Evra Beri Amaran Keras Kepada Para Pemain Man Utd Selepas Solskjaer Dipecat

Patrice Evra telah memberikan ucapan hormat kepada bekas rakan sepasukannya, Ole Gunnar Solskjaer yang secara rasminya meninggalkan Manchester United petang semalam.

Pengurus dari Norway yang juga merupakan salah seorang legenda kelab itu telah dipecat oleh Manchester United selepas beliau gagal memimpin kelab dengan baik.

Selepas aksi kekalahan memalukan 4-1 di tangan Watford kemarin, pimpinan kelab segera mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan tentang masa depan Solskjaer.

Selepas lima jam mesyuarat, pihak kelab akhirnya memutuskan untuk memecat Ole Gunnar Solskjaer dan melantik Darren Fletcher serta Michael Carrick sebagai pengurus sementara.

Pengurus berusia 48 tahun itu telah dilantik sebagai pengurus sementara Manchester United pada tahun 2018 yang lalu, selepas kelab memecat Jose Mourinho.

United melihat Ole Gunnar Solskjaer berjaya mengubah skuad dari pasukan tidak berprestasi menjadi sebagai salah sebuah pasukan digeruni dalam saingan Premier League.

Solskjaer juga berjaya membantu United pada ketika itu untuk menewaskan Paris Saint Germain dalam aksi saingan Champions League.

Solskjaer kemudiannya ditawarkan menjadi pengurus tetap pada Mac 2019, dengan beliau kemudiannya cemerlang memimpin setan merah untuk mengakhiri saingan Premier League di kedudukan kedua pada musim lalu.

Walau bagaimanapun, pengurus dari Norway itu gagal untuk membantu United memenangi Piala kejuaraan, dengan pencapaian terbaiknya adalah membawa setan merah ke aksi perlawanan akhir Europa League musim lalu.

Selepas mengharungi saingan musim ini dengan sangat teruk, khidmat Ole Gunnar Solskjaer sepertinya sudah tidak diperlukan lagi dan pihak kelab akhirnya memutuskan untuk memecat beliau.

Bekas rakan sepasukan Solskjaer, Evra telah memuat naik status di laman instagram miliknya untuk memberi penghormatan kepada bekas pengurus United itu dengan menyatakan:

“Terima kasih sahabatku kerana beri kami keyakinan semula kepada Manchester United.”

Tulis Evra kepada 8.7 juta pengikut beliau di laman Instagram miliknya.

Legenda Manchester United itu turut memberi amaran kepada para pemain setan merah sekarang dengan menyatakan:

“Malangnya bila kau dapat tak dapat keputusan yang bagus, orang lupakan segala kebaikan kau buat untuk kelab kepada semua pemain aku akan dapat kan korang sekarang.”

Evra sememangnya memiliki rasa kasih, sayang dan cinta yang begitu mendalam terhadap kelab, dengan beliau baru-baru ini sanggup memakan rumput di padang Old Trafford untuk melepaskan rindunya pada setan merah.

Evra makan rumput kerana rindu kepada Old Trafford

Patrice Evra telah memakan rumput di Old Trafford sebagai tanda rindu, kasih dan sayangnya beliau kepada kelab tercintanya itu.

Bekas pemain kebangsaan Perancis itu melakukan aksi menarik dan sungguh menghiburkan dengan beliau mempromosikan kesedapan rasa rumput di padang Old Trafford.

Beliau tidak membuat ‘paid review’ tetapi dengan ikhlas telah mempromosikan rumput di padang Old Trafford dengan menganggap rasanya sesedap bawang putih.

Secara peribadi, Evra merasakan Old Trafford seperti rumah keduanya yang mana di stadium keramat itulah beliau berjaya mencipta nama untuk menjadi antara pemain terhebat dunia satu ketika dahulu.

Evra menandatangani perjanjian bersama Manchester United pada jendela perpindahan Januari pada tahun 2006 dari Roma.

Beliau berjaya mencipta pelbagai kejayaan bersama setan merah dan turut mencipta nama menjadi antara pemain terhebat dunia pada ketika itu.

Evra juga berjaya membantu setan merah memenangi lima gelaran Premier League dan juga satu gelaran Champions yang dimenangi pada tahun 2008.

Setahun selepas Sir Alex Ferguson memutuskan untuk bersara dari dunia bola sepak, Patrice Evra turut sama memilih untuk meninggalkan Old Trafford.

Evra sememangnya sering memuat naik video lucu di laman instagram miliknya, dengan ramai peminat tidak kira dari pasukan mana sekali pun akan tetap terhibur melihat telatahnya.

Terbaru, beliau telah memuat naik satu video khas untuk mempromosikan stadium serta rumput di padang Old Trafford sebelum aksi sepak mula Manchester derby.

“Hai semua, inilah apa yang saya katakan! Home sweet home. Stadium yang sungguh luar biasa. Ini rumah saya.”

Jelas Evra ketika merakam aksinya dalam stadium yang ketika itu masih kosong.

“Dan kamu semua mungkin tidak akan pernah percaya pada saya ketika saya kata yang saya pernah makan rumput. Ini buktinya.”

Jelas Evra sambil mencabut rumput di padang Old Trafford lalu terus memasukkan ke dalam mulutnya.

Beliau benar-benar menikmati kesedapan rumput tersebut dan langsung tidak menunjukkan tanda-tanda aneh dan ia menunjukkan yang rumput itu benar-benar sedap.

Bukan hanya helaian rumput, sekali dengan akar beliau rentap lalu memakannya dengan penuh kenikmatan.

“Ada rasa bawang putih di sini. Tapi tak kesah.”

“Sebelum ini rasanya sedikit lebih sedap. Saya bukan vegetarian tapi tak kesah, kerana saya cintakan permainan ini!”

Jelas Evra sambil ketawa besar.

“Ayuh United!”

Jerit Evra mengakhiri video pendeknya itu.

Evra mungkin sedikit kecewa kerana Man Utd tewas dalam perlawanan tersebut, dengan beliau kemudiannya mengajar para peminat cara untuk berdepan dengan penyokong Man City.

Evra seru penyokong Manchester United supaya tunjukkan buku sejarah kepada penyokong City

Patrice Evra meminta peminat Man United jangan gelabah, walaupun sekarang mereka di belakang Man City dari segi kejayaan dan prestasi dalam beberapa musim ini.

Kali terakhir Man United menang Liga Perdana Inggeris adalah pada musim terakhir Alex Ferguson menjadi pengurus. Begitu juga dengan Liga Juara Juara Eropah.

Evra meminta peminat United berpegang kepada kata kata keramat, sila buka buku sejarah, dan tengok kelab mana paling banyak Piala.

Evra bermain di Old Traffrod selama 8 musim dan menuai banyak kejayaan bersama Red Devils.

Sejak Pep Guardiola tiba di Man City, skuad biru itu tak pernah gagal menamatkan saingan liga di atas Man United.

Namun Evra tetap menganggap Man United sebagai pasukan lebih hebat dan nombor 1 di bandar Manchester.

“Tiada peluang langsung [City no.1 di bandar Manchester]. Aku ada lima kejuaraan Liga Inggeris, jumlahnya sama dengan yang dimiliki City dalam sejarah kelab mereka. Itu baru piala saya seorang tu.”

“Liga Juara Juara Eropah kamu [Man City] di mana?”

“Ya, masa ni mereka lagi bagus daripada United. Tapi itu tak penting. Kerana sejarah tak akan pernah mati. Jika mereka mulai memenangi UCL barulah sejarah itu mulai berubah.”

“Itupun mereka kena sampai ke tahap Chelsea dulu (2 UCL). Tapi mereka masih jauh daripada nak sampai situ.”

“Hanya bebudak yang lahir selepas Playstation 5 (2020) yang akan kata, City kelab terbesar di dunia. Yang lain? Tak akan la.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Solskjaer Hentam Rio Ferdinand Atas Komennya Berkait Cristiano Ronaldo