Empat Bintang Arsenal Menjadi Pemain Terbaru Melanggar Perintah Lockdown

Empat pemain pasukan Arsenal menjadi bintang premier league terbaru yang melanggar perintah lockdown dari kerajaan.

Beberapa hari lalu telah tersebar rakaman pemain bintang sensasi Arsenal, Nicolas Pepe sedang bermain bola bersama rakannya di London.

Rakaman video itu telah tersebar melalui Whatsapp dan menerima kecaman dari peminat yang geram melihat bintang Arsenal itu tidak rasa bersalah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Selepas Pepe, David Luiz pula dilihat sedang beriadah bersama bekas ketua pasukan Arsenal, Granit Xhaka di sebuah taman di Southgate, London.

Selain dari Xhaka, Luiz dan Pepe, yang dilihat melanggar peraturan lockdown, Alexandre Lacazette juga terlihat sedang bersama seseorang mencuci kereta di luar dari kediamannya.

Arsenal telah mengeluarkan kenyataan kepada The Sun ekoran dari perkara itu dan mereka menyatakan:

“Terima kasih kerana membawa perkara ini kepada pihak kami. Kami akan berbicara dengan para pemain kami.”

“Kami mengambil berat tentang hal ini, kami sudah berbincang dengan Pepe dan beberapa teman serumahnya yang terlibat dalam hal ini.”

“Kami juga sudah memberi peringatan kepada beliau tentang pentingnya mematuhi peraturan lockdown terhadap semua orang.”

Pemain kebangsaan Ivori, Pepe telah terlihat berada di lapangan astroturf di Colingdale’s Graham Park, pada 15 April lalu yang mana tempat itu sudah ditutup ekoran dari laporan masyarakat.

Luiz dan Xhaka pula dilihat bertemu di satu tempat umum pada hari Selasa lalu, sementara Lacazette pula dilihat mencuci kereta pada hari Isnin lalu.

“Mereka sedang menikmati keseronokkan diwaktu ini,mereka tidak peduli apa yang sedang berlaku di dunia sekarang. Adakah mereka ada peraturan yang berbeza dari kami semua?”

Jelas seorang masyarakat tempatan.

“Saya sangat terkejut melihat mereka berada dalam jarak yang begitu rapat, sudah jelas dia hanya mencuci kereta dan itu bukan perkara kecemasan.”

Jelas seorang pejalan kaki yang melihat Lacazette mencuci kereta.

“Kenapa Lacazette tidak boleh melakukan kerja itu sendiri?”

Mereka berempat bukan pemain bola sepak profesional pertama yang dilihat melanggar perintah lockdown dari kerajan.

Pemain muda Chelsea, Mason Mount dilihat keluar bersama bintang West Ham, Declan Rice bulan lalu walaupun beliau sepatutnya mengkuarantinkan diri sendiri ekoran dari rakan sepasukannya Hudson Odoi positive Covid-19.

Jose Mourinho juga sama naik melanggar perintah lockdown dengan menjadi kepala membawa anak-anak buahnya turut berlatih dan tidak menjaga penjarakan sosial.

Selain dari Jack Grealish yang degil keluar pergi melepak rumah kawannya, Kyle Walker adalah pemain paling teruk dikecam kerana melanggar perintah lockdown ini.

Beliau telah terkantoi melakukan pesta liar bersama temannya bersama dua orang gadis yang dipanggil untuk memuaskan mereka.

Semoga tiada lagi pemain atau sesiapa saja yang melanggar perintah lockdown dari kerajaan untuk memutuskan rantaian Covid-19 ini.

BACA:  Premier League 2020/21: Arsenal 0-1 Manchester City