Douglos Costa Dibuang Padang Selepas Meludah Pemain Sassuolo

Kemenangan Juventus ke atas Sassuolo dicemari dengan insiden ‘kotor’ dan ‘menjijikkan’ selepas pemain sayap Brazil, Douglas Costa meludah dan menanduk pemain Sassuolo, Federico Di Francesco pada waktu kecederaan.

Berikutan insiden tersebut, Costa dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan dan bakal menjalani penggantungan minimum 3 perlawanan dan mungkin lebih panjang sekiranya pihak Serie A menganggap ia sebagai satu insiden yang serius.

Tandukan padu Costa ke arah Federico, di hadapan pengadil.

Pengurus Juventus, Massimiliano Allegri turut mengesahkan Costa akan dikenakan denda dan bakal menjalani penggantungaan perlawanan yang ‘panjang’ disebabkan kelakuan yang sangat memalukan itu.

Terdahulu, Cristiano Ronaldo akhirnya membukan akaun jaringannya bersama Juventus dalam Serie A apabila menyumbat dua gol pada separuh masa kedua untuk meletakkan Juventus 2-0 selesa di hadapan.

Namun demikian, Sassuolo berjaya merapatkan jurang pada waktu kecederaan untuk meletakkan Juventus dalam tekanan. Ketika pengadil hampir meniupkan wisel penamat, terjadi satu insiden penuh kontroversi melibatkan Costa dan pemain Sassuolo, Federico Di Francesco.

Federico terlebih dahulu menyiku Costa tetapi gagal dikesan pengadil. Kerana tidak berpuas hati, Costa mencari Federico dan melakukan foul terhadapnya. Pergaduhan meletus di antara dua pemain terbabit dan Costa dilihat cuba menanduk Federico.

Air liur yang penuh kebencian dilontarkan Costa terhadap Federico. Kahak kekuningan turut kelihatan

Federico cuba mendapatkan penjelasan daripada Costa dan air liur yang diterimanya. Hampehh. Pengadil tanpa segan silu menunjukkan kad merah kepada Costa kerana aksi jijiknya itu.

Allegri mengakui tindakan Costa adalah salah dan beliau akan dikenakan denda daripada pihak kelab atas tindakannya itu.

“Kami perlu melakukan perkara yang betul dengan mendenda Costa atas tindakan memalukan itu.”

“Saya sebenarnya agak terkejut dengan reaksi beliau. Kami baru sahaja melepaskan satu gol. Sekarang kami keluar dari perlawanan itu dengan kad merah yang mana saya pasti ia merupakan penggantungan yang lama.”

“Mungkin Costa tidak berpuas hati kerana kekasaran pihak lawan terhadapnya sebelum itu. Namun demikian, reaksi sedemikian rupa dari Costa sepatutnya tidak boleh berlaku.”

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Costa sudah menyesali tindakannya dan telah meminta maaf kepada semua pihak menerusi akaun Instagram atas tindakan bodohnya itu.

“Saya mahu meminta maaf kepada semua peminat Juventus kerana bertindak balas dengan sedemikian rupa dalam perlawanan semalam.”

“Saya juga ingin memohon maaf kepada rakan sepasukan yang sentiasa bersama saya dalam keadaan bagus atau sukar.”

“Ia merupakan tindakan yang ‘jijik’ dan saya sedar perkara tersebut. Sayaingin  meminta maaf kepada semua pihak berhubung insiden itu.”

BACA:  Emre Can Sertai Juventus Dengan Kontrak 4 Tahun