Premier League 2021/22: Norwich City 0-1 Manchester United

Kehangatan perlantikan Ralf Rangnick menjadi pengurus interim Manchester United masih lagi ada walaupun sedikit reda dan masih lagi menjadi perhatian ramai.

Apa yang akan dilakukan Ralf Rangnick ditunggu-tunggu selepas bereksperimentasi dalam perlawanan menentang Young Boys di perlawanan terakhir Champions League.

Ralf Rangnick dengan beraninya memberi minit permainan kepada pemain simpanan dan pemain dari skuad remaja bagi mencari ramuan terbaik.

Barisan kesebelasan utama diturunkan Ralf Rangnick masih lagi terdiri daripada pemain yang sering digunakan Ole Gunnar Solskjaer kecuali Alex Telles dan Diogo Dalot diturunkan.

Alex Telles terlebih dahulu mencuba dengan satu sepakan percuma yang terbias pertahanan Norwich City, bola meliar ke gawang ditepis sedikit Tim Krul terkena palang dan bola keluar.

Permainan berlangsung dengan sangat teruk entah apa-apa dari kedua-dua pasukan. Norwich City masih boleh diterima prestasi buruk mereka.

Namun Manchester United bermain teramat buruk dengan hantaran mudah tidak dapat disempurnakan, semua pemain seakan-akan sudah menjadi Fred.

Norwich City memperoleh dua tiga peluang namun Teemu Pukki tidur di dalam kotak penalti Setan Merah lalu melepaskan peluang untuk menghasilkan sesuatu.

Cristiano Ronaldo dan Diogo Dalot telah melakukan satu rembatan dari sudut yang hampir sama tapi tidak cukup untuk menewaskan Tim Krul.

Dipenghujung perlawanan Harry Maguire mencuba dengan satu tandukan menggunakan tulang belikat hampir menewaskan Tim Krul namun sempat ditepis lagi.

Permainan penuh kebosanan turut berlangsung di separuh masa kedua, tiada yang positif dari kedua-dua pasukan dengan permainan ke laut.

Selepas 10 minit Norwich City mula nampak dominan dan bekerja keras mencari gol penyamaan, kebangkitan Norwich City bermula dengan percubaan Teemu Pukki.

Teemu Pukki menguji David De Gea dengan satu rembatan kencang namun berjaya ditepis dan selepas itu semangat Norwich mula membara.

Dari minit ke-50 hingga ke-60 Norwich telah menguasai 70 peratus penguasaan bola. Bruno Fernandes terus ke bulan, entah apa dihisapnya.

Jadon Sancho dikeluarkan dan Mason Greenwood masuk mengganti untuk menambah sengat. Pengulas terus menyebut nama Pukki, sana sini Pukki.

Victor Lindelof mengalami kecederaan yang agak serius dan terus dikeluarkan selepas menerima rawatan. Eric Bailly masuk.

Voucher penalti telah diaktifkan Manchester United sama seperti perlawanan Liverpool yang berlangsung lebih awal.

Max Aarons telah melakukan tindakan sia-sia dengan merentap leher Ronaldo ketika dalam situasi tanpa bola dan tiada bahaya nyata yang wujud.

Tiada masalah untuk Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pembukaan dengan menghantar Tim Krul terbang ke arah bertentangan.

David De Gea telah melakukan satu aksi menyelamat bertaraf dunia dengan satu tepisan sambil melayangkan badan yang berpunca dari satu tandukan Ozan Kabak.

Norwich tidak putus asa, Billy Gilmour merembat namun dihadang Dalot dan bola lantunan dirembat Gilmour lagi, kali ini Bailly pula menghadang.

Rashford terus pening dan buat kali ketiga memilih untuk menghantar bola kepada Ronaldo walaupun mampu mencuba sendiri. Hantaran pula amat teruk.

Aksi dipamerkan oleh Manchester United ini sama dan mungkin lebih teruk ketika tewas 4-2 kepada Watford.

United sangat bernasib baik kerana kualiti pemain Norwich agak teruk yang gagal menyudahkan peluang terhidang + kepaduan De Gea.

Di masa kecederaan sekali lagi De Gea menyajikan aksi menyelamat bertaraf dunia juga menafikan sundulan tajam Ozan Kabak yang sudah offside.

Kesebelasan utama Norwich City (4-1-4-1) Krul; Aarons, Hanley, Kabak, Giannoulis; Gilmour; Sargent, Rupp, McLean, Placheta; Pukki.

Pemain simpanan: Gunn, Byram, Mumba, Tomkinson, Dowell, Cantwell, Sorensen, Lees-Melou, Idah.

Kesebelasan utama Manchester United (4-2-2-2) David de Gea; Diogo Dalot, Victor Lindelof, Harry Maguire, Alex Telles; Scott McTominay, Fred; Jadon Sancho, Bruno Fernandes; Cristiano Ronaldo, Marcus Rashford.

Pemain simpanan: Tom Heaton, Dean Henderson, Eric Bailly, Phil Jones, Luke Shaw, Jesse Lingard, Donny van de Beek, Anthony Elanga, Mason Greenwood.

Pengadil Perlawanan: Darren England (Doncaster)

BACA:Β  Ole Anggap Klopp Punca United Kurang Dapat Penalti