International Association Football Federation, FIFA sekali lagi terpaksa memadamkan Tweet dilaman Twitternya selepas dituduh troll atau menganjing Cristiano Ronaldo.
Selepas berakhirnya Piala Dunia 2022, badan induk bola sepak dunia yang merangkap penganjur kejohanan kini sibuk memadamkan hantaran di laman media rasminya kerana terlalu ramai insan tersakiti dan sensitif.
Presiden FIFA, Gianni Infantino telah mengangkat Piala Dunia Qatar sebagai kejohanan terbaik dalam sejarah penganjurannya sebelum perlawanan akhir berlangsung.
Apabila berakhirnya kejohanan dengan perlawanan epik antara Argentina dan Perancis rata-rata bersetuju dan menyokong dengan pendapat daripada Gianni Infantino itu.
FIFA delete Cristiano Ronaldo tweet after fans accused them of ‘disrespecting’ him, they've had enough. pic.twitter.com/x6SaJoKWFN
— SPORTbible (@sportbible) December 21, 2022
Pada pagi rabu 21 Disember 2022, FIFA telah menciap satu ciapan di laman Twitter dengan disertakan gambar Cristiano Ronaldo mengangkat ibu jari dengan kapsyen:
“Angkat ibu jari jika anda benar-benar menikmati #FIFAWorldCup.”
Namun tanpa disangka-sangka lain macam perginya Tweet tersebut dan ditafsirkan dengan pelbagai persepsi atau yang memuji troll FIFA sebagai next level dan bijak.
Manakala bagi penyokong Cristiano Ronaldo yang tersakiti dan sensitif perkara ini dianggap sebagai kurang ajar dan tidak menghormati idola mereka.
Reaksi berlebihan dan diluar jangkaan serta kawalan ini tercetus kerana prestasi buruk dipamerkan oleh Cristiano Ronaldo disepanjang kejohanan dan Lionel Messi pula menjadi juara.
Cristiano Ronaldo hanya menjaringkan satu gol itu pun dari sepakan penalti dan langsung tidak menghadirkan sebarang impak seperti seorang Ronaldo yang dunia kenali.
Lebih malang apabila pemain berstatus ejen bebas itu digugurkan dari kesebelasan utama dan bermain dari bangku simpanan dalam dua perlawanan kalah mati sebelum Portugal mati dan dikebumikan di suku akhir oleh Maghribi.
Cerita tidak enak berkisar di sekitar Ronaldo yang dilaporkan bertelagah dengan Fernando Santos serta juga dilaporkan mahu meninggalkan kem Portugal selepas tidak dinamakan di kesebelasan utama.
Dan kerana itulah kenapa Tweet FIFA menggunakan gambar Ronaldo dengan kapsyen ‘jika anda benar-benar menikmati Piala Dunia’ menjadi begitu sensitif.
FIFA mocking Ronaldo. They have now deleted this tweet pic.twitter.com/jEX79kKqxm
— Sajan Maharjan (@MaharjanSajan) December 21, 2022
Sehari sebelum post Ronaldo ini dipadam, FIFA juga telah memadam post yang mengiktiraf Lionel Messi sebagai Greatest of All Time (GOAT atau KAMBING) selepas diserang secara gunho oleh peminat Cristiano Ronaldo.
Segala lampu limpah telah diberikan kepada Lionel Messi yang telah memimpin Argentina sehingga menjadi juara Piala Dunia 2022 selepas menyajikan perlawanan akhir yang penuh epik.
Ciapan dari FIFA di Twitter itu disertakan dengan foto Messi menjulang trofi Piala Dunia yang membawa makna FIFA telah mengiktiraf Messi sebagai KAMBING sebenar.
“Perbahasan siapa KAMBING sebenar sudah selesai. Hadiah teragung kini menjadi sebahagian daripada koleksi. Legasi sudah lengkap.”
When FIFA says the GOAT debate is settled 🤯
(via @FIFAWorldCup) pic.twitter.com/hrGfkT7j79
— ESPN FC (@ESPNFC) December 19, 2022
Pada ketika ini juga jutaan peminat bola sepak dunia tidak lagi mahu berdebat siapa KAMBING yang mutlak dan rata-rata pasti akan menamakan Lionel Messi.
Tetapi harus diingat Cristiano Ronaldo mempunyai fanboinya yang fanatik lagi tegar yang langsung tidak dapat menerima tindakan FIFA yang seolah-olah mengiktiraf Messi sebagai KAMBING.
Seperti pemain pujaan mereka yang setahun dua ini kerap tantrum di padang, kini peminat Ronaldo pula mengikut jejak yang sama dengan tantrum beramai-ramai dan melantun-lantuh kekoyakan jiwa mereka.
Mereka tidak berdiam diri lalu telah melakukan serangan ke bahagian komen ciapan Twitter FIFA itu dan memaksa FIFA memadamkan post tersebut atas sebab keamanan sejagat.
Tindakan FIFA amat tepat dan mungkin banyak lagi post terpaksa dipadamkan jika mereka tersakiti ini masih koyak jiwa mereka dengan kegagalan idola mereka.