Europa League Quarter Final 2019/20: Inter 2-1 Bayer Leverkusen

Selepas tersingkir daripada Champions League, kempen Eropah Inter Milan belum tamat apabila meneruskan saingan di Europa League dan cemerlang apabila mara ke separuh akhir.

Inter Milan tidak berdepan masalah untuk menewaskan wakil Bundesliga, Bayern leverkusen dengan dua jaringan berbalas satu.

Ekoran wabak melanda dan kejohanan ini telah tertangguh lebih daripada jadual asal maka perlawanan diadakan tanpa timbal balik.

Nicolo Barella telah membuat tirai jaringan perlawanan buat Inter Milan pada minit ke-15 melalui satu lencongan dihadapan.

Semuanya berpunca daripada backheel Lautaro Martinez mencari Ashley Young yang meneruskan larian dan menghantar bola kepada Lukaku.

Menggunakan fizikal yang sedap lagi sado Lukaku melepaskan rembatan namun tertampan kaki pemain Bayer Leverkusen.

Sudah rezeki bola singgah di kaki Nicolo Barella yang terus melencongkan bola ke dalam gawang.

Belum hilang sempat hilang senyuma dan kegembiraan gol daripada Nicolo Barella, Romelu Lukaku terus menggandakan kedudukan enam minit kemudian.

Gol penuh bersejarah Lukaku ini berpunca daripada bantuan gol Ashley Young yang meniru gerakan gol pertama.

Young dari sebelah kiri padang menghantar bola kepada Lukaku dan sekali lagi Lukaku menggunakan kelebihan fizikal untuk memegang bola.

Dengan cantknya Lukaku berjaya mempertahankan bola dan berjaya melelehkan bola ke gawang ketika hampir terjatuh.

Romelu Lukaku meneruskan kecemerlangan rentak jaringan di Europa League dan telah menjaringkan gol dalam 9 penampilan berturut-turut di Europa League.

Dengan kehebatan ini, Lukaku telah menjadi pemain paling banyak menjaringkan gol secara beruturutan dalam sejarah UEFA Cup/Europa League.

Pemain muda sensasi dalam dunia bola sepak hari ini, Kai Havertz telah merapatkan kembali jurang gol pada minit ke-25 dengan jaringan penuh bersahaja.

Musim penuh cemerlang buat Kai Hazertz bersama Bayern Leverkusen. 45 perlawanan, 18 gol dan 9 assist. Padu cok!

Selepas 25 minit tiga gol telah terhasil dan kedudukan ini kekal hingga tamat perlawanan lalu membawa Inter Milan ke separuh akhir.

Inter Milan melangkah ke separuh akhir Eropah pertama sejak musim 2009/10 di mana pada musim itu Inter mara ke separuh akhir Champions League.

Untuk rekod ini merupakan kali ke-8 Inter Milan mara ke separuh akhir UEFA Cup/Europa League, paling banyak berbanding mana-mana pasukan.

Inter Milan XI: Handanovic, Godin, de Vrij, Bastoni, D’Ambrosio, Barella, Brozovic, Gagliardini, Young, Lukaku, Martinez.

Subs: Sanchez, Moses, Sensi, Ranocchia, Valero, Eriksen, Padelli, Esposito, Agoume, Biraghi, Skriniar, Candreva.

Bayer Leverkusen XI: Hradecky, Lars Bender, Sven Bender, Tapsoba, Sinkgraven, Baumgartlinger, Palacios, Havertz, Demirbay, Diaby, Volland

Subs: Tah, Dragovic, Bailey, Amiri, Alario, Wendell, Weiser, Wirtz, Ozcan, Lomb, Bellarabi

BACA:  Keputusan Undian Europa League 2022/23 Knockout Round Play-Off