Selepas lima kali gagal, Egy Maulana yakin yang Indonesia bakal mampu untuk mengakhiri saingan AFF Suzuki Cup tahun ini sebagai Juara.
Melihat kepada aksi konsisten yang dipamerkan oleh skuad Garuda pada tahun ini, tidak mustahil untuk mereka membuat kejutan, seterusnya bergelar juara.
Indonesia akan bertemu Thailand dalam aksi perlawanan akhir nanti, dengan ramai yang percaya bahawa skuad Gajah Perang merupakan pasukan kegemaran untuk muncul sebagai Juara.
As 🇮🇩 Indonesia look to end 25 years of disappointment by winning a first-ever @affsuzukicup crown, star man Egy Maulana has issued a rallying cry ahead of the final against 🇹🇭 Thailand. #AFFSuzukiCup #AFFSuzukiCup2020 #RivalriesNeverDiehttps://t.co/NO3hMSAUkv
— ESPN Asia (@ESPNAsia) December 28, 2021
Thailand sebelum ini berjaya mencatatkan lima kemenangan secara berturut-turut sebelum mencatatkan keputusan seri bertemu Vietnam dalam aksi separuh akhir kedua.
Sementara Indonesia pula, mereka berjaya merekodkan empat kemenangan dan turut mencatatkan dua keputusan seri untuk mara ke perlawanan akhir.
Sukar sebenarnya untuk meramalkan siapa bakal muncul sebagai Juara pada saingan kali ini, dengan Thailand dan Indonesia kedua-dua mereka sedang berada di tahap persembahan terbaik masing-masing.
Bintang Indonesia, Egy Maulana yang baru beraksi satu perlawanan bersama skuad Garuda dan turut berjaya meledak satu gol ketika membantu Indonesia menewaskan Singapura kemarin percaya yang skuadnya akan mampu membuat kejutan.
🇮🇩 Egy Maulana ahead of the @affsuzukicup final.
"We have failed five times before; now is a big chance. We know it's not just about talk. We need to work hard. If we believe, nothing is impossible. We're ready to be champions." #AFFSuzukiCup #AFFSuzukiCup2020 #RivalriesNeverDie
— Gabe Tan (@gabetan13) December 28, 2021
“Kami sudah gagal sebanyak lima kali sebelum ini. Sekarang merupakan kesempatan terbesar (Untuk memperbaiki rekod).”
Jelas pemain penyerang Indonesia, Egy Maulana menurut ESPN.
“Kami tahu ia bukan hanya tentang bercakap sahaja dan kami juga perlu bekerja keras. Kami perlu percaya pada diri kami sendiri yang kami akan menang perlawanan akhir. Segelintir mungkin fikir Thailand sedikit lebih kuat dari kami, tapi saya tak takut.”
“Jika kita percaya kepada diri kita, tidak ada apa-apa pun yang mustahil. Kami sudah bersedia dan cukup bermotivasi untuk menjadi Juara kali ini.”
Antara faktor terpenting yang membawa kepada kejayaan Indonesia pada ketika ini adalah kerana mereka memiliki pengurus pasukan yang sungguh luar biasa hebat.
"Pratama Arhan absen pada laga leg1 melawan Thailand. Dia akumulasi kartu. Kami tidak bisa bermain dengan rencana awal. Thailand memang kehilangan Theerathon, tapi kami juga tidak bisa diperkuat Arhan di pertandingan ini. Jadi sama saja"
– Kata Shin Tae-Yong di konferensi pers. pic.twitter.com/ASOlEAZPpN
— Siaran Bola Live (@SiaranBolaLive) December 28, 2021
Shin Tae-yong merupakan pengurus yang kaya dengan pengalaman, dengan beliau sebelum ini pernah memimpin Korea Selatan di pentas Piala Dunia, dan turut menjadi individu penting yang membantu skuadnya menewaskan Jerman 2-0 pada ketika itu.
Sebagai pemain, Shin Tae-yong pernah enam kali memenangi gelaran utama saingan liga utama Korea Selatan, dan beliau turut pernah memenangi gelaran Asia (kelab) yang kini dikenali sebagai AFC Champions League.
Kini, Shin Tae-yong akan melakukan segala yang beliau mampu untuk membantu Indonesia menjuarai saingan AFF Suzuki Cup buat kali pertama dalam sejarah negara mereka.
“Mari saya berterus terang. Saya sangat berharap kami untuk menang, tapi menang tidak akan berlaku begitu sahaja. Menjadi Juara akan berlaku seandainya kamu lakukan yang terbaik.”
Jelas Shin Tae-yong.
Shin Tae-yong Sebut Pasukannya Siap Tempur Lawan Thailand https://t.co/TSid39T6lE #Shintaeyongpialaaff
— Kabar indonesia (@KabarSiang) December 28, 2021
“Saya sudah menjadi Juara lebih dari 20 kali. Dari semua pengalaman ini, saya akan cuba kongsi mentaliti dengan pemain dan menjadikan Indonesia sebagai Juara yang hebat.”
“Thailand merupakan pasukan yang kuat dengan mereka ada ramai pemain berkualiti. Saya tak ada yang negatif untuk kata tentang mereka, tapi bola sepak sememangnya sukar untuk diramal, jadi kita cuma perlu tunggu untuk lihat apa akan berlaku nanti.”
Aksi perlawanan akhir pertama akan berlangsung pada 29 Disember ini dan aksi perlawanan akhir kedua pula akan dilangsungkan pada 1 Januari 2022 nanti.
Indonesia sebelum ini sudah lima kali layak ke perlawanan akhir, namun mereka tidak pernah berjaya untuk muncul sebagai Juara.
Indonesia Raja Naib Juara saingan AFF
Kalau Thailand dianggap Raja di benua Asia Tenggara, Indonesia pula bolehlah dianggap sebagai timbalan Raja dek kerana rekod mereka yang sering menjadi naib juara.
#Stats | AFF SUZUKI CUP 2020
Head to Head between Thailand 🇹🇭 and Indonesia 🇮🇩 in history of AFF Cup !#AFF #AFFSuzukicup2020 #affsuzukicup pic.twitter.com/c10OcinSu1
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) December 28, 2021
Indonesia merupakan antara pasukan paling kerap layak ke perlawanan akhir, namun mereka tidak pernah sekalipun muncul sebagai Juara saingan Piala AFF.
Negara jiran kita hanya mampu muncul sebagai naib juara sahaja sebanyak lima kali, namun berita gembira untuk mereka, rekod lima kali itu merupakan yang tertinggi berbanding mana-mana pasukan.
Tidak ada pasukan lain yang paling kerap muncul sebagai naib juara dalam pertandingan ini melainkan Indonesia.
Bermula pada tahun 2000 dan 2002 ketika tewas di tangan Thailand, Indonesia kemudiannya tewas kepada Singapura pada tahun 2004.
Mereka kemudiannya menjadi mangsa kepada skuad Harimau Malaya pada tahun 2010, sebelum sekali lagi dikecewakan oleh Thailand pada tahun 2016.
🦅 Flying high!
🇮🇩 Another stellar performance from Indonesia has them on their way to the #AFFSuzukiCup2020 Final!#AFFSuzukiCup | #RivalriesNeverDie | #IDNvSGP pic.twitter.com/XGDw52BG5R
— AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 25, 2021
Dari kesemua lima aksi perlawanan akhir, Indonesia tidak pernah muncul sebagai Juara namun mereka sering menjadi calon kegemaran untuk muncul sebagai Juara.
Thailand Raja saingan AFF
Thailand merupakan gergasi besar dalam saingan Piala AFF dengan mereka pernah muncul Juara sebanyak lima kali sejak dari tahun 1996.
Mereka muncul Juara buat pertama kali ketika edisi pertama kejohanan pada tahun 1996 dengan menewaskan Malaysia 1-0 dalam aksi perlawanan akhir di Singapura.
Pada tahun 1998, Piala AFF menjadi milik Singapura yang berjaya menewaskan Vietnam dengan keputusan 1-0 dalam aksi perlawanan akhir.
Thailand kemudiannya muncul Juara sebanyak dua kali berturut-turut dengan mereka menewaskan lawan yang sama, Indonesia di aksi perlawanan akhir pada tahun 2000 dan 2002.
Singapura kemudiannya melakukan hal yang sama dengan memenangi dua kejohanan tersebut secara berturut-turut pada tahun 2004 dan 2007 dengan menewaskan Indonesia dan Thailand dalam aksi perlawanan akhir.
Vietnam pada tahun 2008 berjaya menjadi Juara dalam saingan AFF buat pertama kali dalam sejarah mereka, selepas menewaskan Thailand 3-2 secara aggregate.
Skuad kebangsaan Malaysia berjaya mencipta sejarah muncul Juara saingan Piala AFF buat pertama kalinya pada tahun 2010, selepas cemerlang menundukkan Indonesia 4-2 secara aggregate.
Singapura memenangi gelaran AFF keempat dalam sejarah mereka pada tahun 2012, selepas menewaskan Thailand dalam aksi perlawanan akhir.
Pratama Arhan (Indonesia) and Theeraton Bunmatan (Thailand) will miss the 1st leg of the AFF Cup final due to card accumulation.#AFFSuzukiCup2020 pic.twitter.com/AANsnVf2pY
— footballIndonesia (@footballinanews) December 28, 2021
Thailand kemudiannya menunjukkan yang mereka masih kuasa besar di benua Asia Tenggara selepas menjuarai dua edisi Piala AFF pada tahun 2014 dan 2016 selepas menewaskan Malaysia dan Indonesia.
Sumber: ESPN