Edinson Cavani Merupakan Salah Seorang Dari 4 Pemain Yang Zlatan Benci

Zlatan Ibrahimovic sebenarnya mempunyai perasaan benci terhadap bekas rakan sepasukannya ketika di Parc des Prince, Edinson Cavani sejak dari ketika karier mereka bersama PSG lagi.

Zlatan Ibrahimovic atau nama manja beliau Atan dan Cavani pernah beraksi bersama ketika karier mereka di Paris Saint Germain sebelum ini dengan kedua-dua mereka menyertai Ligue 1 dari saingan Serie A pada tahun 2012 dan 2013 yang lalu.

PSG yang ketika itu baru sahaja diambil alih oleh pemilik dari Qatar telah berbelanja besar di pasaran pemain dek kerana mereka mahu memburu gelaran Eropah pertama kelab.

Kedua-dua mereka sempat membuat 107 penampilan bersama-sama dengan gandingan mereka berjaya membantu kelab menjuarai tiga gelaran Ligue 1 secara berturut-turut dan mereka juga berjaya menjulang beberapa kejuaraan domestik yang lain.

Walau bagaimanapun, menurut sumber laporan dari Michael Ciani yang sempat beraksi bersama Atan ketika karier mereka di LA Galaxy, pemain penyerang kebangsaan Sweden itu sebenarnya tak suka dengan Cavani.

Beliau turut mendedahkan yang Cavani sebenarnya salah seorang dari empat pemain yang sememangnya dibenci oleh legenda bola sepak Sweden itu.

“Dia beritahu saya yang semuanya baik-baik sahaja antara dia dengan pengurus PSG, Laurent Blanc.”

Jelas Zlatan Ibrahimovich kepada RMC Sport.

“Satu-satunya orang yang dia tak boleh bekerjasama adalah Edinson Cavani.”

“Dia beritahu saya yang dia hanya benci tiga ke empat orang sahaja sepanjang karier dia dalam dunia bola sepak ini… Dan salah seorang darinya adalah Cavani.”

“Jika kamu rapat dengan Cavani, Ibra sebenarnya tak suka. Ia sama ada kamu bersama Ibra atau kamu perlu menentang dia.”

Tidak pasti siapa lagi dua ke tiga pemain lain yang Zlatan tak suka kerana hanya nama Cavani sahaja yang telah didedahkan oleh Ciani.

Kedua-dua Ibrahimovic dan Cavani berjaya menjaringkan lebih dari 100 gol untuk PSG dan satu hal yang menarik, walau mereka meninggalkan PSG pada masa yang berbeza, namun mereka sebenarnya memilih untuk sertai kelab yang sama.

Zlatan Ibrahimovic memilih untuk menyertai Manchester United pada tahun 2016 yang lalu sebagai pemain bebas ejen selepas kontraknya bersama PSG tamat.

Empat tahun kemudian, Edinson Cavani pula melakukan hal yang sama dengan beliau memilih untuk ke Old Trafford sebagai pemain bebas ejen selepas kontraknya tamat.

Pemain kebangsaan Uruguay itu sebenarnya berjaya memecahkan rekod jaringan Zlatan di Paris dengan beliau meninggalkan kelab selepas menjaringkan 200 gol dari 301 penampilan, seterusnya menjadikan beliau sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab.

Selepas pemergian Zlatan Ibrahimovic, Edinson Cavani sebenarnya berdepan kesukaran untuk bergandingan dengan Neymar.

Kedua-dua mereka kerap terlibat dengan masalah salah faham terutama sekali ketika berdepan situasi siapa yang sepatutnya mengambil sepakan penalti.

Edinson Cavani pada musim pertamanya di Old Trafford beliau berjaya memberikan impak yang sungguh luar biasa menakjubkan dengan beliau kerap menjaringkan gol penting untuk skuad setan merah.

Walau bagaimanapun, Cavani pada musim ini kerap berada di bilik rawatan kerana beliau berdepan dengan beberapa siri kecederaan yang menyebabkan beliau terpaksa diketepikan.

Kontrak beliau bersama Man Utd akan tamat pada penghujung musim ini dengan beliau dikatakan akan meninggalkan Old Trafford pada musim panas nanti.

Cavani hangat dikaitkan dengan bakal menyertai Barcelona, namun ada dakwaan yang menyatakan bahawa beliau sepertinya lebih berpotensi untuk sertai Boca Juniors dalam saingan liga bola sepak Argentina.

Zlatan Ibrahimovic sementara itu masih beraksi walau beliau sudah berusia 40 an dengan beliau masih lagi menjadi antara nadi penting dalam skuad AC Milan.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Edinson Cavani Kecewa Kerana Tidak Dibenarkan Sertai Skuad Kebangsaan Uruguay