Ferdinand Dedah Roy Keane Pernah ‘Bunuh’ Karier Pemain Bintang Di Manchester United

Bekas pemain pertahanan, Rio Ferdinand telah mendedahkan satu kisah menarik di mana Roy Keane pernah ‘membunuh’ karier pemain bintang yang pernah menyertai Manchester United.

Situasi ini terjadi kerana personaliti Roy Keane yang sangat dominan serta gaya permainan yang meyakinkan, jika Roy Keane tidak wujud pemain bintang itu mampu menjadi pemain legenda kelab.

Pemain bintang yang dimaksudkan Rio Ferdinand ini adalah Juan Sebastian Veron yang ketika itu merupakan antara pemain tengah terbaik dunia yang sedang meningkat naik reputasinya.

Juan Sebastian Veron hadir pada tahun 2001 dengan mencatatkan rekod sebagai pemain paling mahal dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Manchester United telah meleburkan yuran perpindahan sebanyak £28.1 juta untuk mendapatkan Juan Sebastian Veron dari Lazio. Pada 2001 28 juta tinggi amat.

Pemain tengah Argentina yang kini berusia 46 tahun itu gagal memenuhi tanda harga yang tinggi dan jangkaan yang tinggi dan gah. dengan nasib malang karier Veron berakhir di United selepas dua musim sahaja.

Veron telah dijual ke Chelsea dalam perjanjian perpindahan bernila £15 juta pada 2003, tetapi dia hanya membuat 14 penampilan untuk The Blues dan menghabiskan tempoh pinjaman di Inter Milan dan Estudiantes.

Bekas bos legenda United, Sir Alex Ferguson pernah menyifatkan bekas pemain antarabangsa Argentina itu sebagai pemain “bertaraf dunia” dan “hebat”.

Bercakap kepada The Daily Mail, Rio Ferdinand telah mendedahkan bahawa Juan Sebastian Veron mampu bersinar di Manchester United jika Roy Keane tidak wujud di Old Trafford.

“Veron seorang pemain yang menakjubkan yang mempunyai hantaran yang hebat.”

“Kau perlu ingat masa tu, Veron dari dari Lazio dan Parma di sana Veron menjadi pemain tonggak. Keseluruhan pemainan pasukan hadir dari Veron.”

“Kemudian Veron datang ke Manchester United, pada ketika itu Roy Keane merupakan nadi pasukan.”

Ferdinand juga memberikan perbezaan antara Roy Keane dan Veron yang melihat pemain Argentina itu gagal untuk keluar dari bayangan kapten marvel itu.

“Roy Keane datang merampas bola dan melindungi pertahanan, melakukan hantaran kepad bahagian tengah dan serangan dan kembali ke posisinya serta sangat lantang bersuara.”

“Keane akan sentiasa menjerit seperti ‘Bagi aku bola! Bagi aku bola! Tanpa niat menghina Seba (Sebastian Veron) mungkin akan cakap ‘Aku akan biarkan Roy buat kerja itu. Tapi Seba adalah bakat yang menakjubkan.”

Ini bukan salah Roy Keane kerana mempunyai sifat kepimpinan yang hebat tiada galang ganti sehingga kini dan juga mungkin silap Veron sendiri yang gagal memberikan yang terbaik.

“Sejujurnya aku selalu fikir jika tanpa Roy Keane pada ketika itu Seba mungkin mampu bersinar dan berbunga bersama Manchester United. Aku rasa Roy Keane adalah masalahnya.”

“Namun itu bukan salah Roy Keane, ini hanya kerana personaliti Roy Keane sangat besar dan terlebih power.”

Pada tahun 2007, Juan Sebastian Veron meninggalkan bumi England dengan tempoh 6 tahun penuh kegagalan dan kembali ke kelab Argentina, Estudiantes secara kontrak tetap.

Pemain tengah bertaraf dunia yang gagal di Manchester United itu kini telah menjadi pengerusi kelab Estudiantes dan juga bermain bersama Brandsen sebelum bersara dari bola sepak pada tahun 2017.

Melihat kepada kariernya dalam saingan Premier League, tidak dapat dinafikan lagi yang Veron tidak sehebat seperti yang dijangka. Tidak kira ketika bersama Manchester United, mahupun bersama Chelsea.

Menurut Sir Alex Ferguson tidak lama selepas pemergian Veron.:

“Juan Veron sememangnya seorang pemain yang sangat berbakat dan mempunyai kualiti yang mengagumkan. Tapi pada masa ini, dia baru sedar yang Premiership agak sedikit sukar.”

“Dia merupakan pemain Eropah dan di situ lah di mana kami dapat melihat rentak permainan terbaik dari dia. Dia tak mahu pergi. Ejen dia sudah bercakap dengan Chelsea dan dia tahu dia akan pergi.”

“Kita perlu lihat pada jangka masa panjang, dan secara keseluruhannya, tawaran yang kami terima sangat baik untuk ditolak.”

Namun kualiti yang beliau tunjukkan ketika beraksi di luar England, tidak mungkin akan dilupakan oleh para peminat.

Di Itali, Veron merupakan pemain terpenting yang membantu Lazio dan Parma memenangi pelbagai gelaran ketika kariernya di sana.

Beliau turut pernah memenangi gelaran Serie A ketika beraksi bersama Inter Milan dan sebelum bersara, Veron berjaya memenangi dua lagi gelaran liga ketika beraksi di Argentina.

Pada tahun 2009, beliau telah dinobatkan sebagai Argentinian Fotballer of The Year. Dan kerana itulah beliau akan dikenang sebagai legenda di merata tempat, tetapi tidak ketika kariernya di pentas Premier League.

BACA:  Rio Ferdinand Mengusik Peminat City Secara Spontan