Mengapa Toure Mahu Drogba Jadi Presiden Ivory Coast FA?

Yaya Toure memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada bekas rakan sepasukan negaranya, Didier Drogba untuk menjadi Presiden  Persatuan Bola Sepak Ivory Coast (FIF).

Toure berkata antara sebab beliau mahukan Drogba menjadi Presiden FIF ialah kerana beliau percaya bekas penyerang Chelsea itu mampu membawa pemodenan kepada bola sepak di negara itu.

“Tiba masanya perubahan berlaku kepada bola sepak kita. Ia permukan pemodenan,” kata Toure.

“Apabila saya berkata saya sokong Drogba, ia juga adalah untuk kebaikkan negara ini, iaitu untuk memiliki bekas pemain yang sanggup melakukan pelaburan kepada [bola sepak] Afrika.

Drogba mewakili negaranya 105 kali dan mengumumkan niatnya untuk bertanding jawatan Presiden pada September lalu.

Namun disebabkan penularan wabak global, tiada tarikh telah ditetapkan untuk tujuan undian.

Bekas kapten skuad kebangsaan Ivory Coast itu akan berhadapan pertandingan daripada penyandang, Sory Diabate dan Naib Presiden FIF, Idriss Diallo.

Walaupun dengan sokongan dari Toure, tidak semua pemain menyokong niat Drogba. Kesatuan bekas pemain mahukan Diabate dan bukan bukan Drogba.

Bercakap di Instagram, Toure berkata: “Didier adalah abang besar kepada saya, kaptan saya. Ramai bercakap mengenai kami tetapi kami selalu tenang dan bertindak secara bijak. Kami mengenali antara satu sama lain.

“Terlalu ramai cuba mengkritik beliau, pihak media, penyokong.”

Pemain yang berada di Ivory Coast akan diberikan peluang untuk mengundi, selain daripada wakil kelab dan ahli gabungan yang mempunyai kepentingan.

“Saya tahu beliau perlukan sokongan dan saya berharap beliau akan memperolehinya daripada pengundi, presiden-presiden kelab atau dari kesatuan.”

BACA:  Legenda Man City Kerap Mesej Klopp Tapi Tak Pernah Simpan Nombor Pep