Virtus Pro berjaya menjuarai kejohanan Major pertama musim ini apabila menewaskan Team Secret dalam aksi Grand Final yang berlangsung Axiata Arena di Bukit Jalil hari ini.
Selepas bertarung berjam lamanya, Virtus Pro akhirnya berjaya menewaskan Team Secret 3-2 dalam aksi Grand Final. Dengan kemenangan ini, Virtus Pro membawa pulang wang tunai berjumlah $350,000 (RM 1.4 Juta) selain mengumpul 4950 mata Dota Pro Circuits (DPC).

Pasukan dari berpengkalan di Russia itu mengecewakan ribuan peminat tanah air yang ingin melihat ‘Mid’ player Team Secret yang juga anak tempatan, Yeik Nai Zheng atau lebih dikenali sebagai Midone menjulang trofi di hadapan penyokong sendiri.

Dalam aksi Grand Final yang bermula sekitar pukul 2 petang tadi, Virtus Pro dan Team Secret masing-masing menunjukkan persembahan Dota 2 bertaraf dunia dan berjaya menghiburkan penonton yang membanjiri stadium.
What an amazing Grand Final we had here at #KualaLumpurMajor #GOGOVP! ?? @ramzesdoto @virtuspro #KLMajor #dota2 #DPC #esports #grandfinal #winners pic.twitter.com/qhkyBgLBvE
— PGL (@pglesports) November 18, 2018
Ini merupakan kali pertama Malaysia menganjurkan kejohanan Dota 2 bertaraf Major. Sebelum ini, Malaysia pernah menjadi tuan rumah kepada kejohanan bertaraf Minor iaitu ESL One Genting yang berlangsung tahun lepas.
Team Secret dianggap pasukan pilihan untuk memenangi Kuala Lumpur Major berdasarkan prestasi semasa. Namun lawan mereka di Grand Final adalah Virtus Pro, juara 4 kali Major.
Congratulations to The Kuala Lumpur Major champion @virtuspro!#Dota2 #esports pic.twitter.com/iHuJkcgxaU
— Dota 2 (@dota2updates) November 18, 2018
Seperti diduga, kedua-dua pasukan bertarung sengit sehingga pemenang terpaksa ditentukan pada perlawanan ke-5 selepas Virtus Pro berjaya mengikat kedudukan menjadi 2-2 pada perlawanan ke-4.
Keengganan kapten Team Secret, Puppey untuk ‘menggantung’ hero Terrorblade pada perlawanan ke-5 nyata memakan diri kerana ‘Carry’ Virtus Pro, Ramzes berjaya menggunakan hero tersebut dengan cemerlang sehingga membawa kemenangan kepada pasukannya.
Kejohanan Major seterusnya akan berlangsung di Chongqing, China sekitar Januari tahun hadapan dengan pusingan kelayakan telah pon bermula.