Europa League 2020/21: Slavia Prague 0-4 Arsenal (Agg. 1-5)

Pasukan London lemah dan lembik, Arsenal yang seri pada perlawanan suku akhir pertama nyata tidak menoleh lagi dan tidak memberi peluang selepas terkena gol penyamaan minit akhir.

Tiada jalan lagi buat Arsenal untuk menikmati aksi Eropah musim hadapan kecuali menjadi juara Europa League yang menyediakan slot terus ke Champions League.

Kegagalan Alexandre Lacazette menyempurnakan peluang terbuka menjadi perbualan lantaran mahu melakukan sesuatu yang fancy lagi bersahaja.

Arsenal kembali kepada ramalan di atas kertas untuk perlawanan kedua, di mana mereka lebih kuat dan layak untuk ke pusingan seterusnya berbanding Slavia Prague.

Sangat serius Arsenal dalam perlawanan ini apabila menjaringkan empat gol selepas 24 minit permainan dan 4 gol itu terhasil dalam tempoh 10 minit.

Namun gol pertama daripada Emile Smith-Rowe telah dibatalkan oleh Video Assistant Referee (VAR) kerana perlakuan offside telah dikesan ketika gol dijaringkan.

Arsenal tetap garang dan tolak satu gol maka Arsenal telah menjaringkan tiga gol dalam tempoh enam minit sahaja. Makin garang.

Pada minit ke-18, Emile Smith-Rowe telah berjaya menghantara bola yang berjaya ditemui Nicolas Pepe untuk gol pertama.

VAR sekali lagi cuba menghalang namun hasil penelitian tiada kecurangan dan gol itu disahkan oleh pengadil.

Minit ke-20, pemain Slavia Prague, Jakub Hromada telah mengasari Bukayo Saka yang berwajah bayi lalu sepakan penalti diberikan oleh pengadil.

Tiada masalah untuk Alexandre Lacazette menjaringkan gol kedua dengan penuh yakin.

Bukayo Saka menjaringkan gol ketiga pada minit ke-24 yang bapak padu bak hang selepas menyempurnakan hantaran Calum Chambers.

Separuh masa pertama tamat dan boleh dikatakan Arsenal sudah mara ke separuh akhir mengikut lojik akal dengan agregat 4-1 dan Slavia Prague gagal melakukan sebarang percubaan tepat.

Pada minit ke-77, Alexandre Lacazette melepaskan geram dengan gol keempat dan terus membunuh perlawanan yang sudah mati pada minit ke-24 lagi.

Diseparuh akhir, Arsenal bakal bertemu Villareal. Pertembungan Mikel Arteta dan pemilik sebenar UEL Unai Emery League.

Slavia: Kolar; Bah, Holes, Zima, Boril; Hromada; Sevcik, Stanciu, Provod, Olayinka; Kuchta

Subs: Dorley, Kovar, Lingr, Masopust, Sima, Stejskal, Tecl, Traoré, Visinsky

Arsenal: Leno; Chambers, Holding, Mari, Xhaka; Thonas, Ceballos; Pepe, Smith Rowe, Saka; Lacazette

Subs: Azeez, Balogun, Bellergin, Elneny, Gabriel, Hilson, Martinelli, Nelson, Nketiah, Ryan, Soares

Referee: C Cakir (Turkey)

Separuh akhir pertama: Arsenal 1-1 Slavia Prague

Arsenal menentang Slavia Prague di peringkat suku akhir Europa League dan drama perlawanan ini memuncak ketika permainan hampir tamat dengan gol penyamaan hadir.

Seperti perlawanan Manchester United menentang Granada, perlawanan ini tidaklah menarik sangat dan biasa-biasa tanpa jaringan gol.

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan terikat tanpa jaringan dan kedua-dua pasukan hanya berjaya melakukan satu sahaja percubaan tepat.

Alexandre Lacazette yang genius telah mensia-siakan peluang keemasan ketika berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol Slavia Prague, Ondrej Kolar.

Pada minit ke-62, pemain Perancis itu bijak merompak bola dari lawan dan segalanya tampak sempurna kecuali penyudah Lacazette yang lebih mesra palang gol.

Lacazette yang mempunyai masa dan ruang yang mencukupi sendiri tidak percaya dengan kegagalan beliau dan apatah lagi mereka yang melihat.

Nicolas Pepe dan Pierre Emerick Aubameyang masuk pada minit ke-78 menggantikan Bukayo Saka dan Alexandre Lacazette yang agak tumpul mencari gol pembukaan.

Kurang 10 minit dipadang, Pierre Emerick Aubameyang telah menyuap Nicolas Pepe untuk menyudahkan peluang dengan gol yang dicari-cari selama ini.

Dengan empat minit permainan berbaki kemenangan hampir pasti menjadi milik Arsenal dan mempunyai sedikit bekalan semangat untuk suku akhir kedua.

Nicolas Pepe merupakan penyerang Arsenal paling cemerlang di Eropah apabila setakat ini telah menjaringkan 4 gol di Europa League, paling banyak berbanding pemain Arsenal yang lain.

Namun Tomas Holes telah menyundul untuk menjaringkan gol penyamaan yang sangat dramatik pada minit ke-90+4 ketika perlawanan betul-betul hampir tamat.

Gol ini merupakan gol tempat lawan yang boleh bertukar menjadi azimat berbisa untuk perlawanan timbal balik.

Arsenal: Bernd Leno; Cedric Soares, Rob Holding, Gabriel, Hector Bellerin; Emile Smith Rowe, Granit Xhaka, Thomas Partey; Willian, Alexandre Lacazette, Bukayo Saka

Subs: Matthew Ryan, Pierre Emerick Aubameyang, Miguel Azeez, Daniel Ceballos, Mohamed Elneny, Karl Hein, Joel Lopez, Pablo Mari, Gabriel Martinelli, Reiss Nelson, Edward Nketiah, Nicolas Pépé

Slavia: Ondrej Kolar; Alexander Bah, Tomas Holes, David Zima, Jan Boril; Jakub Hromada; Oscar Dorley, Nicolae Stanciu, Lukas Provod, Peter Olayinka; Abdallah Sima

Subs: Premysl Kovar, Jan Kuchta, Ondrej Lingr, LukasMasopust, Petr Sevcik, Jan Stejskal, Stanislav Tecl, Ibrahim Traoré, Denis Visinsky

Referee: A Ekberg (Swe)

BACA:  Arsenal Terus Unggul Dengan Kelebihan 5 Mata Untuk Gelaran Juara