah sedang bersemangat untuk membalas dendam ke atas PSG.”
Riolo kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan yang bintang berusia 30 tahun itu sudah terlalu kerap melakukan kerosakkan kepada kelab.
“Penyokong PSG langsung tak peduli tentang perangai Neymar atau tentang siri dokumentari dia di Netflix.”
Tambah Riolo lagi.
“Kita perlu tandatangani cheque dia dan benarkan dia pergi. Dia sudah banyak tinggalkan kerosakkan pada kelab. Biarkan dia pergi, dia merosakkan PSG.”
🗣️ French journalist Daniel Riolo: "Neymar hardly trains anymore. He reaches the limit of becoming drunk." pic.twitter.com/hBwXbcqtBl
— La Senyera (@LaSenyera) March 22, 2022
Musim Ini, Neymar hanya mampu menjaringkan lima gol sahaja dari semua pertandingan, dan ia jelas sekali menunjukkan yang beliau sedang melalui titik terburuk sepanjang kariernya di Parc des Princes.
Kontrak beliau akan tamat pada 2025 namun sepertinya Neymar tidak akan bertahan sehingga tempoh tersebut, dengan Newcastle kini tampil menyatakan minat mereka untuk mendapatkan pemain penyerang itu.
Newcastle intai peluang mahu dapatkan Neymar
Neymar berkemungkinan bakal menjadi sebahagian dari projek terbaru Newcastle United musim hadapan, dengan kelab terkaya di muka bumi itu sangat berminat mahu mendapatkan khidmat bintang Brazil itu.
Neymar pada ketika ini sedang melalui detik yang tidak begitu baik di Paris dengan pemilik kelab sendiri mahu lihat beliau berambus dari Parc des Princes.
Agak mengejutkan juga untuk melihat pemilik kelab sampai tahap sanggup menghalau pemain paling mahal dalam sejarah kerana tak berpuas hati dengan sumbangannya.
Newcastle 'eyeing up £200MILLION move for PSG star Neymar and will battle Manchester City and Barcelona for his signature' https://t.co/riQQz8WAo5
— MailOnline Sport (@MailSport) March 19, 2022
Bintang Brazil itu sedang melalui minggu-minggu yang mendukacitakan dalam kariernya di Perancis, dengan beliau tak henti-henti dimaki oleh para penyokong.
Hal ini berlaku selepas beliau gagal untuk membantu PSG menewaskan Real Madrid, seterusnya menyebabkan mereka tersingkir dari saingan Champions League.
Lebih teruk lagi, peminat bengang kerana PSG sebenarnya sudah dua kali mendahului Real Madrid hasil jaringan Kylian Mbappe dalam kedua-dua leg, namun masih tetap gagal mempertahankan kedudukan tersebut.
Neymar dan Messi merupakan dua nama yang paling teruk dihentam oleh para peminat, dengan mereka turut kena boo ketika sedang beraksi bertemu Bordeaux minggu lalu.
PSG mendahului Real Madrid 1-0 pada aksi leg pertama di Parc des Princes, dan mereka turut mendahului Los Blancos dengan keputusan sama ketika aksi babak pertama di Santiago Bernabeu.
🚨 O Newcastle quer oferecer 80 milhões de euros e um salário de 500 mil euros semanais para contratar Neymar.
🗞 The Sun pic.twitter.com/bPfna8uv99
— Sala12 (@OficialSala12) March 19, 2022
Real Madrid pada aksi babak kedua dalam perlawanan di halaman mereka sendiri itu, berjaya memperoleh tiga gol hasil jaringan Karim Benzema, untuk membawa mereka ke peringkat suku akhir.
Walau pemilik kelab sendiri sudah menghalau Neymar pergi, namun harus diakui yang mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan bintang Brazil itu, mereka jelas sekali perlu menyediakan dana yang besar.
Paris Saint Germain membayar £198 juta kepada Barcelona ketika mereka menandatangani Neymar pada tahun 2017 yang lalu.
Melihat nilai itu, jelas sekali PSG akan hanya melepaskan Neymar andai harga yang ditawarkan kepada mereka setimpal dengan apa yang sudah mereka keluarkan sebelum ini.
Menurut laporan dari media Sepanyol, Fichajes, Newcastle sangat berminat untuk menandatangani Neymar, dan sedang mengintai kesempatan untuk melakukan hal tersebut pada jendela perpindahan musim panas ini.
Selepas kelab diambil alih oleh Syarikat konsortium Arab Saudi, skuad kendalian Eddie Howe itu jelas sekali merupakan antara pasukan yang ada kemampuan untuk membeli Neymar.
Newcastle United to make an audacious move for Brazil forward Neymar, according to reports #PSG | #PL pic.twitter.com/EPDGhHsTCN
— soleyfootball (@soleyfootball) March 19, 2022
Sukar sebenarnya untuk mencari kelab lain yang memiliki kemampuan sama, tambahan pula gaji Neymar juga bukan kaleng-kaleng tinggi dia.
Penandatanganan Neymar jelas sekali bakal menjadi langkah permulaan untuk projek terbaru Newcastle, dengan mereka selepas jendela perpindahan Januari, berjaya menjauhkan diri dari zon penyingkiran.
Kehadiran Neymar tentunya membuka ruang untuk Newcastle memulakan projek baru, iaitu layak ke saingan Champions League pada musim berikutnya.
Ketika jendela perpindahan Januari lalu, Newcastle United telah mengeluarkan dana bernilai £90 juta dengan hasil dari perbelanjaan itu, mereka berjaya naik ke kedudukan ke-14 dan 10 mata terselamat dari zon penyingkiran.
Fichajes juga turut mendedahkan yang ada destinasi lain untuk Neymar tujui, andai beliau benar-benar meninggalkan kelab dan Newcastle United tidak menandatangani beliau pada musim panas ini.
Media Sepanyol itu mendakwa yang Manchester City juga boleh menjadi destinasi seterusnya untuk Neymar andai beliau tidak ke St James Park.
Menurut Fichajes, Manchester City merupakan antara pasukan yang ada kemampuan untuk mendapatkan Neymar dan membayar gajinya seperti mana beliau terima di Parc des Princes.
Newcastle monitora a situação de Neymar, o clube inglês arcaria com o salário exorbitante do jogador.
🗞️@TheSun pic.twitter.com/Zko6hk8vA5
— FutNews24hrs (@FutNews24hrss) March 18, 2022
Skuad kendalian Pep Guardiola dikatakan masih dalam usaha mereka untuk memburu pemain penyerang, dengan mereka pada musim panas lalu gagal untuk mendapatkan Harry Kane.
Musim panas akan datang, Manchester City dikatakan sudah hampir pasti untuk menandatangani Erling Haaland dari Borussia Dortmund.
Seandainya rundingan untuk mendapatkan bintang Norway itu berakhir dengan kegagalan, maka Neymar berpotensi untuk menjadi calon pengganti.
Destinasi terakhir yang mungkin boleh Neymar pergi andai beliau benar-benar dilepaskan oleh kelab adalah kembali semula ke Spotify Nou Camp.
Neymar sebenarnya sudah lama dikaitkan dengan bakal kembali ke pangkuan Barcelona, namun hal itu tidak pernah menjadi kenyataan sebelum ini.
Namun masalah melibatkan gaji berkemungkinan akan sedikit mengganggu Barcelona dalam usaha mereka untuk mendapatkan Neymar.
Tambahan pula, Lionel Messi sendiri turut dilaporkan sedang mengintai peluang untuk kembali semula ke Nou Camp, kerana beliau tak gembira di Paris.
After Neymar was booed by home fans, Newcastle United began to seriously consider introducing him. Neymar is also seriously considering the possibility of leaving the team, and the well funded Newcastle United can meet his salary requirements and pay a huge transfer fee. pic.twitter.com/SVgQKgAeDG
— CalfScore (@calfscore) March 19, 2022
Barca sudah tentu akan mengutamakan Lionel Messi berbanding mana-mana pemain lain dan para penyokong juga jelas sekali mahu melihat legenda terhebat sepanjang zaman mereka itu kembali semula ke pangkuan mereka.
Sumber: SPORTbible