Legenda Man City Kerap Mesej Klopp Tapi Tak Pernah Simpan Nombor Pep

Legenda Manchester City, Yaya Toure telah mendedahkan yang beliau kerap mengirim mesej kepada Jurgen Klopp setiap kali Liverpool berjaya mencatat kemenangan.

Walau bagaimanapun, hal yang sama tidak beliau lakukan kepada bekas pengurusnya sendiri, Pep Guardiola kerana Yaya Toure tidak mempunyai nombor beliau.

Toure beraksi di bawah kendalian Pep Guardiola ketika kariernya bersama Barcelona, dengan beliau ketika itu membuat 118 penampilan, membantu kelab memenangi dua gelaran La Liga dan satu gelaran Champions League.

Kedua-dua mereka kembali bekerjasama pada tahun 2016 yang lalu ketika Pep Guardiola dilantik menjadi pengurus Manchester City.

Yaya Toure walau bagaimanapun telah disingkirkan dari skuad Champions League kelab dek kerana City ketika itu kononnya sudah memiliki lebihan pemain untuk ke pertandingan tersebut.

Beliau sempat beraksi sebanyak 48 kali untuk skuad Manchester City di bawah kendalian Pep Guardiola ketika dua musim awal pengurus dari Sepanyol itu tiba di Etihad.

Namun selepas meninggalkan The Citizens pada tahun 2018 yang lalu, Yaya Toure tampil menuduh Pep Guardiola mempunyai masalah dengan pemain dari Afrika.

Yaya Toure kemudiannya meminta maaf atas kenyataan yang beliau keluarkan itu, namun Pep Guardiola memilih untuk mengabaikan hal tersebut.

Dan kini, berbanding memiliki hubungan yang baik dengan bekas pengurus sendiri, beliau lebih menjaga hubungannya dengan pengurus pasukan seteru, Jurgen Klopp.

“Klopp, ketika dia menang perlawanan, saya mesej dia dan dia sangat gembira dengan saya dan dia selalu jemput saya untuk jumpa dia dan dia juga selalu balas mesej saya.”

Jelas Yaya Toure dalam satu temu bual terbaru bersama The Times.

“Adakah dia dapat berehat? Saya tak rasa begitu, dia sangat cintakan bola sepak. Dia pengurus terhebat, sangat-sangat hebat.”

Pada tahun 2018 yang lalu, wakil kepada Yaya Toure, Dimitri Seluk mendakwa yang Pep Guardiola tidak akan pernah menang gelaran Champions League lagi kerana disantet oleh bomoh Afrika.

Ekoran disantet oleh ilmu hitam bomoh dari Afrika kini Pep Guardiola telah terkena sumpahan dan tidak dapat dipastikan akan hilang pada keturunan keberapa.

Kali terakhir Pep Guardiola menjulang trofi Champions League adalah pada tahun 2011 dan walau beliau sudah mengendalikan kelab gergasi Bundesliga, Bayern Munich dan kelab kaya England, Man City beliau masih gagal untuk memenangi Piala telinga capang itu.

Dimitri Seluk telah mendedahkan yang selepas tewas di Porto pada tahun 2018, Pep Guardiola telah membangkitkan rasa marah ‘semua orang Afrika’ dengan telah meletakkan Yaya Toure dibangku simpanan pada tahun terakhir beliau bersama Manchester City.

“Pep telah membuatkan semua orang Afrika menentangnya, ramai peminat dari Afrika telah berpaling arah dari Manchester City.”

“Dan aku pasti ramai Shaman (pawang atau bomoh) dari Afrika pada masa akan datang tidak akan benarkan Guardiola menang Champions League.”

“Untuk Pep Guardiola ini adalah sumpahan Afrika. Masa akan menentukan samada aku betul atau tidak.”

Di Afrika kini peranan bomoh masih lagi popular dikalangan rakyatnya di mana kepoweran seorang bomoh dipercayai mampu memberi kebaikan dan juga membawa akibat buruk jika disumpah dan disantet.

“Hakikatnya cara Guardiola menamatkan karier Yaya Toure bukan satu kesilapan tetapi satu jenayah.”

Ujar Dimitri Seluk lagi tak puas hati.

“Kau akan lihat apa yang bomoh Afrika mampu lakukan. Beringat la sobat.”

Berita tentang sumpahan bomoh Afrika ini sempat kembali tular tahun lalu ketika Manchester City tewas dalam aksi perlawanan akhir Champions League bertemu Chelsea.

Ramai yang percaya sumpahan tersebut benar-benar melekat pada Pep dan itulah punca mengapa Man City tewas.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Salah Jauh Lebih Power Berbanding Ronaldo dan Messi - Klopp