Dengan penularan wabak yang melanda pasukan utama, Aston Villa terpaksa menurunkan skuad yang dibarisi oleh pemain muda dari pasukan simpanan untuk menghadapi Liverpool bagi saingan FA Cup pusingan ketiga.
Situasi sama juga pernah dihadapi Liverpool musim lalu yang juga bertemu Aston Villa tetapi di saingan Carabao Cup kerana pertembungan jadual di mana skuad utama beraksi di Piala Dunia kelab.
Dalam perlawanan itu menyaksikan Liverpool mudah diratah Aston Villa dengan jaringan lima gol tanpa balas.
5 – Five of Aston Villa's starting XI (Sylla, Hayden, Barry, Bogarde, Chrisene) weren't even born when James Milner made his debut in the FA Cup in January 2003 for Leeds United vs Scunthorpe. Opportunities. pic.twitter.com/7SAw1vH084
— OptaJoe (@OptaJoe) January 8, 2021
Kali ini Aston Villa terpaksa membariskan tujuh pemain dari skuad bawah 23 tahun dan empat pemain daripada skuad bawah 18 tahun menentang Liverpool yang turun dengan pasukan yang agak kuat.
Perlawanan tampak mudah buat Liverpool, seawak minit keempat Sadio Mane telah meletakkan Liverpool dihadapan dan gol itu seakan satu petanda pesta gol akan terjadi.
Namun pesta gol tidak terjadi walaupun, Liverpool telah melakukan 14 percubaan dan 7 daripadanya adalah percubaan tepat namun hanya satu gol terhasil di babak pertama.
8 – Aston Villa's 19-year-old goalkeeper Akos Onodi made eight saves tonight, the most by a goalkeeper for a Premier League team in an FA Cup match since March 2018 (Kristoffer Nordfeldt, Swansea vs Spurs, 8). Stoic. pic.twitter.com/R5fCAazEad
— OptaJoe (@OptaJoe) January 8, 2021
Penjaga gol Aston Villa, Akos Onodi telah menyelamatkan lima percubaan Liverpool dan berada pada prestasi terbaik.
Minit ke-41 Louie Barry pemain berusia 17 tahun telah menjaringkan gol penyamaan dan mencipta sejarah indah dalam kariernya yang pasti akan menjadi kisah klasik di masa hadapan.
17y 201d – Louie Barry, aged 17 years and 201 days, is the youngest player to score an FA Cup goal for a Premier League team since Rony Lopes (17y 8d) in January 2013 for Manchester City vs Watford. Gifted. pic.twitter.com/Y020bcJtdv
— OptaJoe (@OptaJoe) January 8, 2021
Tempoh 45 minit pertama menyaksikan pemain muda Villa beraksi sangat cemerlang dan mendapat pujian dunia tapi jelas kelihatan mereka keletihan.
Babak kedua bersambung, Mohamed Salah terus meletakkan Liverpool kembali dihadapan namun sentuhan penyudah Salah itu dibatalkan kerana offside.
4m 20s – There were just four minutes and 20 seconds between Liverpool's second and fourth goals against Aston Villa. Clinical.
— OptaJoe (@OptaJoe) January 8, 2021
Pada minit ke-60 Georginio Wijnaldum secara sah menjaringkan gol kedua Liverpool dengan menyudahkan umpanan Takumi Minamino.
Selepas jaringan itu dua pertukaran serentak dilakukan, Minamino dan Jordan Henderson dikeluarkan lalu Xherdan Shaqiri dan Roberto Firmino dibawa masuk.
Shaqiri segera memberi impak dengan dua assist dalam tempoh dua seminit selepas kurang dua minit di padang.
2 – Xherdan Shaqiri is the first Liverpool player to assist two goals as a substitute since James Milner vs Spartak Moscow in December 2017 (3) and Shaqiri assisted those two goals within 208 seconds of coming off the bench. Impact. pic.twitter.com/tJyJivStfL
— OptaJoe (@OptaJoe) January 8, 2021
Assist dari Shaqiri membolehkan Sadio Mane menjaringkan gol ketiga pada minit ke-63 dan gol keempat dari Mohamed Salah pada minit ke-65.
Kedudukan 4-1 yang berpihak kepada Liverpool ini kekal hingga tamat perlawanan.
Separuh masa kedua menyaksikan Villa gagal membuat sebarang percubaan dan hanya menguasai bola sebanyak 16 peratus sahaja.
Secara keseluruhannya Liverpool menguasai 86 peratus perlawanan dengan 29 pecubaan dan 13 daripadanya adalah percubaan tepat dan hanya 4 gol terhasil.
29 – Liverpool had 29 shots against Aston Villa, their most in an away game since attempting 30 away at Bolton Wanderers in a Premier League match in August 2009. Peppered. pic.twitter.com/yJ0rQUEsXP
— OptaJoe (@OptaJoe) January 8, 2021
Sebanyak lapan percubaan berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Villa, Akos Onodi yang berusia 19 tahun.
Purata umur skuad Aston Villa dalam perlawanan ini adalah 18 tahun dan 294 hari.
Aston Villa: Onodi, Bridge, Revan, Walker, Rowe, Chrisene, Barry, Kesler, Sylla, Raikhy, Bogarde.
Subs: Zych, Jay-Hart, Sohna, Tait, Rowe, Young, Swinkels, Ealing, Lindley.
Liverpool: Kelleher, N Williams, R Williams, Fabinho, Milner, Henderson, Wijnaldum, Jones, Mane, Minamino, Salah.
Subs: Alisson, Thiago, Firmino, Oxlade-Chamberlain, Origi, Shaqiri, Robertson, Phillips, Alexander-Arnold.