Pada tahun 2016, dunia bola sepak gempar dengan berita yang diumumkan oleh Lionel Messi. Umum mengetahui bahawa pemain tersebut telah umumkan persaraan setelah Argentina gagal menjulang trofi.
Pada aksi akhir Copa America Centenario edisi 2016, Argentina telah tumpas kepada pasukan Chile. Merasa hampa, kecewa dan tertekan setelah tumpas kepada Chile telah akibatkan Lionel Messi mengambil keputusan drastik untuk bersara dari kancah bola sepak antarabangsa bersama Argentina.
“Sekarang adalah masa yang sangat sukar untuk saya fikirkan apa yang terjadi,” Messi memberitahu TyC Sports.
“Dalam bilik persalinan selepas perlawanan saya fikir cukuplah saya bersama pasukan kebangsaan, ini bukan kepakaran saya..”
“Inilah yang saya rasa sekarang. Sangat kecewa yang (kekalahan) ini terjadi lagi di perlawanan akhir. Saya gagal meneyempurnakan sepakan penalti yang penting. Saya rasa cukuplah.”
TIME FOR REDEMPTION.
LEO MESSI AND ARGENTINA ARE ONE GAME AWAY FROM THE WORLD CUP 🇦🇷 pic.twitter.com/J9PcmKXbwW
— B/R Football (@brfootball) December 13, 2022
Kekecewaan tersebut berantai, dimulai dengan kekecewaan tewas pada aksi akhir Piala Dunia 2014 di tangan pasukan Jerman. Gol kemenangan pada waktu masa tambahan oleh pemain gantian Mario Gotze cukup untuk meranapkan sebuah impian dan harapan. Menjadi debu-debu berterbangan.
Dua kali kecewa pada pentas akhir kejohanan berprestij menjadi sebab yang cukup besar untuk Lionel Messi umumkan persaraan dari kancah bola sepak antarabangsa.
Tak boleh nak salahkan Lionel Messi, kau yang kena reject dengan crush pun dah acah-acah membawa hati yang lara, inikan pula tewas stelah berhempas pulas demi pertiwi.
Di kala ramai yang bersedih dengan pengumuman yang dibuat oleh Lionel Messi, ramai juga yang menyambut dengan gembira, terutamanya para peminat seteru utama Lionel Messi iaitu Cristiano Ronaldo. Dengan berita ini, makin cerah peluang untuk Cristiano Ronaldo untuk dinobatkan sebagai ‘Greatest of All Time’ atau singkatan G.O.A.T dikalangan pada pendebat sukan bola sepak.
Messi and Argentina. Mbappé and France.
THE WORLD CUP FINAL IS SET 🤩 pic.twitter.com/GVN065O4v7
— ESPN (@espn) December 14, 2022
Puluhan penyokong Argentina yang menunggunya dengan memakai jersi kebangsaan sanggup berhujan untuk memberikan sokongan kepada pemain terbaik dunia itu.
Ada peminat mengekori bas pasukan kebangsaan dari lapangan terbang ke kompleks Persatuan Bola sepak Argentina (AFA) sambil melaungkan kata-kata semangat supaya Messi tidak meninggalkan pasukan kebangsaan.
Terdapat juga penyokong yang membawa sepanduk dengan tulisan: “Messi: I love you more than I love my mom.” (“Messi: Saya lebih sayangkan anda berbanding ibu saya”
Penyokong bola sepak Argentina termasuk Presidennya serta bekas bintang, Diego Maradona mahu Messi menarik balik hasratnya meninggalkan pasukan kebangsaan namun tidak diendahkan.
In 2016, Lionel Scaloni tweeted 'THIS' with Messi's Image when Leo Messi retired from International football after losing to Chile in the Copa América Final. 🥹
In 2021, Scaloni Became The First Argentina manager to Help Lionel Messi Lift his First Ever International Trophy. 😍 pic.twitter.com/d5SY4fOqr1
— AZR (@AzrOrganization) December 14, 2022
Disebalik segala hiruk pikuk keriuhan, telah hadir seorang insan berhati mulia yang berjaya meyakinkan Lionel Messi untuk kekal bermain bola sepak di peringkat antarabangsa bersama Argentina. Beliau adalah insan yang bernama Edgardo Bauza. Beliau hadir dan tanamkan cinta demi pertiwi di hati Lionel Messi.
Sebagaimana yang dilapokan, Edgardo Bauza adalah pengurus yang bertanggung jawab untuk meyakinkan Lionel Messi untuk keluar dari persaraan dan kembali ke pasukan kebangsaan Argentina. Pengurus tersebut telah dilantik menggantikan Tata Martino dan diberikan kredit terbesar dalam mengubah fikiran Lionel Messi.
Malangnya, tempoh Edgardo Bauza sebagai pengurus pasukan kebangsaan Argentina hanya bertahan sebanyak lapan perlawanan sahaja. Namun, kemenangan terbesar beliau adalah berjaya meyakinkan La Pulga untuk kembali menyarung jersi kebangsaan Argentina.
Argentina have sacked Edgardo Bauza following a stuttering World Cup qualifying campaign 🇦🇷 https://t.co/3bCNclnGgt pic.twitter.com/WS7NOFKXvK
— B/R Football (@brfootball) April 11, 2017
La Pulga adalah merujuk kepada gelaran Lionel Messi yang paling popular. Dalam Bahasa latin, La Pulga bermaksud kutu. Mungkin kerana saiz pemain tersebut yang kecil, lalu digelar sebagai kutu.
Apa pun, sekembalinya Lionel Messi dari kancah persaraan. Pemain tersebut telah merangkul piala Copa America pada tahun 2021 dan sekarang beliau hanya tinggal satu perlawanan terakhir sahaja sebelum dinobatkan sebagai sang juara penakluk dunia.
After years of heartbreak, Leo Messi finally achieved the elusive goal of a first major international trophy when Argentina beat Brazil 1-0 in the 2021 Copa América final 😘🏆 pic.twitter.com/c9MtbxJ9v3
— B/R Football (@brfootball) December 13, 2022
Kali terakhir piala berprestij ini menjadi milik pasukan Argentina adalah semenjak tiga dekad yang lalu, dan jika Argentina berjaya menumpaskan Perancis pada 18 Disember ini pastinya akan terpahat sebagai peristiwa bersejarah buat negara tersebut.