England Umum Senarai Akhir 26 Pemain EURO 2020

England akhirnya mengumumkan senarai akhir 26 pemain yang akan bersaing di kejohanan European Championship (EURO) 2020 selepas menyenaraikan pasukan sementara terlebih dahulu.

Gareth Southgate menangguhkan pengumuman yang sepatutnya dilakukan minggu lalu kerana tiga pasukan kelab dari England beraksi di final Eropah kelas satu dan dua.

Penangguhan ini dibuat kalau ada pemain yang terlibat dalam perlawanan akhir itu mengalami kecederaan serta untuk penilaian akhir dibuat kepada pemain.

Gareth Soutgate menyenaraikan 3 orang penjaga gol, 10 pemain pertahanan, 5 orang pemain tengah dan 8 orang pemain penyerang untuk senarai 26 pemain.

Harry Maguire dan Jordan Henderson turut disenaraikan tidak akan menyebabkan kegemparan dan kejutan namun terdapat juga keraguan. Ini merupakan satu pertaruhan.

Mengenai tahap kecergasan Harry Maguire, Gareth Southate telah berkata:

“Kami tahu situasi semasa Maguire, beliau masih tidak hadir ke kem latihan kerana menjalani kuarantin selepas kembali dari Poland. Maguire perlu lakukan banyak perkara. Jordan Henderson mereka berdua perlu berkerja keras.”

Ini kerana Harry Maguire dan Jordan Henderson dua pemain ini tidak dapat beraksi kerana kecederaan dan masih lagi dalam proses pemulihan.

Mason Greenwood merupakan pemain pertama yang digugurkan secara rasmi dari senarai skuad sementara Gareth Southgate kerana masih lagi dalam proses pemulihan dari kecederaan.

Pengguguran ini terjadi selepas Manchester United mengumumkan penarikan Mason Greenwood dari aksi EURO 2020 dan juga European Championship U21.

Nama Jesse Lingard dan Trent Alexander Arnold telah disebut-sebut sebagai antara 7 pemain yang akan ditinggalkan oleh Gareth Soutgate.

The Daily Mail pula mendakwa Trent Alexander-Arnold, James Ward-Prowse, Ben White, Aaron Ramsdale dan Ben Godfrey antara lima pemain yang bakal digugurkan.

Selepas senarai rasmi diumumkan oleh Gareth Southgate maka inilah tujuh pemain yang sah disingkirkan:

1. Mason Greenwood (Manchester United)
2. Aaron Ramsdale (Sheffield United) – Penjaga gol
3. Ben Godfrey (Everton) – Pertahanan
4. Ben White (Brighton & Hove Albion) – Pertahanan
5. Jesse Lingard (West Ham United pinjaman dari Manchester United) – Tengah
6. James Ward-Prowse (Southampton) – Tengah
7. Ollie Watkins (Aston Villa) – Penyerang

Peman penyerang Aston Villa, Ollie Watkins digugurkan dan Trent Alexander-Arnold yang ura-ura awal dikatakan bakal dikapakkan tidak menjadi kenyataan.

Mungkin Gareth Southgate menyenaraikan Trent Alexander-Arnold kerana tidak mahu menimbulkan kegemparan penduduk Liverpool.

Trent Alexander-Arnold ketika ditanya mengenai pemilihan beliau berkata:

“Sentiasa percaya pada diri sendiri. Senyapkan mereka yang ragu-ragu.”

Southgate juga mengesahkan enam pemain yang telah digugurkan akan dibawa untuk dua perlawanan pemanas badan yang akan datang. Kesian, hantar balik terus la.

Penjaga Gol (3 Pemain):

1. Dean Henderson (Manchester United)
2. Sam Johnstone (West Bromwich Albion)
3. Jordan Pickford (Everton)

Pemain Pertahanan (10 Pemain):

4. Trent Alexander-Arnold (Liverpool)
5. Ben Chilwell (Chelsea)
6. Conor Coady (Wolverhampton Wanderers)
7. Reece James (Chelsea)
8. Harry Maguire (Manchester United)
9. Tyrone Mings (Aston Villa)
10 Luke Shaw (Manchester United)
11. John Stones (Manchester City)
12. Kieran Trippier (Atletico Madrid)
13. Kyle Walker (Manchester City)

Pemain Tengah (5 Pemain):

14. Jude Bellingham (Borussia Dortmund)
15. Jordan Henderson (Liverpool)
16. Mason Mount (Chelsea)
17. Kalvin Phillips (Leeds United)
18. Declan Rice (West Ham United)

Pemain Penyerang (8 Pemain):

19. Dominic Calvert-Lewin (Everton)
20. Phil Foden (Manchester City)
21. Jack Grealish (Aston Villa)
22. Harry Kane (Tottenham Hotspur)
23. Marcus Rashford (Manchester United)
24. Bukayo Saka (Arsenal)
25. Jadon Sancho (Borussia Dortmund)
26. Raheem Sterling (Manchester City)

Di EURO 2020, England telah diundi berada dalam D bersama Croatia, Czech Republic dan Scotland. Perlawanan pertama England adalah bertemu Croatia di Stadium Wembley pada 13 jun.

BACA:  Kapten Liverpool dan Manchester United Yakin England Akan Menjulang Piala Kejohanan Eropah 2020