Erling Haaland Hasilkan Gol EPL Ke-30 Dengan Libasan Pro Max

Erling Haaland meneruskan prestasi tidak masuk akalnya apabila menjaringkan gol ke-30 dalam saingan Liga Perdana Inggeris ataupun EPL musim ini dengan cara yang sangat genius dan magis.

Pemain antarabangsa Norway itu telah melakukan gol lipat ketika mencetak gol Liga Perdana Inggeris ke-30 beliau musim ini.

Haaland sebelum ini tidak dapat diturunkan dalam aksi menentang Liverpool kerana masalah kecederaan.

Dia tidak melepaskan peluangnya pada kali ini untuk meneruskan kecemerlangannya di hadapan gol ketika dia diumumkan kembali ke dalam kesebelasan utama.

Haaland seolah olah tidak mampu dibendung lagi pada musim ini. Walaupun awalnya ramai yang meragui kemampuan sebenar penyerang itu apabila beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Kerana menurut sesetengah macai EPL, Haaland sebelum ini cuma gah di liga pertanian Jerman dan Austria serta Norway.

Nampaknya kini pemain yang berwajah ganas itu sudah menjadikan Liga Perdana Inggeris ataupun EPL tempat dia bercucuk tanam untuk gol.

Haaland yang baru menyertai City musim ini sudah memecahkan banyak rekod di aksi Liga Perdana Inggeris. Dan pastinya dia sedang dalam langkah terbaik untuk memenangi Kasut Emas Liga Perdana Inggeris musim ini, Anugerah yang diberikan untuk menghargai penjaring terbanyak di EPL – Liga Perdana Inggeris – dalam semusim.

Pada masa ini, tiada tanda tanda akan ada pemain lain yang akan mampu memintas Erling Braut Haaland bagi mendapatkan anugerah berprestij itu.

Erling Haaland menjaringkan gol pembukaan ketika aksi Manchester City menentang Southampton dengan menyambar hantaran cantik daripada pakr pencipta peluang gol, Kevin De Bruyne.

Pemain yang menunjukkan aksi cemerlang ketika menentang Liverpool, Jack Grealish sekali lagi berada dalam senarai penjaring.

Pemain antarabangsa England itu menggandakan pendahuluan buat juara bertahan selepas aksi separuh masa kedua bersambung.

Namun momen terbaik perlawanan ini dicuri oleh Erling Haaland.

Pemain muda Norway itu telah menyambut hantaran Grealish dengan melompat dan melibas bola itu.

Ianya gol ke-30 dijaringkan oleh penyerang Manchester City itu, Erling Haaland dalam Liga Perdana Inggeris musim ini. Lebih tak masuk akal apabila 30 gol Liga Perdana Inggeris itu dilakukan hanya dalam 27 perlawanan.

Penyokong benar benar takjub melihat aksi bekas penyerang Borussia Dortmund itu.

Kini secara keseluruhan Haaland sudah menyumbang kepada 50 gol (gol dan assist). Angka yang sangat luar biasa untuk seorang penyerang muda di liga tertingi dan beraksi di UCL.

Seikou Mara menjaringkan gol saguhati Southampton pada minit ke-72.

Tetapi 3 minit kemudian, Julian Alvarez menjadikan kedudukan 4-1 buat Man City menerusi sepakan penalti.

Manchester City terus cuba mengejar Arsenal dalam usaha kelab itu mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Arsenal akan turun berdepan dengan Liverpool pada aksi Ahad. Dan anak anak buah Mikel Arteta mahu melebarkan kembali jarak mata kepada 8 mata sekali lagi daripada Manchester City.

Persaingan antara Manchester City dan Arsenal pasti sedang dalam suhu sangat panas ketika ini.

Arsenal mahu menamatkan kemarau penantian EPL pertama mereka sejak 2003.

Sementara itu kedua dua pasukan masih perlu bertemu dengan satu sama lain selepas ini.

Pep Guardiola menyatakan bahawa, hanya ada 1 cara untuk mereka jika mahu mengejar Arsenal iaitu terus menang kesemua perlawanan yang mereka masih ada di Liga Perdana Inggeris.

Jika mereka kalah, mereka akan melepaskan mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris kepada Arsenal yang kini berada dalam prestasi luar biasa.

BACA:  Aksi Tangkas Lisandro Martinez Mengayamkan Erling Haaland dan Darwin Nunez Musim Lalu