FAM Bakal Umum Pemain Misteri Yang Ke-26, Senjata Sulit?

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin telah memberi bayangan akan mengumumkan pemain yang ke-26 Harimau Malaya.

Adakah pemain ini akan menjadi senjata sulit Harimau Malaya?

Pemain misteri itu akan terbang ke Dubai untuk menyertai Skuad Harimau Malaya bagi menghadapi saingan getir kelayakan Piala Dunia 2022 Qatar.

Pengumuman ini telah di buat melalui satu video yang dikongsi di laman Youtube rasm FAM, Datuk Hamidin merupakan watak utama video itu tampil dengan satu pesanan:

“Sekarang waktu jam 8 pagi di Dubai. Nantikan ketibaan pemain ke-26 Harimau Malaya.”

Ringkas dan padat video uang berdurasi 19 saat itu.

Bagaimanapun dalam video singkat tersebut Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin tidak menyatakan siapakah pemain ke-26 yang dimaksudkan.

Sebelum ini telah bertebaran berita bahawa pemain kacukan, Dion Johan Cools akan menyertai pasukan Harimau Malaya sebelum pusingan kelayakan bermula.

Dion Cools yang sudah berusia 24 tahun kini beraksi bersama kelab Denmark di Danish Superliga, Midtjylland dan bermain di posisi right back.

Dion Cools bukan satu nama asing lagi dalam kancah bola sepak Malaysia, pemain kelahiran Kuching Sarawak itu sebelum ini pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan Belgium bawah 18, 19 dan 21.

Sebelum ini, bekas jurulatih pasukan bawah 22 tahun negara, Frank Bernhardt dikatakan cuba memujuk pemain Belgium, Dion Cools untuk mewakili Malaysia di Sukan SEA.
Memandangkan Dion Cools mempunyai darah Malaysia menerusi ibunya yang merupakan rakyat Sarawak tiada masalah untuk beliau beraksi untuk Malaysia.

Dipendekkan cerita, pada ketika itu Dion Cools menolak baik hasrat tersebut kerana masih berpeluang untuk bersama Belgium.

Beberapa minggu lalu FC Midtjlland mengesahkan pemain berdarah kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools telah dapat panggilan untuk menyertai skuad Harimau Malaya untuk saingan kelayakan Piala Dunia 2022.

Namun pengumuman itu kemudinnya telah dipadam dari laman sesawang rasmi FC Midtjlland.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe bakal menentang tiga lawan sukar iaitu UAE, Vietnam, dan Thailand mulai 3 Jun hadapan, dan pasukan negara perlu mendapatkan keputusan positif untuk memungkinkan kemaraan ke Piala Asia 2023 di China secara automatik, selain untuk melangkah ke pusingan ketiga Piala Dunia.

BACA:  Jadual Perlawanan Piala AFF 2020