Premier League 2021/22: Manchester United 3-2 Norwich City

Manchester United turun menentang pasukan tercorot, Norwich City yang berada dikedudukan terbaik untuk tersingkir dari Premier League dan sepatutnya mendapat tiga mata penuh dengan mudah.

Harapan Manchester United merebut slot Champions League semakin menipis apabila seri ketika menentang Leicester City dan lebih parah apabila tewas kepada Everton.

Berita tidak rasmi mengenai perlantikan Erik Ten Hag menyelebungi kem Setan Merah berbanding prestasi dan situasi terkini mereka di padang yang semakin hari semakin lemau.

Dengan Arsenal kehilangan mata demi mata, Manchester United dilihat mempunyai peluang mengejar tempat keempat namun aksi hambar membantutkan hasrat itu.

Peluang ini segera direbut oleh Tottenham Hotspur yang berada diprestasi terbaik untuk merebut slot tersebut.

Seperti biasa di awal permainan Manchester United akan menunjukkan aksi meyakinkan sebelum keyakinan itu semakin pudar berkadar terus dengan masa permainan.

Jesse Lingard yang sangat jarang bermula dari kesebelasan utama diberi peluang mempamerkan keistimewaan selain mempunyai wajah bayi (Baby face).

Kegarangan Setan Merah kali ini telah berjaya menghasilkan gol pada minit ke-7 lagi selepas beberapa siri serangan yang mengancam.

Pressing penuh berakal Anthony Elanga menyebabkan pemain Norwich City kehilangan bola dikotak sendiri dan memaksa penjaga gol Norwich, Tim Krul
keluar dari gawang.

Cristiano Ronaldo pantas datang memberi bantuan dan satu tolakan dari Elanga terus dilakukan kepada Ronaldo yang mudah merembat ke gawang terbuka.

Jadon Sancho, Alex Telles dan Jesse Lingard nampak serasi bersama di mana banyak serangan dan bola datang dari sebelah kiri dan Elanga berfungsi dengan baik di kanan.

Jesse Lingard hampir menggandakan kedudukan pada minit ke-32 dari gerakan menarik namun dinafikan Tim Krul.

Beberapa saat berselang Cristiano Ronaldo terus mempamerkan ketajaman dengan gol kedua dengan satu sundulan tajam berpunca dari sepakan penjuru Alex Telles.

Norwich City kerap melakukan serangan balas namun mudah dipatahkan Harry Maguire dan rakan-rakan. Setakat ini kualiti pemain dan permainan masih menjadi milik Setan Merah.

Setan Merah seperti kehilangan fokus dihujung separuh masa kedua dan situasi ini dimanfaatkan Teemu Pukki dengan satu hantaran yang mudah disudahkan oleh Kieran Dowell.

Entah bagaimana Teemu Pukki seperti tidak disedari kewujudannya oleh Setan Merah yang mudah menerobos masuk tanpa dikawal untuk membuat umpanan.

Biasa Pukki yang ditembusi bukan Pukki yang membuat penetrasi.

Ternyata gol daripada Pukki yang menjadi tonggak Norwich City sejak naik turun ke Premier League memberi semangat baru dan semangat melawan di separuh masa kedua.

Separuh masa kedua menyaksikan Manchester United seperti shutdown terus dan terpesona serta longlai dengan kemutan yang dilakukan oleh Teemu Pukki.

Alex Telles bocor teruk hantaran Kieran Dowell mudah sampai kepada Teemu Pukki yang terus melakukan satu larian solo dengan satu penyudah yang tajam.

Video Assistant Referee (VAR) melakukan pemeriksaan untuk gol Pukki itu kerana ada unsur offside dan sah jaringan Pukki itu bebas dari sebarang unsur kecurangan.

Minit ke-52 menyaksikan Norwich City yang seakan tidak mampu memberi saingan untuk perlawanan ini telah berjaya menyamakan kedudukan.

Teemu Pukki terus menjadi duri dalam daging buat Setan Merah yang terus menghadirkan ancaman secara langsung dan tidak langsung.

Norwich City hampir berada dihadapan apabila hantaran Pukki melalui satu tandukan ketika hampir tertomoih disusuli rembatan padu.

Mujur David De Gea telah melakukan satu aksi menyelamat penting seperti biasa dengan satu tepisan keluar dan bola meleleh lalu di tepi tiang.

Setan Merah mula bocor teruk memaksa Ralf Rangnick memasukkan Nemanja Matic menggantikan Jesse Lingar untuk memberi bahagian pertahanan lebih perlindungan dari ledakan Pukki.

Pada minit ke-76, Cristiano Ronaldo telah melengkapkan hatrik dengan satu sepakan percuma padu cantik dan siu yang sudah lama tidak dihidangkan kepada orang ramai.

Jaringan hatrik yang ke-60 dalam karier bola sepak Cristiano Ronaldo dan gol sepakan percuma ke-12 Ronaldo di Premier League.

Gol Cristiano Ronaldo itu merupakan gol kemenangan Manchester United untuk meraih tiga mata berharga bagi terus menghidupkan harapan Champions League.

Manchester City: Steffen, Joao Cancelo, Stones, Ake, Zinchenko, Bernardo Silva, Fernandinho, Grealish, Foden, Gabriel Jesus, Sterling.

Pemain Simpanan: Dias, Gundogan, Laporte, Rodri, De Bruyne, Mahrez, Ederson, Delap, Lavia.

Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Konate, van Dijk, Robertson, Keita, Fabinho, Thiago, Salah, Diaz, Mane.

Pemain Simpanan: Milner, Firmino, Gomez, Henderson, Jones, Jota, Tsimikas, Matip, Kelleher.

Pengadil Perlawanan: Michael Oliver (Northumberland).

BACA:  Ole Gunnar Solskjaer Secara Rasminya Sah Dipecat Manchester United