Ondrej Duda masuk menggantikan Teemu Pukki yang gagal berfungsi dalam perlawanan antara Norwich City bertemu Southampton.
Norwich City melayan kunjungan Southampton untuk meneruskan baki saingan Premier League yang sebelum ini telah digantung hampir tiga bulan.
Norwich gagal untuk mencuri tiga mata penuh di halaman sendiri selepas tewas 3-0 kepada Southampton awal pagi tadi.
3+ – Southampton's 3-0 victory over Norwich City is their biggest away win in the Premier League since they defeated Sunderland 4-0 at the Stadium of Light in February 2017 under Claude Puel. Expressive. #NORSOU pic.twitter.com/0JTBvzdbwp
— OptaJoe (@OptaJoe) June 19, 2020
Southampton membuka tirai jaringan pada minit ke-49 hasil jaringan cantik dan padu dari Danny Ings yang merembat bola masuk menerjah sudut sebelah kiri gawang Tim Krull.
Pada minit ke-54 perlawanan giliran Stuart Armstrong pula menggandakan kedudukan dengan menjaringkan gol kedua untuk Southampton hasil umpanan dari Danny Ings.
Nathan Redmond melengkapkan kemenangan bergaya untuk Southampton dengan menjaringkan gol ketiga perlawanan pada minit ke-79.
Daniel Farke telah melakukan dua kali double substitute dalam perlawanan ini dengan mengeluarkan Mario Vrancic dan Onel Hernandez pada minit ke 62 perlawanan dan Teemu Pukki serta Adam Idah pada minit ke-80 perlawanan.
Farke terpaksa mengeluarkan Pukki dan menggantikannya dengan Duda kerana bintang Finland itu terlihat tidak berfungsi dalam perlawanan ini.
🔄 Teemu Pukki and Emi Buendía are replaced by Adam Idah and Ondrej Duda in the 80th minute.#FPL #FantasyPL #FFScout #DGW30 #NORSOU #ncfc #saintsfc pic.twitter.com/T7stZ7Ytoc
— Fantasy Football Scout (@FFScout) June 19, 2020
Pukki gagal untuk mencatatkan sebarang cubaan tepat mahupun cubaan tidak tepat dalam perlawanan ini dan hanya mampu mencipta satu peluang sahaja tetapi berjaya dihadang oleh pertahanan Southampton.
Beliau cuma berjaya melakukan satu gelecekan yang berjaya dalam perlawanan ini dan memenangi empat perebutan bola.
Antara perlawanan terburuk musim ini untuk Teemu Pukki dan tindakan Farke mengeluarkan beliau mungkin agak terlewat kerana dari awal pemain ini serba tidak menjadi.
Norwich gagal mendapatkan tiga mata penuh dan menjadikan mereka sebagai penghuni kedudukan tercorot dalam carta liga dengan mengumpul cuma 21 mata dari 30 perlawanan.
Welcome back, #SaintsFC! 🔥 pic.twitter.com/Kw8PWQK2Ih
— Southampton FC (@SouthamptonFC) June 19, 2020
Norwich dalam kedudukan bahaya untuk disingkirkan kerana mereka sudah ketinggalan enam mata untuk berada di zon selamat tetapi mereka lebih satu perlawanan dari pasukan lain.
Kemenangan 3-0 Southampton keatas Norwich City merupakan kemenangan tempat lawan terbesar mereka dalam sejarah Premier League sejak kali terakhir mereka menewaskan Sunderland 4-0 di Stadium of Light pada Februari 2017.