Di Usia 37 Tahun, Thiago Silva Pamer Aksi Kepantasan Menakjubkan Untuk Selamatkan Gawang Gol Chelsea

Thiago Silva bakal berusia 38 tahun pada September nanti, namun pemain kebangsaan Brazil itu langsung tak menunjukkan yang usianya kini sudah lanjut.

Beliau bahkan membuktikan yang kualiti yang beliau ada jauh lebih bagus berbanding mana-mana pemain pertahan yang lebih muda darinya.

Aksi beliau ketika bertemu Liverpool dalam perlawanan akhir saingan Carabao Cup di Wembley sudah cukup untuk membuktikan yang Silva merupakan antara pertahanan terhebat sepanjang zaman.

Bekas pemain Paris Saint Germain itu sebelum ini jarang menunjukkan kemampuan beliau dari segi kepantasan, dengan beliau lebih sering menunjukkan kepakaran dari segi membaca situasi dalam perlawanan.

Namun ketika aksi bertemu Liverpool semalam, beliau jelas sekali telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Baik dari segi kelajuan, kekuatan dan segala segi yang lain, Thiago Silva jelas sekali berada di tahap berbeza ketika aksi dalam perlawanan akhir Carabao Cup semalam.

Pada aksi babak kedua dalam perlawanan tersebut, Edouard Mendy tersilap melepaskan bola mudah kepada lawan dengan bola tersebut dimanfaatkan oleh Fabinho untuk dihantar kepada Sadio Mane.

Liverpool kemudiannya segera melakukan serangan balas dengan pemain Chelsea ketika itu sudah berada di atas dan bola segera dilorongkan kepada Mo Salah.

Mohamed Salah kemudiannya berdepan situasi satu lawan satu dengan Edouard Mendy dan beliau kemudiannya segera menyungkit bola menuju ke gawang gol.

Salah sudah berjaya mengelak dari perangkap offside dan bola sungkitan beliau juga sudah benar-benar melantun perlahan-lahan menuju ke dalam gawang gol Chelsea.

Namun ketika bola bergolek ke gawang gol Chelsea, Thiago Silva berlari pantas dan beliau berjaya mengeluarkan bola tersebut dari kawasan bahaya.

Ia merupakan aksi pertahanan yang sungguh menakjubkan ditunjukkan oleh Thiago Silva dalam perlawanan ini dan beliau membuktikan pengalaman yang beliau ada jelas sekali menjadikan beliau sebagai yang terhebat dalam dunia bola sepak.

Pemain kebangsaan Brazil itu juga telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan sepanjang 120 minit perlawanan dan beliau juga turut berjaya menjaringkan gol ketika aksi penentuan sepakan penalti.

Aksi hebat Silva dalam perlawanan ini telah mendapat pujian menggunung dari Jamie Carragher di studio Sky Sports selepas tamat perlawanan tersebut.

Bekas pertahanan Liverpool itu menyatakan bahawa:

“Dia sungguh menakjubkan. Untuk lakukan apa yang dia lakukan di usia dia, dia memang menakjubkan. Dari segi persembahan Van Dijk dan Thiago Silva, mereka memang berkelas dunia.”

Sementara Jimmy Floyd Hasselbank turut memberi pujian kepada Silva, namun beliau telah mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan perbalahan dengan Carragher dan Redknapp.

Hasselbaink mendedahkan yang bekas pemain pertahanan AC Milan itu sebenarnya mempunyai kualiti on the ball yang lebih bagus berbanding Virgil Van Dijk.

“Saya rasa kadang kala ketika Van Dijk di bawah tekanan, dia akan terus buang bola.”

“Sementara Silva tidak, dia akan cari penyelesaian.”

Jelas Hasselbaink.

Redknapp dan Carragher kemudiannya membidas semula kenyataan dari Hasselbaink itu dengan kedua-dua mereka tidak bersetuju tentang hal tersebut.

Hasselbaink kemudiannya menjawab:

“Nanti dulu kawan, saya suka Virgil Van Dijk. Silva, top class. Van Dijk, top class. Silva lebih bagus dengan bola berbanding Van Dijk.”

Jamie Carragher dan Jamie Redknapp juga turut berdebat tentang keputusan Thomas Tuchel mengeluarkan Edouard Mendy untuk digantikan oleh Kepa Arrizabalaga.

Redknapp mengecam keputusan itu dan menganggap Kepa merupakan sampah, sementara Carragher mempertahankan Kepa dan menegaskan yang Tuchel lebih tahu apa yang beliau lakukan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Thiago Silva Pamer Aksi Penyelamatan Atas Garisan Yang Sungguh Dasyat