Emak Rabiot Bergaduh Dengan Keluarga Mbappe dan Pogba

Emak kepada pemain tengah Perancis, Adrien Rabiot telah bergaduh dengan keluarga Kylian Mbappe dan Paul Pogba ekoran kekalahan pasukan juara dunia itu kepada Switzerland di EURO 2020.

Perancis pada suatu ketika kelihatan selesa mendahului 3-1 ketika perlawanan berbaki 10 minit dan boleh dikatakan sebelah kaki sudah berada di suku akhir.

Namun Switzerland bangkit mengikat lalu mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti menyaksikan Granit Xhaka dan rakan sepasukan mara ke suku akhir.

Pemain sensasi EURO 2020, Kylian Mbappe gagal menyempurnakan sepakan kelima dan yang terakhir menyaksikan Perancis pulang agak awal dengan barisan pemain terbaik dunia.

Paul Pogba juga tidak terlepas dari kritikan walaupun menjaringkan gol lencong yang sungguh cantik kerana kesilapan beliau membolehkan Switzerland menjaringkan gol ketiga yang merupakan gol penyamaan.

Penyingkiran Perancis di kaki Switzerland merupakan kejutan terbesar di EURO 2020 dan RMC Sport melaporkan pergaduhan tercetus dikalangan keluarga pemain yang datang menonton.

Ibu merangkap ejen kepada Adrien Rabiot, Veronique telah mencetuskan kekecohan apabila tanpa beralas telah mengecam Paul Pogba kerana telah kehilangan bola yang menyebabkan gol penyamaan terhasil.

Selain itu bapa kepada Kylian Mbappe juga tidak terlepas daripada semburan Ibu Andrien Rabiot yang menyarankan bapa Mbappe supaya mengubah Mbappe dan jadikannya kurang sombong.

Selepas bergaduh mulut dengan bapa Mbappe, Veronique juga dilaporkan berperang mulut dengan ibu Mbappe, Fayza Lamara berhampiran wartawan yang berada di kawasan sekitar.

Bebelan, kecaman serta kritikan Veronique dengan keluarga pemain Perancis itu yang sungguh agresif nyata mengejutkan dan berlangsung selama 20 minit.

Veronique kembali tenang dan menjadi sopan terus selepas Perancis sah tersingkir dan tewas kepada Switzerland.

Menurut saksi berhampiran ketegangan berpunca dan bermula daripada kerana kecaman agresif dan negatif kenalan rapat Paul Pogba selepas Andrien Rabiot melakukan kesilapan.

Pengawal keselamatan yang berada berhampiran terpaksa masuk campur untuk meredakan situasi dan meminta sanak saudara Pogba supaya bertenang.

Kemudian Veronique pula membalas kembali kecaman kepada anaknya itu dengan lebih agresif, 20 minit kot membebel.

AET Perancis 3-3 Switzerland (Pen. 4-5)

Perancis tidak pernah tewas dalam tujuh pertemuan terakhir menenetang Switzerland dengan rekod tiga kali menang dan empat kali seri. Empat dari lima perlawanan terakhir pula berakhir dengan keputusan seri.

Ini merupakan pertemuan kelima antara Perancis dan Switzerland di kejohanan utama (EURO 2004, 2006 World Cup, 2014 World Cup, EURO 2016) dan ini merupakan pertemuan di pusingan kalah mati yang pertama.

Perancis tampak mati kutu seawal permainan dan Haris Seferovic telah membuka tirai jaringan pada minit ke-15 selepas menyempurnakan hantaran Steven Zuber.

Hantaran silang sesedap rasa Steven Zuber mudah ditanduk masuk oleh Haris Seferovic.

Perancis bertindak balas dan melancarkan serangan dan menghadirkan 7 percubaan tanpa sebarang percubaan tepat.

Jaringan Haris Seferovic merupakan satu-satunya percubaan tepat Switzerland di separuh masa pertama daripada emapat percubaan.

Separuh masa kedua, Perancis memperkemaskan permainan namun dikejutkan dengan sepakan penalti

Steven Zuber cuba membawa bola untuk melakukan sesuatu namun Benjamin Pavard telah melakukan satu terjahan untuk mengeluarkan bola.

Permainan dihentikan dan Video Assistant Referee melakukan pemeriksaan dan pengadil mengubah keputusan, penalti diberikan.

Kecurangan telah dilakukan oleh Benjamin Pavard ketika mahu mengeluarkan bola Steven Zuber.

Ricardo Rodriguez tampil mengambil sepakan penalti namun Hugo Lloris berjaya menyelamatkan gawang Perancis pada minit ke-55.

Dua minit kemudian Perancis membalas, Kylian Mbappe memecahkan pertahanan Switzerland dengan hantaran lolos membunuh.

Karim Benzema tiada masalah untuk menyamkan kedudukan dan pada minit ke-59 Karim Benzema telah meletakkan Perancis dihadapan.

Kali ini, giliran Antoine Griezmann pula membuat bantuan gol.

Pada minit ke-75, rembatan dari Karim Benzema telah dihadang namun pantas menyambar untuk gol ketiga Perancis.

Secara logik akalnya, Perancis boleh dikatakan sudah layak ke suku akhir namun keindahan bola sepak telah terjadi.

Switzerland mempamerkan aksi kebangkitan dalam 10 minit terakhir.

Haris Seferovic merapatkan kedudukan pada minit ke-81 juga melalui sundulan kali ini dari hantaran silang Kevin Mbabu.

Pada penghujung perlawanan ketika masa perlawanan sebenar 90 minit hampir habis, Granit Xhaka telah membuat satu hantaran lolos yang membunuh.

Mario Gavranovic tengah menyudahkan umpanan Xhaka yang tidak boleh disia-siakan untuk gol penyamaan.

Selepas lima minit masa kecederaan, perlawanan tamat dengan kedudukan seri lalu permainan diheret ke masa tambahan 30 minti.

Tamat 30 minit masa tambahan tiada jaringan dihasilakn oleh Perancis dan Switzerland lalu pemenang ditentukan melalui sepakan penalti.

Switzerland memulakan sepakan pertama melalui Mario Gavranovic di ikuti Fabian Schaer, Manuel Akanji, Ruben Vargas dan Admir Mehmedi yang berjaya menjaringkan penalti.

Sepakan pertama Perancis diambil oleh Paul Pogba meyusul kemudian Olivier Giroud, Marcus Thuram dan Presnel Kimpembe yang tiada masalah meletakkan bola ke gawang.

Kylian Mbappe pengambil sepakan terakhir untuk menentukan nasib Perancis gagal untuk membuat sepakan yang sempurna yang diselamatkan oleh Yann Sommer.

Sejarah tersendiri dicipta oleh Switzerland selepas menyingkirkan pasukan juara dunia Perancis.

Buat pertama kali dalam tempoh 67 tahun (Piala Dunia 1954) Switzerland mara ke suku akhir dalam kejohanan utama.

Ini merupakan kali pertama Perancis gagal mara ke suku akhir kejohanan utama (EURO/ Piala Dunia) sejak 2010.

France: Lloris, Varane, Lenglet, Kimpembe, Pavard, Pogba, Kante, Rabiot, Griezmann, Benzema, Mbappe.

Subs: Lemar, Giroud, Tolisso, Zouma, Mandanda, Sissoko, Coman, Lucas, Ben Yedder, Maignan, Dubois, Thuram.

Switzerland: Sommer, Elvedi, Akanji, Rodriguez, Widmer, Freuler, Xhaka, Zuber, Shaqiri, Seferovic, Embolo.

Subs: Mbabu, Zakaria, Vargas, Mvogo, Sow, Fassnacht, Benito, Mehmedi, Gavranovic, Fernandes, Kobel, Schar.

Referee: Fernando Rapallini (Argentina).

BACA:  EURO 2020: England 2-0 Jerman