David Raya Sertai Arsenal Secara Pinjaman

David Raya bersedia untuk menyertai Arsenal secara pinjaman namun kelab itu mempunyai pilihan membelinya secara kekal pada musim hadapan.

Klausa itu sedikit unik kerana ia akan teraktif selepas atau Arsenal wajib membelinya selepas hanya beberapa perlawanan musim baharu berjalan.

Cara itu dilakukan untuk menyelamatkan Arsenal dari melanggar peraturan kewangan saksama (FFP) selepas mereka sudah berbelanja sekitar £200 juta dalam jendela perpindahan kali ini.

Arsenal mendapatkan penjaga gol kebangsaan Sepanyol itu untuk dijadikan pesaing kuat kepada penjaga gol nombor satu mereka sekarang iaitu Aaron Ramsdale.

Arsenal akan membayar kos pinjaman sebanyak £3 juta dan sebanyak £27 juta lagi pada hujung musim nanti untuk menjadikannya sebagai pemain kelab itu sepenuhnya.

Baki kontrak Raya di Brentford cuma berbaki 12 bulan namun kelab itu akan menyambungnya sebelum dia berpindah ke Arsenal.

Pemain berusia 27 tahun itu telah mengucapkan selamat tinggal kepada staf Brentford di tempat latihan Brentford’s Jersey Road pada hari Rabu lepas.

Pemeriksaan perubatan dijadualkan dilakukan pada hari ini (Khamis) sebelum menandatangi kontrak bersama pasukan baharunya beberapa hari selepas itu.

Arsenal berminat mahu menyelesaikan perjanjian itu sebelum perlawanan Liga Perdana membuka tirai. Arsenal akan menentang Nottingham Forest pada Sabtu ini.

Sebelum itu, Bayern Munich juga telah mencari peluang mendapatkan Raya tetapi pemain itu secara terbuka berkata dia mahu ke Arsenal.

Salah satu sebab adalah kerana dia akan kembali bersama bekas jurulatih penjaga gol Brentford, Inaki Cana yang kini bekerja di Arsenal.

Cana merupakan individu yang banyak berjasa dan membantu meningkatkan kariernya di England.

Perpindahan Raya ke Emirates dilancarkan dengan perpindahan Matt Turner ke Nottingham Forest. Turner yang merupakan penjaga NO.2 Arsenal telah menandatangi kontrak selama 4 tahun di Forest.

Kenapa Arsenal mahukan Raya?

Mikel Arteta mahu setiap posisi dalam pasukannya mempunyai persaingan bersaing dan Ramsdale juga tidak terkecuali dengan strategi pengurus itu.

Walaupun Matt Turner agak menonjol dalam Piala Emas namun dia dilihat tidak berada pada tahap Ramsdale dan Raya.

Keyakinan Raya dengan bola di kakinya menjadi faktor penting ketika pada musim lepas Ramsdale mengalami penurunan prestasi apabila beberapa kesilapan darinya merugikan pasukan.

Arsenal percaya persaingan menjadi satu keperluan untuk meningkatkan standard pasukan ke tahap seterusnya untuk merapatkan jurang dengan Manchester City.

BACA:  Emery: Cech Akan Bermain Menentang Chelsea