EURO 2020: Belgium 1-0 Portugal

Pertembungan dua pasukan besar dan sama hebat sama padu, Belgium bertemu Portugal menjadi hidangan utama peminat bola sepak pada hari ini.

Itali sudah menunggu pemenang perlawanan ini di suku akhir selepas berhempas pulas dan bersilat untuk menewaskan AUstria selepas 120 minit permainan.

Perlawanan separuh masa pertama berlangsung seimbang dari segi penguasaan bola namun Portugal lebih dominan dalam melakukan percubaan.

Jutaan percubaan pun apa gunanya jika tidak menghasilkan gol, Belgium hanya melakukan satu sahaja percubaan tepat dalam perlawanan ini.

Percubaan tepat itu hadir melalui Thorgan Hazard pada minit ke-41 melalui satu rembatan sejauh 25 ela berjaya menewaskan Rui Patricio.

Rembatan Thorgan Hazard telah berpusing secara melilau yang pada mulanya seperti mahu pergi ke sebelah kanan namun bola berpusing ke kanan gawang.

Thorgan Hazard juga mengakui bahawa ketika melakukan rembatan beliau mahu meletakkan bola ke kiri gawang namun bola berubah arah.

Kehilangan Kevin De Bruyne tiga minit selepas separuh masa kedua nyata memberi impak kepada kreativiti Belgium yang tampak mati kutu.

Portugal pula bertali arus melancarkan serangan demi satu gol penyamaan terutamanya untuk baki 10 minit terakhir yang tidak kunjung tiba.

Percubaan terbaik Portugal datang daripada tandukan tajam Andre Silva yang masuk menggantikan Diogo Jota namun bola pula tepat kepada Thibaut Courtois yang terus menumbuk keluar.

Raphael Guerreiro pula telah melakukan satu half volley dengan satu rembatan leret yang melencong dan sudah berjaya menewaskan Thibaut Courtois.

Bola pula tidak mahu masuk ke jaring apabila telah memilih untuk menghentam tiang. Badi ke hape?

Portugal melakukan 23 percubaan dalam perlawanan ini dengan empat percubaan tepat dan 15 daripanya dilakukan pada separuh masa kedua dengan 65 peratus penguasaan bola namun tiada jaringan dihasilkan.

Sepanjang perlawanan, Belgium hanya melakukan 6 sahaja percubaan dengan hanya satu percubaan tepat dan itu sudah cukup membawa Belgium ke suku akhir.

Maka berakhirnya kempen Portugal di EURO 2020 dan peluang Cristiano Ronaldo untuk terus melebarkan rekod serta memecahkan rekod Ali Daei tertangguh.

Belgium Starting XI(3-4-2-1) Courtois; Alderweireld, Vermaelen, Vertonghen; Meunier, Tielemans, Witsel, T Hazard; De Bruyne, E Hazard; Lukaku.

Substitutes: Mignolet, Sels, Boyata, Carrasco, Mertens, Denayer, Dendoncker, Benteke, Batshuayi, Trossard, Doku, Praet.

Portugal Starting XI(4-1-4-1) Rui Patricio; Dalot, Pepe, Ruben Dias, Guerreiro; Joao Palhinha; Bernardo Silva, Joao Moutinho, Renato Sanches, Diogo Jota; Ronaldo.

Substitutes: Lopes, Rui Silva, Nelson Semedo, Fonte, Andre Silva, Bruno Fernandes, Danilo, Ruben Neves, Pedro Goncalves, Joao Felix, Sergio Oliveira, Nuno Mendes.

Referee Felix Brych (Germany).

BACA:  EURO 2020: England 1-0 Croatia