Liga Perdana Inggeris adalah antara Liga domestik terbaik di dunia. Hampir seluruh pelusuk dunia tidak terlepas dari menonton perlawanan dan berita-berita dari Liga terbaik dunia ini.
Dan kebanyakkan lagenda bola sepak hebat dunia pernah mencipta nama dipentas Premier League. Berapa ramai pemain bintang dunia yang mula melonjak naik kariernya di Premier League?
Antara Legenda bola sepak dunia yang pernah beraksi di pentas Liga Perdana adalah Thierry Henry, Ruud van Nistelrooy, Paul Scholes dan Frank Lampard. Mereka ini adalah legenda bola sepak yang sangat hebat dan di geruni.
Bahkan selain pemain-pemain hebat anda juga boleh lihat pengurus-pengurus pasukan yang sangat hebat juga pernah mengurus pasukan di Premier League. Antaranya Sir Alex Ferguson, Arsène Wenger, José Mourinho dan Pep Guardiola.
Dan yang terbaru Jurgen Klopp seorang pengurus hebat yang mengurus pasukan terkuat di dunia dan bakal menjadi seorang legenda hebat di pentas Premier League. Kesemua mereka ini adalah pengurus hebat yang pernah dan sedang mengurus pasukan yang beraksi di Premier League.
Kebiasaanya pemain-pemain hebat yang beraksi di pentas Priemier League ini mereka sudah pasti mengharapkan untuk memenangi kejuaraan Liga. Selain dari mengharapkan kejuaraan Liga ada antara mereka mengharapkan untuk mendapat penganugerahan peribadi di Premier League.
Memenangi anugerah Pemain Terbaik Bulanan adalah satu hal yang sangat membanggakan untuk seseorang pemain. Ia adalah penghargaan kepada mereka atas persembahan terbaik yang mereka tunjukkan.
Sekiranya anda melihat kembali sejarah tentang pemenang-pemenang untuk Anugerah Pemain Terbaik Bulanan.
Anda pasti akan terkejut, kerana akan ada barisan pemain-pemain legenda yang sangat menakjubkan di Premier League tidak pernah mendapatkan Anugerah itu.
Satu kajian di buat oleh Dream Team FC yang mana mereka telah menyenaraikan sembilan pemain legenda terbaik Premier League yang tidak pernah memenangi Anugerah Pemain Terbaik Bulanan.
Sudah pasti anda menjangkakan setiap pemain itu pernah mempunyai sekurang-kurangnya satu Anugerah Pemain Terbaik Bulanan sebagai penghargaan untuk mereka. Mengapa mereka sepatutnya layak memenangi Anugerah itu?
Anda pasti terkejut beruk bukan dengan senarai itu?
CHELSEA REWIND: On this day in 2010 Chelsea won 2-0 at Wolverhampton Wanderers. Both goals from Didier Drogba secured the three points. 👏⚽️⚽️ pic.twitter.com/waY7QKJytd
— Chris Wright 🏴 (@chriswrightzz) February 20, 2020
Sembilan Pemain Itu Adalah:
1. Xabi Alonso (Liverpool)
2. Peter Schmeichel (Manchester United)
3. Sol Campbell (Arsenal)
4. Claude Makélélé (Chelsea)
5. Didier Drogba (Chelsea)
6. Ashley Cole (Chelsea)
7. Gary Neville (Manchester United)
8. Patrick Vieira (Arsenal)
9. Jamie Carragher (Liverpool)
Lihat saja kepada sumbangan mereka kepada pasukan mereka sendiri. mereka adalah antara pemain-pemain yang menjadi Nadi penting untuk pasukan mereka ketika itu.
Pemain mana yang paling korang tak sangka ada di dalam senarai?