EURO 2020: Wales 1-1 Switzerland

EURO 2020 telah membuka tirai dan kepadatan dan kemeriahan kejohanan ini diteruskan dengan tiga perlawanan berturut-turut dimulakan dengan pertemuan antara Wales dan Switzerland.

Wales tidak bersama pengurus, Ryan Giggs, dalam misi mereka untuk mengulangi keajaiban dalam Euro tahun ini, selepas pengurus yang juga lagenda Manchester United tersebut kini sedang berhadapan pertuduhan memukul dua orang wanita.

Dalam edisi Euro 2016, Wales beraksi cemerlang di bawah kendalian Chris Coleman di mana mereka berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir sebelum ditunjukkan jalan keluar oleh pasukan yang muncul juara, Portugal.

Pembantu Giggs, Robert Page telah dinaikkan pangkat memikul kekosongan tugas yang ditinggalkan Giggs untuk memacu kecemerlangan Wales.

Perlawanan ini berlangsung Stadium Olimpiya Baku yang terletak di Azerbaijan yang turut menjadi tuan rumah bersama.

Xherdan Shaqiri menendang bola kepada rakan menandakan bermulanya perlawanan kedua Euro 2020 bagi kumpulan A selepas Itali menang bergaya dalam perlawanan pembukaan.

Daniel James yang tidak menyikat rambut terlebih dahulu membuat percubaan namun selesa diselamatkan penjaga gol Switzerland, Yann Sommer.

Yann Sommer terus cemerlang apabila menyelamatkan tandukan Kieffer Moore dengan satu tepisan keluar dari ke bahagian atas.

Switzerland tidak hanya menunggu diserang dan melancarkan beberapa serangan walaupun tidak menyengat walaupun mendominasi perlawanan.

Pada minit ke-30 Fabian Schaer telah menjatuhkan Daniel James, sepakan percuma diberikan, cantik sepakan dilakukan Gareth Bale namun tiada siapa menyambar.

Percubaan jahat Manuel Akanji dari sepakan penjuru sipi menerjah sisi jaring.

Haris Seferovic telah melepaskan peluang meletakkan Switzerland dihadapan apabila percubaannya tersasar dan separuh masa pertama tamat dengan kedudukan seri tanpa jaringan.

Empat minit bersambung 45 minit terakhir, Breel Embolo membuka tirai jaringan yang berpunca daripada sepakan penjuru Xherdan Shaqiri.

Breel Embolo mudah dengan tajam menanduk masuk untuk meletakkan Switzerland di depan selepas percubaan awal diselamatkan Danny Ward.

Perlawanan berlangsung agak bosan dan hambar Switzerland berharap kepada Haris Seferovic dan Breel Embolo manakal Wales pula menumpukan serangan mereka kepada Kieffer Moore.

Kedua-dua pasukan mempunyai pemain kreatif seperti Bale dan Shaqiri yang mampu memberi sesuatu yang lebih kreatif.

Kieffer Moore akhirnya berjaya juga menewaskan Yann Sommer melalui satu tandukan cantik yang berpunca daripada sepakan penjuru pendek.

Selepas 50 minit gol Kieffer Moore itu menjadi percubaan tepat kedua daripada Wales.

Switzerland menjaringkan satu gol yang cantik dengan gerakan bermula dari hantaran Granit Xhaka kepada Fabian Schaer yang melambung bola ke kotak Wales.

Breel Embolo menanduk kepada Mario Gavranovic yang terus melakukan satu voli aras rendah.

Tapi sayang gol itu telah dibatalkan oleh pengadil dengan campur tangan video assistant referee (VAR) kerana Mario Gavranovic terlebih dulu berada dalam kedudukan offside.

Mario Gavranovic datang lagi namun percubaan berjaya ditepis sedikit Danny Ward dan sekali lagi Mario Gavranovic offside.

Keputusan seri Switzerland dan Wales ini memberikan Itali kedudukan selesa untuk terus memacu kumpulan A sebagai juara kumpulan selepas berjaya menewaskan Turki.

Wales Starting XI: Danny Ward, Connor Roberts, Mepham, Rodon, Ben Davies, Allen, Morrell, Aaron Ramsey, Gareth Bale, Kieffer Moore, Daniel James.

Subs: Hennessey, Gunter, Neco Williams, Lockyer, Wilson, Tyler Roberts, Ampadu, Norrington-Davies, Jonathan Williams, Brooks, Adam Davies, Levitt.

Switzerland Starting XI: Yann Sommer, Elvedi, Schar, Akanji, Mbabu, Granit Xhaka, Freuler, Rodriguez, Xherdan Shaqiri, Embolo, Seferovic.

Subs: Widmer, Zakaria, Vargas, Mvogo, Zuber, Sow, Fassnacht, Benito, Mehmedi, Gavranovic, Omlin, Comert.

Referee: Clement Turpin (France).

BACA:  Giggs: Gareth Bale Ada 'DNA' Manchester United