Fabinho Mempamerkan Aksi Midfield Terbaik Sepanjang Musim Menentang Palace

Fabinho berjaya menutup mulut para pengkritik beliau dan telah mempamerkan aksi midfield bertaraf dunia dalam kemenangan 4-0 Liverpool membelasah Crystal Palace awal pagi tadi.

Pemain kebangsaan Brazil itu mengawal barisan tengah Liverpool dengan cukup sempurna dalam perlawanan di Anfield awal pagi tadi.

Apa yang lebih menariknya dalam aksi Fabinho pada perlawanan tersebut, pemain berusia 26 tahun itu berjaya melengkapkan kesemua hantaran dan memenangi kesemua takle yang beliau lakukan dalam perlawanan itu.

Selain dari itu, Fabinho juga berjaya menjaringkan satu gol yang luar biasa cantik dan turut mencatatkan satu assist dengan hantaran membelah bumi kepada Mo Salah.

Fabinho menjadi watak penting dalam kemenangan bergaya Liverpool pada awal pagi tadi dan aksi yang persembahankan cukup menarik untuk ditonton.

Para peminat memberikan puji pujian yang menggunung kepada bekas bintang Monaco itu atas persembahan mantap yang beliau pamerkan.

Skuad kendalian Jurgen Klopp membuka tirai jaringan menerusi satu gol yang sangat cantik dari Trent Alexander Arnold.

Pemain muda skuad kebangsaan England itu berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dengan melencongkan bola cantik menerjah gawang gol Palace.

Sebelum tamat separuh masa pertama, giliran Mo Salah pula menggandakan kedudukan dengan menjaringkan gol yang cantik hasil umpanan menarik dari Fabinho.

Fabinho berjaya melakukan satu killer pass yang cukup sempurna kepada Mo Salah yang menyambut bola tersebut lalu menyumbatnya kedalam gawang gol Palace dengan bersahaja.

Jaringan yang mempesonakan dari Egyptian king itu merupakan gol ke-100 untuk Liverpool dalam semua pertandingan musim ini.

Sepuluh minit selepas masuk babak kedua perlawanan, Fabinho melepaskan satu rembatan kencang sekencang angin taufan menewaskan penjaga gol Palace.

Gol itu hampir sama seperti jaringan beliau ketika bertemu Manchester City awal musim yang lalu.

Pada minit ke-69, Sadio Mane berjaya menjaringkan gol keempat untuk Liverpool menerusi satu serangan balas yang cantik hasil dari kombinasi 3 serangkai the reds.

Liverpool kini selesa mendahului saingan Liga dan cuma 2 mata sahaja lagi dipisahkan daripada kejuaraan saingan liga musim ini.

Liverpool mungkin akan ditabalkan Juara sekiranya Manchester City tewas kepada Chelsea dalam perlawanan pada awal pagi esok.

BACA:  Fabinho Mahu Nabil Fekir Sertai Beliau Di Liverpool