Isteri Thiago Silva ‘Koyak’ Dengar Suami Kena Kritik Dengan Pengulas

Isteri Thiago Silva, Belle jelas sekali tak gembira dan ‘koyak’ dengan pengulas perlawanan yang mengkritik persembahan suaminya ketika aksi kekalahan bertemu Brentford kemarin.

Beliau terdengar pengulas mengkritik persembahan suaminya dan Belle jelas sekali tak gembira dengan hal itu hingga menyebabkan beliau meluahkan rasa kecewanya di laman instagram miliknya.

Skuad kendalian Thomas Tuchel itu berdepan kekalahan memalukan bertemu Brentford di Stamford Bridge kemarin, dan ia merupakan kekalahan pertama mereka di halaman sendiri dalam saingan liga sejak September lalu.

Selepas mendahului perlawanan pada awal aksi babak kedua menerusi Antonio Rudiger, Chelsea hilang arah dan bolos tiga gol dalam tempoh 10 minit.

Tidak dinafikan lagi yang gol jaringan dari Antonio Rudiger itu sememangnya sangat cantik, namun malang untuk Chelsea kerana mereka gagal untuk bertahan dengan baik selepas berjaya mendahului perlawanan.

Vitaly Janelt berjaya memadam gol pendahuluan jaringan Antonio Rudiger itu sebelum Christian Eriksen meledak gol pendahuluan untuk Brentford mendahului 2-1.

Vitaly Janelt kemudiannya sekali lagi meledak gol untuk Brentford mendahului 3-1, sebelum Yoane Wissa menjaringkan gol keempat pasukan pelawat.

Ia merupakan kekalahan pertama Chelsea di tangan Brentford sejak 1939 dan jelas sekali para pemain The Blues teruk dikritik atas kekalahan tersebut.

Beberapa pemain teruk berdepan kritikan termasuklah pemain centre-back dari Brazil, Thiago Silva yang dihentam kerana tak mempamerkan aksi persembahan terbaiknya dalam perlawanan tersebut.

Isteri kepada Thiago Silva, Belle sememangnya sering tampil untuk mempertahankan suaminya secara terang-terangan.

Terbaru, beliau tampil di laman instagram untuk mempertahankan suaminya dari dihentam oleh pengulas perlawanan yang membuat analisis tentang Thiago Silva.

“Saya di sini di kotak saya di Stamford Bridge. Saya baru dengar tadi ada pengulas yang kata Thiago tak cukup bagus ketika menyerang.”

Jelas Belle di laman instagram miliknya.

“Saya kagum dengan Thiago Silva kerana Thiago Silva baru tiba semalam, Thiago Silva bermain untuk Brazil, Thiago Silva sangat-sangat penat, Thiago Silva dan berusia 37 tahun, dia main seolah-olah dia baru berusia 20 tahun.”

“Jadi hormati dia, dia bukan mesin. Dia perlu berehat, faham?”

Tahun lalu, Belle turut mencetuskan kontroversi selepas beliau tampil menghentam pemain penyerang Chelsea, Timo Werner kerana mempamerkan aksi persembahan mengecewakan ketika bertemu Real Madrid dalam saingan Champions League.

“Ini adalah karma guys. Setiap pasukan yang saya pergi mesti ada penyerang yang selalu membazir peluang. Ni Timo Werner, apa nama dia?”

Jelas Belle menerusi satu video, sebelum beliau memuat naik video kedua dengan menyatakan:

“Kita perlukan gol, kita perlu menang perlawanan ini tapi pemain penyerang kita tak mahu jaringkan gol, saya tak tahu kenapa dia tak jaringkan gol.”

Werner ketika itu sememangnya tidak berada di tahap persembahan terbaiknya dengan beliau ketika itu terpaksa di keluarkan dan tempatnya digantikan oleh Kai Havertz.

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel sendiri turut kecewa dengan persembahan Timo Werner pada ketika itu.

Ketika aksi bertemu Brentford kemarin, Thomas Tuchel sendiri bingung memikirkan apa sebenarnya yang berlaku pada anak-anak buahnya hingga bolos gol-gol mudah.

Tuchel bercakap kepada Sky Sports selepas tamat perlawanan dengan beliau mengakui tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam tempoh 10 minit itu.

“Ia agak aneh kerana kami sudah bekerja keras untuk dapatkan gol pertama dan kami tahu sukar untuk cipta peluang bertemu Brentford.”

Jelas Thomas Tuchel.

“Mereka bertahan dengan sangat tinggi dan turut melakukan man mark dan mereka juga turut bertahan secara sangat deep dengan 10 pemain di dalam kotak.”

“Kamu perlu bersabar, ada rhythm yang lancar dan kebijaksanaan serta klinikal untuk dapat peluang dam menjaringkan gol pertama itu.”

“Sebaik kami peroleh gol pembukaan, kami berhenti bertahan dan bagi mereka peluang menjaringkan tiga gol dalam tempoh 10 minit. Itu sangat tak patut dan ia bunuh kami dalam perlawanan ini.”

“Saya tak tahu mengapa kami bagi mereka kesempatan itu selepas peroleh gol dan kemudian kami tak bertahan dengan baik. Kami tak bagi perhatian terhadap bahaya yang datang dan bagi saya itu satu hal yang aneh.”

“Kami dihukum. Mereka benar-benar manfaatkan 10 minit itu, yang mana bagi saya itu memang tak normal. Itulah kesimpulan untuk perlawanan yang pelik. Itu tanggungjawab kami. Itu salah kami.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Di Usia 37 Tahun, Thiago Silva Pamer Aksi Kepantasan Menakjubkan Untuk Selamatkan Gawang Gol Chelsea