Dua Sebab Mengapa England Tidak Seharusnya Dihadiahkan Dengan Sepakan Penalti

Para peminat merasakan ada yang tidak kena dengan keputusan pengadil perlawanan, Danny Desmond Makkelie yang menghadiahkan sepakan penalti kepada England dalam aksi pertemuan bertemu Denmark awal pagi tadi.

Ramai yang percaya perlawanan sepatutnya dihentikan sebelum Sterling berpura-pura jatuh di dalam kotak penalti, kerana adanya bola kedua di atas padang pada ketika itu.

Skuad kendalian Gareth Southgate berjaya mara ke perlawanan akhir saingan Euro 2020 selepas mencatatkan kemenangan 2-1 menewaskan Denmark awal pagi tadi.

Selepas terikat dengan keputusan 1-1 perlawanan dilanjutkan ke aksi tambahan masa dan England berjaya menjaringkan gol yang agak kontroversi pada minit ke-104 untuk mengesahkan tempat mereka di perlawanan akhir nanti.

Raheem Sterling memenangi sepakan penalti selepas mendakwa dirinya dijatuhkan oleh Joakim Maehle dan keputusan pengadil untuk memberikan sepakan penalti telah mencetuskan kontroversi.

Selain kerana menganggap Sterling jelas merebahkan badan, peminat juga mengesan ada bola kedua di atas padang sebelum Sterling masuk ke dalam kotak penalti.

Sterling bahkan membawa bola betul-betul di hadapan bola kedua yang berada di atas padang, dan walaupun bola kedua itu tidak mengganggu permainan, namun pengadil sepatutnya menghentikan seketika perlawanan.

Harry Kane berjaya menyempurnakan bola rebound yang menuju ke arahnya selepas sepakan penalti beliau diselamatkan oleh Kasper Schmeichel.

Para peminat kemudiannya memperdebatkan hal tersebut di media sosial dengan kebanyakan dari mereka bengang dengan keputusan pengadil perlawanan.

“Ini terlalu jelas, Sterling memang dive dan yang paling tak boleh diterima, kenapa perlawanan tetap diteruskan walau ada bola kedua di atas padang?”

“Memalukan, Sterling lalu di depan bola kedua tapi pengadil perlawanan tak nampak ada bola lain di atas padang? Adakah bola kedua itu hanya nampak di kaca TV?”

“Membosankan, sungguh tak adil untuk Denmark, pertama isu Sterling, dia langsung tak dikasari, dia memang terkenal kerana suka dive, dan mengapa permainan diteruskan walau ada bola kedua di atas padang?”

“Bukan ke perlawanan sepatutnya dihentikan bila ada bola kedua di atas padang? Dan Sterling bawa bola di kawasan ada bola kedua itu, jadi mengapa permainan diteruskan?”

The Three Lions terlebih dahulu ketinggalan pada aksi babak pertama permainan selepas Mikkel Damsgaard menjaringkan gol yang cukup cantik untuk Denmark mendahului permainan.

Bintang berusia 21 tahun itu menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dalam kejohanan Euro 2020 ini.

Sepakan percuma yang cukup cantik dan padu itu berjaya menewaskan Jordan Pickford yang masih belum mencatatkan bolos dari lima perlawanan dalam saingan Euro 2020 sebelum ini.

Aksi Sterling yang dikatakan dive

Jadi agak berbaloi untuk melihat gol secantik itu memecahkan rekod bersih England tidak dibolosi sepanjang kejohanan setakat ini.

Selain rembatan yang kemas dan padu, pujian juga harus diberikan kepada pemain Denmark yang membina tembok mereka sendiri sebelum membolosi England buat pertama kali dari enam perlawanan.

Namun Denmark hanya mendahului permainan selama sembilan minit sahaja sebelum Bukayo Saka membantu England untuk menyamakan kedudukan.

Bintang Arsenal itu cuba melakukan hantaran mencari Raheem Sterling, namun Simon Kjaer tersilap meletakkan bola itu di dalam gawang golnya sendiri.

Kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk menambah gol pada aksi babak kedua permainan, dengan Pickford turut berjaya menyelamatkan satu percubaan berbahaya dari Kasper Dolberg.

Harry Maguire turut sempat untuk melakukan taktik keji dengan merebahkan badan di dalam kotak penalti namun tidak mendapat perhatian dari pengadil perlawanan.

Kane berjaya meletakkan England di hadapan ketika perlawanan masuk ke aksi tambahan masa hasil dari keputusan kontroversi pengadil yang memberikan The Three Lions sepakan penalti.

England berjaya menewaskan Denmark 2-1 seterusnya mara ke perlawanan akhir untuk bertemu Itali pada hujung minggu nanti.

Southgate tentunya akan berusaha bermati-matian untuk membantu England menjulang Piala pertama mereka sejak 1966.

Terima atau tidak, dive atau tidak, England sudah mengesahkan tempat di perlawanan akhir.

Pertemuan antara The Three Lions bertemu The Azzuri tentunya sangat menarik untuk ditonton dengan kedua-dua pasukan sememangnya calon kegemaran untuk memenangi kejohanan ini.

Sumber: SB

BACA:  England Selayaknya Menanggung Derita Kalah Final Atas Kelakuan Mereka